RSS

Hati Ibu

Bismillahirahmanirahim

Sejak Ahad lalu, Iman mula menunjukkan ketidaksihatan dirinya. Sabtu malam, Iman asyik terjaga dan menangis, kadang tu tension juga sebab tak faham kenapa dia asyik menangis. Jam 5 pg Ahad, saya pegang dia rasa panas je. Tapi masa tu terfikir tangan saya sejuk kot.. Lepas je solat subuh, saya cek suuhu Iman, waktu tu suhu Iman 101 F. Patutla Iman merengek je.. demam rupanya. Lepas bagi Tylenol, suhu alhamdulillah kembali 98.9 F. Hari Ahad tu walaupun suhu 98-99 tapi Iman langsung tak aktif, makan dah kurang berselera.

Tiba hari Isnin, suhu badan Iman semakin tinggi, 101- 102 F. Hari tu pun asyik merengek je, kesian sangat. Bila saya terbaca artikel yang visited nurse pernah bagi pasal demam.. katanya :

Fever,

* is a common sign to a parent that an infant/child sick.
* in an infant/ child is a simptom, not a disease. It is the body's response to that.
* is an early warning signal that an infection may be present
* helps the body fight off the disease bu reducing the number of bacteria.

To help bring down the fever : (cara omputeh )

* remove the infant/child's cloting, leaving only the diaper or light clothing

* keep the room cool, not cold and keep the child away from drafts

* if the infant/child's fever temperature gets to 102 F, a sponge bath may be helpful. Fill the tub with 3-7 inches of
lukewarm water (depend on the size of infant/child). Sponge the water over the infant/child, especially the armpitsa and groin area. When the water starts coolor the infant/child begins to shiver, remove the infant/child and dry completely.


* NEVER use alcohol in the bath water as it may get into the infant/child's body and cause the temperature to drop too
quickly.


* if the child begins to shiver, keep the infant/child warm and dry but DO NOT cover with a blanket or extra clothes as the skin needs to be uncovered to let the heat out.

* keep offering child/infant liquid : breastmilk, water, FM.


Setelah membaca dengan teliti, saya hanya lapkan badan Iman dengan towel basah sahaja. Isnin tu Iman asyik nak didukung dan dipeluk je. Oleh kerana suhu asyik turun dan naik, saya buat appoinment dengan Doc. Tapi .. inilah masalah berurusan di US, segalanya kena buat appoinment. Doc tu hanya ada masa Selasa pagi sahaja. sabar jela.. Nak ke emergency room tak tahu pulak macam mana sebab sini semuanya guna khidmat 911 (cekap dan tepat).

Selasa pulak, setelah kami jumpa Doc, kata nya Iman mungkin terkena virus kebetulan belakang badan Iman timbul rash merah-merah dan kering kulitnya. Tapi alhamdulillah setelah jumpa Doc, Iman dah aktif macam biasa walaupun suhu badan 102.9 F!

Dalm kesusahan hati saya ni, saya emailkan pada nurse tentang Iman.. dia membalas :

Good morning Izza~

I'm glad you gave Iman some Tylenol to help
with her fever. Has Iman had a fever for over 24 hours? How are you taking her temperature? (ear, mouth, armpit, or rectal?)

It is a good sign if she is still playing, eating, and sleeping normally. A slight fever can be a good thing, as it usually means a person's body is fighting off a mild infection. I would recommend calling the doctor's office this morning if Iman's fever continues to spike above 101 degrees. Also let the doctor's office know that you've been trying Tyleonl.

I'm also sending you a link to a website that talks about children and fevers. I hope that it is helpful to you. Please let me know if you have any other questions.

http://kidshealth.org/parent/general/body/fever.html#



Hari ini pula, hari Rabu.. badan Iman tiba-tiba ditumbuhi bintik-bintik merah. Kebetulan saya telefon mama bertanyakan hal ini, kata mama ianya mungkin campak. TETAPI.. Iman dah tak demam. Masalahnya bintik-bintik tu dah sampai ke muka, kaki je belum. Kesian sangat.. satu hari hati saya duk risau je. Pagi tadai saya telefon visited nurse dan dia janji akan datang jam 2 petang untuk tengok bintik-bintik tu.. sebelum tu dia bagi email, katanya :

Izza:

Here are a couple of websites that give information on
chicken pox:

http://www.cdc.gov/ncidod/diseases/list_varicl.htm
http://kidshealth.org/parent/infections/skin/chicken_pox.html

-I'm guessing the rash is related to the virus that is passing
through Iman's system, and not chicken pox. Iman would have had to been exposed to someone else with the chicken pox (varicella virus). I actually recommend calling over to the MD's office this morning and let them know that she now has a rash, but that her fever is decreased and see if the doctor wants you to bring her in. Otherwise, I'll plan on seeing you between 2:00 & 3:00 p.m.



Setelah nurse datang tengok, tilik serta merenung, ternyata itu bukan chicken pox. Ummp, chicken pox dan campak tu sama ke? Rasanya beza kan? Kalau campak macam rash ke? macam ruam peluh ke? Walaupun Megan (nurse) cakap dia tak risau sangat sebab katanya Iman aktif, suhu turun TAPI saya masih risau. Jadi saya buat keputusan untuk berjumpa Doc besok, lepas abgfiz habis exam.

Pula, tengahari tadi Iman asyik menangis, tidur tak nak, dukung tak nak , saya tak tahu nak buat macam mana. Sudahnya saya dukung sambil jalan-jalan (dalam rumah) baru diam sikit. Apakah simptom Iman itu??



Muka demam Ahad lalu..

p.s: mood berblog dan acces internet serta berfb sangat menurun. maafkan saya jika komen -komen tak terbalas

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rajin sangat

Bismillahirahmanirahim




Huih.. jumlah entry bulan ni menurun. Kenapa ya? Sebenarnya perasaan malas dan tak punya mood menjadi penyebab kenapa blog saya duk macam tu je. Kalau ada masa lapang pun, saya lebih suka blog walking tanpa tinggal jejak, tak pun saya melayan drama korea/jepun di drama crazy. Tapi itupun kalau ada masa duk depan pc, sebab masa banyak sama Iman (cewah..budget sibuk.ekekek)

Iman sekarang ni alhamdulillah, dah boleh bersendirian tatkala umi nak ke tandas/ambil wuduk. Tapi saya terpaksa sogokkan Iman dengan tonton kartun. Saya tahu ianya tak elok tapi itulah satu-satunya cara untuk Iman leka tika saya sedang masak atau nak ke tandas ambil wuduk dan solat. Terkadang tu tengah solat pun masih bergantung di kaki umi. Kate anak umi (cewaaaahh..)


Ada baik dan buruknya saya biarkan Iman tonton kartun, dari segi baiknya, Iman boleh belajar Bahasa Inggeris dan Matematik (read: kartun nickjr is like preschool on tv) dan yang tak baiknya, saya galakkan dia menonton, melalaikan. Tapi kadang-kadang kalau saya sedang masak atau basuh pinggan, ada je Iman bergantung di kaki, maklumla umi tak ada depan mata.








kartun yang Iman suka, (atas) moose and zie dan (bawah) yo gabba gabba.



Iman pun dah pandai mengemas rumah, apa yang diambil mesti disepahkan. Kadang tu, dibukanya closet umi, ditariknya baju ayah yang sedia berlipat tinggi, Iman did a good job!!! Umi pun rajin juga melipat balik baju-baju itu. Paling seronok, tika umi sedang lipat kain bersama Iman. Iman pun nak lipat juga tapi Iman suka lipat kain yang dah dilipat, sudahnya kain yang tak sampai 10 helai umi mengambil masa yang lama nak siapkan.



Masuk 8 bulan, Iman dah ada anxiety stranger , tak seperti sebelum ni Iman ok je dengan semua orang. Bila nurse datang rumah, Iman ambil masa untuk bermesra dengan nurse. Bila Safiyyah datang jenguk Iman, Iman ambil masa untuk bunyi suara, kadang tu Safiyyah dah nak balik baru buka mulut. Pemalukah??? (sah ikut umi dia..ekekek)


Cak!!! Sempat umi snap gambar Iman tika main dengan ayah





Nak cek folder ayahla..






Hah, kan dah kena sound kat umi..



Jom layan Iman membebel..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yang pergi tetap tidak akan kembali

Bismillahirahmnirahim


Alfatihah buat Mak Mah, ibu angkat abgfiz di atas sekembalinya beliau ke rahmatullah jam 11 pagi (waktu Malaysia) pada 1 Mei semalam (waktu Malaysia). Takziah pada seluruh ahli keluarga beliau.


Saya mengenali Mak Mah sewaktu pertunangan Fizah (adik ipar), waktu itu Mak Mah dah tak berapa nak sihat, jalan menggunakan tongkat. Arwah sangat sayangkan abgfiz dan adik-adik. Kata abgfiz, dia tak pernah lupa 'mee hitam' yang Mak Mah suapkan padanya.


Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.


p.s: mee hitam - mee goreng yang bewarna hitam (ala-ala mee mamak kot)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan