RSS

Iman oh Iman

Bismillahirahmanirahim

Asyik bercerita pasal Iman je.. pasal Muizz langsung tak ada. Bukan tak nak bercerita.. tapi Muizz tak banyak kerenah.. Sama ada tidur, bangun menyusu, da sekarang dah pandai tego-tego dan gelak-gelak. Yang tu kendianla saya cite..

Iman dan puting :

Pada awalnya kami saje je beli puting (saje gatal nak beli. maklumla ank sulung kan..) Ditakdirkan lepas lahir je, Iman asyik menangis je. Susah betul waktu tu, abgfiz pun tak tidur sebab terjaga-jaga dengar Iman menangis. Untuk men'diam'kan Iman tu, kami sumbat puting. Dan alhamdulillah memang dia tidur dengan lena dan diam je lepas tu.

Tapi kerana tu juga, lama-kelamaan puting tu dah jadi habit dia waktu nak tidur. Haaaa satu lagi kain washcloth dia tu. Pada asalnya dia suka duk tarik-tarik kain, dah tu saya bagi jela washcloth dia. Eeehhhhh... suka pula dia main dengan washcloth tu. Lama-kelamaan washcloth tu pun jadi habit dia.. mesti nak ada waktu tidur. Sampai sekarang, washcloth dan puting tu setia betul buat teman dia. Kadang-kadang tu tak mampu saya nak layan sebab bila dia nak, bising duk minta 'ti ting..'(maksud : puting dan washcloth tulaa). Walaupun washcloth tu bersih ke, kotor ke, tetap nak benda tu. Bila nak mula nak mencari, tapi bila dia tak nak duk buang merata-rata. Pernah sekali saya terbasuh semua washcloth dia, lepas tu duk minta dan menangis-nangis sebab tak ada washcloth tu.  Waktu tu juga, saya cepat-cepat pergi ke laundry nak dry kan kain yang dibasuh.. bila Iman nampak wshcloth tu, terus diambil. Lembap pun tak kisah, terus tertidur dalam keadaan berdiri di laundry tu! Hai.. payah betul. Yang tak tahan tu, bagi washcloth Muizz langsung tak nak, nak yang tu juga!!

Masalahnya, kalau tak jumpa puting tu, jenuhla kami nak cari.. Kadang Iman suka hati buang entah kemana, nak tidur mulala cari puting. Bukan nak tidur je, kalau dia menangis, merajuk mesti nak puting tu la.. Sabar jela.. kadang naik marah sebab tak tahu mana nak cari puting dia. Menyesal bagi puting awal-awal hari tu..


yang ni le rupanya (satu set) washcloth aka 'ti ting' Iman.. (source: google).


Nak dipendekkan cerita, (dah panjang dah pun..) saya terperasan yang puting Iman koyak.. Waktu tu teringat cerita kakniza (kawan kami di Kansas City) yang anak dia pun duk puting je tapi katanya bila puting tu koyak, anak dia terus berhenti. Saya pun biarkan Iman dan puting yang terkoyak tu dengan harapan dia dah tak nak puting. Tapi bila abgfiz belikan utk Muizz, eh dia pulak yang pakainya. Minggu lepas puting Iman tu dah nyawa-nyawa ikan dah.. tapi masih dia nak hisap juga. Risau dia tertelan, kami bagi jela puting adik dia.. Dan sekarang berputing dengan puting Muizz la...

 Dah nyawa-nyawa ikan dah..


 Puting Muizz : abgfiz beli sebab murah, dalam 2usd ++ je, jenama Avent



 Lebih kurang la rupa dia.. (saya nak highlightkan bentuk puting tu : source: google)




Kes Muizz pulak, saya dah awal-awal tak nak bagi puting tapi hari kedua Muizz, dia bersunat, asyik fussy je. Terus saya call nursery minta puting. Nurse bagi puting sebijik macam puting atas tu. Tapi, Muizz bukan nak sangat puting. Kalau duk dengan saya, suap puting tu pun duk muntah-muntah puting tu sebab tak nak. Alahamdulillah.. selamat~~


 Lebih kurang gini la puting baru Muizz yang kakak dia ambik..

Pernah saya bertanya pada megan, nak stop puting Iman. dia cakap, american memang suka bagi puting pada bayi. Hatta dia sendiri sampai umur 5 tahun dan dia stop sebab nenek dia sorok puting tu. Serata dia mencari puting tu, dalam balang, dalam kotak, celah-celah almari tapi tak juga jumpa. Kata megan, jangan bagi puting.. tapi kalau tak bagi Iman menangis. Kata dia biaarkan dia menangis.. masalahnya dia menangis melalak : suara kuat pulak tu. Satu bangunan dengar suara dia. Payah betul nak stopkan puting tu. Kata orang, gigi jadi tak elok.. tapi Megan cakap tak de research yang buktikan gigi tak elok sebab puting. Kalau hisap jari dan minum botol susu, memang ya. tapi kalau berputing, tak de lagila.. takat ni tengok gigi Iman pun takdela jongang/ke depan pun.. Entahlaaa bila Iman nak berhenti berputing. Huhuhu

Sekarang pun kalau Muizz nangis, dia yang tolong sumbat puting dan tepuk-tepuk paha Muizz, konon nak bagi diam. Tapi Muizz lagi melalak sebab tak nak puting tu~~



 Kat bawah ni, video Iman pujuk Muizz dan video Iman solat. adik-adikku, sila tengok.. Asyik duk request video Iman je..







p.s: ahhh~~~ saya rindukan Iman waktu kecik-kecik dulu.. saya rindukan suara dia, pipi tembam dia. hukhuk

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempoh setelah bersalin *_*

Bismillahirahmanirahim

Entry ni sangatlah basi... asalnya saya sangat malas dan langsung tak nak buat entry ni tapi disebabkan keluarga nak tahu, terpaksa saya bikin. Aigo~~ Entah kenapa malam ni saya tak mengantuk, biasanya lepas maghrib tu saya dah lena dah, lena sebenarnya nak tidurkan Iman.. Alih-alih saya yang tidur dulu. Hahaha.. Bangun solat isyak kol 1 atau 2 ~ kebetulan bangun menyusukan Muizz. Nak buat macam mana, isyak masuk kol 10 lebih, saya mesti terlena dulu. 

Waktu pantang kali ni Kakjaja dan Abgfazli yang saya dah anggap macam kakak dan abang sendiri datang rumah saya jadi mak bidan! Yang ni memang saya tak boleh lupa.. sanggupla dia datang ke sini semata-mata nak jaga saya. Tak terucap ucapan terima kasih kami pada Kakjaja dan keluarga. Mereka datang pada hari ke 4 selepas bersalin dan bermalam disini selama 3 hari 3 malam. Tak tahan tu, kakjaja datang bawa macam-macam makanan : kueh kaswi, puding roti, kueh bakar (bengkang kan..?) , daging masak hitam yang sangat rumit nak membuatnya, apa lagi ye..? Saya sendiri tak tahu banyak mana dia bawa makanan sebabnya, saya hanya duk dalam bilik waktu mereka sampai tu.. Sempat pulak dia masak, padahal sehari sebelum tu mereka memang sibuk : ada program.

Kebetulan waktu Kakjaja datang tu, adik-adik undergrad pun datang bertandang rumah kami. Jadi malam tu memang ramai walaupun tak semua. Yang pasti, saya tak keluar pun dari bilik, kakjaja je masuk bilik bersembang.. Saya keluar lewat-lewat, tika dah ramai balik baru saya keluar. Tu pun sebab nak jenguk anak-anak dia. Dipendekkan cerita, malam tu juga sakan Iman main, maklumlah jumpa kawan baru. Main sampai tak ingat dunia, tidur pun tak nak. Suka betul dia berkejar-kejaran dengan Aiman dan Syahmi.

Selama tiga hari tiga malam tu, Kak jaja la jadi tukang tuku, tukang masak, tukang segalanya. Macam mak pun ada, banyak benor pantang larangnya. Manala saya nak tahu pantang sebenar sebab masa pantang Iman dulu, saya main suka hati je. Mana yang mama cakap boleh, saya buat mana tak boleh saya tak buat. Gitu la...




Iman dan Syahmi, suka sangat main dalam tu..


Surprise birthday party :

Kebetulan hari lahir saya jatuh dekat dekat dengan lahir Muizz, kakjaja dan keluarga serta abgfiz  plan nak bagi kejutan pada saya. Sungguh saya tak sangka langsung dan menjadi sungguh kejutan tu. Petang Rabu, semua keluar konon nak beli barang dapur kecuali saya, Muizz, Sarah dan AIman je. Petang tu juga saya tiba-tiba sakit bahagian rahim. Sakitnya mencucuk-cucuk, angin agaknya. Entah apala yang saya makan duk berangin.. ke saya makan lewat pun tak pasti. Maghrib tu, ramai pulak adik-adik datang, sangka saya sebab nak jumpa kakjaja.. 

Dalam saya duk sakit-sakit tu, abgfiz paksa juga saya keluar bilik katanya adik-adik nak jumpa.. Pelik sangat saya waktu tu, selalunya kalau saya sakit ke, abgfiz bagi priority pada saya tapi entah kenapa malam tu paksa-paksa pula saya keluar dari bilik. Lama jugakla nak tunggu saya keluar tu, sejam adik-adik sampai saya baru keluar kot.. entahnya. Dah keluar saya ke meja makan, terus adik-adik n semua yang ada dok jerit 'hepi befday..surprise..' konon surprise.. memang jadi pun surprise tu. Masa tu sungguh saya nak menangis~~! Terharu biru, terkedu, terkejut semua adala.. Patutla, Aiaman dan Sarah duk tanya ..'untie, befday untie bila?'

Sekitar waktu makan~ saya keluar dari bilik tu.. makanan dah habis ~ Maksudnya... dah lama sangatla tu duk tunggu saya nak keluar.




Kek birthday ni abgfazli dan kajaja yang sponsor.

Sengaja saya blurkan gambar yang kat atas , tak nak bagi jelas.. Malu saya waktu ni~~


Iman.. 


Berpantang :


Hospital bagi saya deliver kit. Dalam tu macam-macam ada.. pad, seluar, squeeze bottle. Tambahan, pihak hospital bagi spray (untuk bengkak tempat jahitan).

Waktu Iman dulu, saya dapat banyak lagi. Selain spray ni, saya dapat sitz bath, oitment dan pad (untuk hemorrhoid). Mungkin waktu lahirkan Iman, luka dan bengkak agak teruk. Saya kena 12 jahitan! Waktu Muizz ni, saya kena separuh dari tu je.






oitment dan pad. source: google jee



Barut pulak saya gunakan barut HPA, ump..baunya bau herba. Saya rasa tak efektif kot, sebab kata mama barut yang bagus adalah buatan sendiri dan panjang (dari bahagian dada sehingga ke paha..) . tapi yang ni mama yang poskan, saya tak minta sebab waktu lahirkan Iman mama dah poskan barut biasa. Alang-alang dah pos, saya guna jela. Saya guna bersama barut yang mama poskan waktu lahir Iman dulu. Dua skali pakai. Haha.. =)) Waktu kajaja ada, diala yang tolong pakaikan. Tapi selepas dia balik, saya pakai sendiri dalam keadaan baring.





Set bersalin pula saya gunakan set HPA. Sebetulnya saya dah guna set mengandung dan bersalin Salindah tapi memandangkan mama poskan set HPA (pun saya tak minta) saya gunakan HPA. Kata orang Salindah bagus uuntuk mengandung dan bersalin. Tapi bagi saya, masing masing terpulang pada diri dan badan masing-masing. Saya tak taksub sangat pada benda-benda macam ni. Pun lagi, mama tak benarkan saya makan dan guna produk Salindah, ada kes kawan mama amalkan Salindah dan ditakdirkan anaknya meninggal dalam kandungan.Haa.. saya tak pasti meninggal sebab Salindah ke atau sebab lain. Tapi sebab dah beli saya tawakal je.

Saya lebih suka makan herba berbanding ubat biasa. Alhamdulillah set HPA ni serasi dengan saya, tak efek pada Muizz. Paling best, ubatnya makan sikit-sikit.. Paling saya suka, teh herba.. memang bagus dan sedap.


Barut yang mama poskan waktu bersalin Iman dulu.



Yang ni pula daun herba yang mama poskan untuk mandian.. Rebus dan minum seteguk, baru mandi.  Punya saya jimat, saya pakai sikit-sikit je.. kakjaja pulak cadangkan say guna sebungkus tapi rebus banyak kali sehingga hilang bau herba tu..Segar betul badan lepas mandi dengan herba-herba tu..


Yang ni pula tuku, batu ni saya amik tika saya ke Wyoming summer lepas. nak cari batu bulat, tak jumpa saya ambik mana yang ada je.


 Menu pantang :

Nasi putih, sup sayur (sawi, karot tauhu) + ayam + daging masak hitam + ikan bilis goreng. Minggu ke tiga saya start ayam bakar / daging bakar. Buah-buah saya makan, air saya minum susu dan air masak je. Waktu di hospital, nurse suh saya makan telur, tapi saya risau. Kata mama, tryla mana tau telur tu ok.. Jadi saya makan sikit, alhamdulillah ok tak effect apa-apa. Semua bergantung pada diri masing-masing kot. Ayam pun mama kata jangan lagi takut gatal, tapi cuba..kalau tak gatal.. makanya boleh dimakan. Saya cuba dan alhamdulillah... tak gatal ke apa ke.

Pernah saya bersembang pasal menu pantang dengan kawan yang berada di Jepun. Katanya di Jepun menu sangat meyihatkan... sayur dan buah wajib di makan, makanan yang dimasak lebih kepada rebus dan stim. Katanya, dia tak faham kenapa menu pantang orang-orang tua dahulu tak boleh makan sayur, air masak tak boleh minum, hanya nasi puteh dan ikan kering/ikan goreng. Padahal sewaktu bersalin kan darah dah banyak keluar, sepatutnya kita kena makan makanan yang seimbang, ada vitamin dan khasiat. Sejujurnya, saya tak tahu pantang tradisional (menu) macam mana. Jadi nak berbahas tak boleh sebab fakta tak banyak. jadi saya mengiakan dan diam sahaj. EhE~~

Agenda saya tika kakjaja jadi mak bidan saya :

Pagi : Bangun pagi, mandi dengan mandian herba. lepas mandi, kakjaja tuku dan urut satu badan. dia juga yang pakaikan barut. Sarapan, nasi panas + sup sayur + daging masak hitam tu + ikan bilis goreng halia (saya gorengkan awal awal sebelum bersalin).

Tengahari dan malam : menu yang sama.

Minggu ke 3 : Walaupun saya dah kuat, abgfiz masih jadi tukang masak kami. Saya hanya uruskan Muizz. Kali ni saya amik part uruskan Muizz dan abgfiz uruskan Iman. Sepanjang saya pantang ni, tak sangka abgfiz jadi tukang masak.. Sedap masakan dia.. Sungguh~~!

Balik je kakjaja ke Ames, terus saya terpaksa masuk wad - jaundice Muizz tinggi... Yang tu saya ceritakan lain kali. Hahaha..



Racun penawar saya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman Muizz

Bismillahirahmanirahim..

Sedar tak sedar dah besar dah Iman, dah pandai macam-macam.. Tapi kena selalu good manner depan dia, sebabnya semua benda kita buat, dia ikut.. hatta bercakap pun. Ada sekali saya duk sembang-sembang dengan budak-budak ni cakap beberapa patah perkataan korea, terus Iman duk sebut-sebut perkataan tu. Memang betulla kata mama saya, 'kalau kita nak tengok orang tu macam mana, kita kena tengok mak ayah dia..' Sejauh mana betul kata-kata ni, wallahu'alam. Tapi biasanya saya jumpa orang.. seperti mak bapak dia jugala..




 Suka betul duk belek-belek babydoll dia. Tapi kalau tak nak tu.. suka hati je buang ke mana-mana.




Kalau saya atau kami berada di ruang tamu, suka sangatla  bawa selimut, comforter dan bantal kat ruang tu, lepas tu duk baring dan selimutkan diri dan ucap.'nite nite'..=good night~!





Yang ni plak, tika kami (saya, ain, Iman dan Muizz.. kebetulan ain datang petang tu..) ke playground tepi rumah ni. Waktu tu cuaca sangat baik,  jumpa pulak orang ni dan anak-anak. Tak tahan tu, Iman duk tegur dan tilik-tilik anak lelaki ni.. (lupa plak nama dia ape..) Rupanya dia ni orang Costarica, itu pun saya tak bersembang.. Ain yang tukang sembang sebab saya dah masuk rumah dengan Muizz waktu tu..



Muizz dah pandai gelak-gelak dan sembang bila orang sembang. Dan.. dia dah nampak sangat boooolat~~!


 erk..kakak duk bercerita dengan adik..



Gambar Muizz terbaru. Baju 6 bulan ke atas baru boleh pakai.. yang lain dah tak muat~~

p/s: selesai sudah update Iman dan Muizz.. aktiviti saya dan anak-anak?? Tunggu saya punay banyak masa.. Sekarang memang masa sangat terhad.

Rahsia di hati tak siapa tahu (ceeewaaaaahh!!)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan