Bismillahirahmanirahim
Akhir-akhir ni entah kenapa Iman suka sangat dengan stokin terutama stokin ayah dia. Jumpa je stokin terus dipakai. Awal-awal tu memang langsung tak reti nak pakai, tapi lama-lama (agaknya dia belajar dari ayah dia) dah pandai dengan sendiri. Masalahnya, bersepah stokin ayah yang dia pakai, sudahnya kelam kabut abgfiz mencari stokin dia. Kadang sebelah je yang ada, sebelah lagi entah ke mana. Ada yang masuk bakul, ada yang duk celah-celah kerusi, ada tu duk dalam kereta mainan Iman..
Yang tak tahannya, dia pandai pakai sebelah je stokin. Sebelah lagi dibiar je begitu sahaja.
Terbalik pun tak apa lah...
Tilik-tilik dulu....
Eeeh..nak cubalah...
yey~! dah boleh pakai pun.....
Jum naik kereta~~~
By 18 Month :
# Banyak perkataan yang disebut, walaupun tak jelas tapi masih boleh difahami cth :
thank you
see you
bye
oh! no.. (yang ni selalu dia sebut kalau dia sengaja sepahkan sesuatu..)
oh! wow.. (duk ikut wow, wow wubzzy)
susu
ayah.. *umi disebut mama*
kalau tak nak sesuatu, pandai je sebut 'no!' sambil menggelengkan kepala.
# Dah pandai pakaikan seluar sendiri, macam stokin la kot..
# Suka sangat pakai tudung.. : kalau dia tengah duk nangis-nangis tu, bila pakaikan tudung terus senyap.. kelakar betul kalau tengok.
# Kalau disuruh 'kiss' tu, tak kisahla dia jumpa mana-mana tempat kat badan.. asyik cium aja. Cuma akhir-akhir ni kalau dia nak cium saya tuh, suka sungguh pegang muka saya sambil duk cium pipi, hidung. Yang tak tahannya, ciuman dia tu meninggalkan air liur di muka. *wink wink*
# Suka sangat ber'skype'.. biasanya abgfiz ke lab, kami berhubung melalui skype. Jadi bila dia tengok video dia dan ayahnya tu..gembira tak sudah-sudah. Duk bertepuk tangan je..
# yang kelakarnya, bila saya tunjuk baby kt perut.., boleh pulak dia buka baju dia dan tunjuk juga baby tu kat perut dia cumanya dia akan panggil 'tcetce.' Hah, jangan tanya saya bahasa apa..saya sendiri tak faham!
# Yang saya betul-betul tak tahan..... Iman dah manja sangat, nak kata ngada-ngada pun ye jugak. Semuanya nak melekat dengan saya. Saya nak solat pun, kena baringkan dia di tepi sejadah, ataupon dia duduk tepi kaki saya ni. Nak masak jangan cakapla.. walaupun perut dah buncit benor, nak jugak berdukung. Setiap saat memang nak melekat je dengan saya. Yang dulu dengan ayah boleh, sekarang dah tak boleh. Dulu abgfiz mandikan dia, sekarang dah tak nak langsung. Hadoiiii~~~ kalau macam ni la..cepatla saya bersalin nanti.. Tidur pun nak tidur atas lengan saya, tak pun nak peluk saya. Kulit kami mesti bersentuh, ok? Bila ngadu kat nurse, katanya.. Iman dah tau dia nak dapat adik, sebab tu jadi macam tu.. Mengadap pc pun dia akan berada di atas riba walaupun sebelah ni saya letakkan kerusi. Kadang-kadang dimarahnya saya sebab tak dukung dia.. marahnya tu sampai bergolek-golek badan di lantai. Ha.. kalau yang tu saya hanya pegang tangan dia dan pimpin je. Tak kuasa nak pujuk memujuk!
p.s: heih~~ sedar tak sedar lagi 3-4 minggu lagi adik Iman akan keluar. Cepatnya masa berjalan, langsung tak sedar!
p.s : oh ya,
blog niaga saya sudah berada di alam internet. Itupun kecik-kecik aja dan dorongan abgfiz dan kawan baik saya, Ani. Dah banyak idea, saya tambah lagi produk..