RSS

Entry yang malas

Bismillahirahmanirahim

Ini namanya entry malas. Tapi disebabkan banyak permintaan tentang gambar Iman, jadi.. hasilnya.. tadaa... 6 in 1. Wakakak..




2-3 hari ni Iman susah betul nak tidurnya. Masa tidur jam 9 malam setiap hari berubah ke jam 11- 12. Tu pon saya dah lena sekejap baru Iman nak lena. Sebelum Iman lena, dia biasa nenen dulu. Biasa selepas Iman nenen , automatik dia lena. Tapi 2-3 malam lepas... lepas je nenen Iman duk bergelak ketawa, berguling-guling hindustan (kononlaaa). Entah apa yang menggeletek hatinya pun, saya tak faham.

Kelmarin, Iman sedar dalam jam 2 pagi nak nenen. Lepas nenen tu, boleh dia duk gelak-gelak pusing-pusing badan. Agaknya dah tak ngantuk la tu. Dah pusing tu, suka je korek mata dan hidung ummi. Sekejap kepala Iman di sisi saya, sekejap di kaki, sekejap di perut. Sudahnya saya baringkan dia ditepi, dan peluk dia supaya dia tak boleh meniarap hatta merangkak. Akhirnya dia tidur~~ Yesss..
p.s: hish apo kono anok umi neh~~kata ayah..Iman dah besar, mula nak main~!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sila Jamu Mata~~

Bismillahirahmanirahim





Alhamdulillah, hari ini hari terakhir saya meng'qada' puasa selama 29 hari. Yeay...alhamdulillah... tak terasa masa berlalu dengan cepat.

Dah lama saya tak ber'blog walking'. Entah kenapa masa cukup terhad dan waktu singkat. (ceeewah...). Sebenarnya terdapat kekangan masa kerana, Iman cukup cemburu jika saya tidak berada di sisinya.. Ekeke.. (kononlaaaa)

Minggu lepas, saya melayan hindustan - filem Vivah.. Dah lama sangat saya tak melayan hindustan ni. Sebab pelakonnya tidak semantap yang dulu. Tapi filem ini sangat menyentuh hati. Kisah perjalanan pertunangan hingga ke jinjang pelamin (read: family arrangement). Jarang ada kisah sebegini ditayangkan. Pakaian pelakon, memang yang dari 'middle class' - tidak menampakkan aurat (aurat Hindu, pakai sari dan pujab je..). Kisah kekeluargaan dan kemasyarakatan.. ada masa sila tonton. (tak de keje nak suh pembaca tonton jugak..=p)

Semalam saya terlalu mengidamkan dessert, (kek, puding.. bla bla bla).. gobek-gobek foodnetwork.com, jumpa resepi blueberry and peach crumble. Dalam peti ais ada nectarine dan blueberry. Nectarine rupanya sebijik macam peach TETAPI kulitnya tidak berbulu..sekarang, memang bukan musim buah-buahan.(sebab tu nectarine masam sedikit..=( ) Bila masuk musim panas, buah-buahan mula dituai dan harganya murah, serta rasanya sedap (manis).



Rupa blueberry nectarine crumble..(sebaik keluar dari oven)



Enak dimakan bersama aiskrim..yum yum..(mengada nak makan aiskrim padahal musim sejuk la ni..)



Ini pula kek coklat yang dibuat minggu lepas. Pun sebab mengidam nak makan. Nampak je cantik tapi, tak moist pulak..



p.s: Silalah jamu mata ye..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senyuman~~

Bismillahirahmanirahim..

Cuba perhatikan video di bawah.. suka sungguh saya melihat Iman tersengih-sengih.. sepet matanya, bulat pipinya, gelaknya mempersona.

Lina, lucu kan bila Iman gelak?? Ekekek..


Sila abaikan suara-suara yang comey lagi macho di dalam video tersebut.. =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan