Haih, bahasa campur-campur.. Masukan adunan berselang seli di dalam baking dish. Saya buat 1 senduk cream cheese diselangi dengan satu senduk chocolate adunan. Dah siap, masuk oven 375F sehingga masak.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Singgah ofis ayah
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
Singgah ofis ayah
Ada kaitan ke dengan Iman dan blog?
Ada... sekarang ni Iman dah mula nak memanjat segala benda. Saya terpaksa keep on eye pada dia. Iman dah mula nak berdiri tanpa pegang, tapi dia tak sedar dia belum kuat lagi. Jadi Iman asyik jatuh aja, saya kena keep on eye takut jatuh kepala dulu. huhuhu~~ Jadi masa untuk saya berblogging dan blog walking sangat terhad
Tambah lagi, bila saya ke dapur Iman akan ikut serta. Dah ikut ke dapur tu, dia pula asyik nak pegang kaki saya dan berdiri. Mana saya nak bergerak kalau dia selalu macam tu. Waktu saya masakan makanan untuk Prof Abu datang, sedar atau tidak, saya terdengar bunyi 'lekuk', ingatkan suami saya ketuk dinding, rupanya si kecik ni terhantuk kepala kat dinding. Hadoiiii.. sian pula dia. Tapi tula lasak..
Setiap bulan ( awal bulan) pihak inspection (betui ka ejaan ni? malas nak cari kamus) datang ke rumah untuk sembur racun serangga dan cek smoke detector. Racun tu disembur di sekeliling dapur dan bilik mandi. Bila dapur dan diracun, tepat tersebut dah bahaya untuk Iman. Jadi masa untuk saya ke dapur juga terhad. Kadang kalau masak, saya hanya masak tumis atas dapur seterusnya, saya masukan ke dalam baking dish dan masuk oven. Kari ke, gulai ke, hatta masak pedas pun sama . Kalau lama saya di dapur, lama la Iman duk melingkar di kaki saya. Kadang-kadang kita tak nampak bahaya racun ni tapi hati-hati ia adalah pembunuh dalam diam.
Saya teringat pulak kisah pensyarah saya di USM tika saya jadi research assistantnya. Rumah mak Dr N diserang anai-anai, dan mereka telah buat serbuan untuk mematikan anak-anai. Mak Dr N pula seorang yang suka kemas rumah, jadi dia sentiasa terdedah pada bahaya racun yang disembur. Tak lama selepas itu, mak Dr N disyaki mengidap leukimia. Sedihkan? Saya memang risaukan Iman, maklum sajala nak tunggu Iman hampir 2 tahun. huhu~~
Berbalik pada Iman, bila dah masuk solid food ni, tidurnya dah kurang. Kata nurse tidur Iman akan lebih lama TAPI.. sebaliknya. Kadang jam 10 dia hanya tidur 15 minit sahaja. Bayangkan.. kadang masa dia tidurla saya cepat-cepat ke dapur, masak. Kadang elok-elok siap masak bunyi dah suara dia. Tapi, tidur malam Iman pula yang lama. Dia tidur jam 8 malam atau 730 dan bangun jam 6 pagi. Lepas Iman tidurla kadang saya buka blog, atau pada waktu itula saya kemas dapur, kemas barang mainan dia, kemas rumah. Kalau tak, susah juga. Bayangkan saya terpaksa curi-curi masa untuk ambil wuduk sebabnya kalau saya ke toilet, Iman mesti mengikut dan ketuk-ketuk pintu toilet sambil nangis. Kesian sangat tapi apokan dayo.. saya biar je dia menangis sehingga saya selesai ambil wuduk. Itulah Iman saya...
Bismillahirahmanirahim
Hadoiii penat sungguh nak kemas rumah ni, dah banyak pulak sawang-sawang, kena vacum dan lap..ekekek.. konon sibuk sampai rumah pun tak update. Rindu tak nak dengar saya membebel? Ekekek.. ejan, rindu za ke?
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan
