RSS

Makanan

Winter sudah kepergian dan spring akan kedatangan (bahasa tunggang terbalik..)..yea...suke sangat. Alhamdulillah kandungan masuk bulan ke 5, almost 21st week. Perut walaupun tak berapa nak selera makan tapi makan je. Cuma sekarang ni berat dah naik ke 47 kg. (suke sangat walaupun naik skit).

Selera sekarang adalah makanan tradisional melayu. Haha. teruk betul perut asyik nak makan makanan melayu je. Pernah sekali buat ayam masak lemak cili padi, 15 biji cili padi duk bubuh.. rasnya tak la pedas sangat mgkn sebab cili padi tu tak pedas.. Tak dela menjadi sangat tapi okla kalau nak makan. Siap duk hirup kuah lagi. Sepatutnya tak boleh makan makanan berlemak dan pedas, takut heartburn. Tapi aku belasah je..

Setiap pagi dan petang pula duk buat kueh tradisional. Korek-korek resepi dari internet. apa yang ada yang tu jela yang buat. Nak makan punya pasal. Kalau duk Msia ni senang je kan.. keluar je rumah ke pasar malam ke , pasar tani ke, pasar kinggu ke,, mesti ada kueh mueh ni. Nak makan roti jala, sibuk je duk tebuk tin susu. Nasibla duk di US ni..apa nak makan kena buat sendiri.

Abgfiz tak ada ni mulala rasa malas nak masak, tak ada semangat nak masak. Nanti sape nak makan. Semalam ke supersaver dengan Ifa, ade nectarine, plum, peach. Dok pk nak buat kek ke, pai ke tapi kalu buat sape nak makan? Yela tukang try makanan tak ada..gamaknya makanan tak termakan la.. Pastu semalam duk pk-pk nak beli cantelope tapi tunggula abgfiz balik. Banyak betul mak budak nak makan. Nafs betul.. Perut ni cepat lapar dan cepat kenyang. Kalau lapar makan roti sekeping dah kenyang. Mana nak habis makanan??

Kalau duk rumah mama, mesti banyak dapat makan kueh-mueh.. Kalau mek (nenek) ada lagila haru.. setiap petang buat kueh, paling sedap kueh putu mayam.. Memang tak tertanding dengan putu mayam sesiapa kalau mek buat. sedap sangat.. Siap mek kait kelapa sebelah rumah lagi. Oiii sedap sangat.. Tahan ajalah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bertuahnya..

Sebenarnya entry ni nak menceritakan sedikit sebanyak perubatan di US nih. Yela nak dibandingkan dengan Malaysia.. jauh sangatlah bezanya.. Sepanjang pregnancy kat sini..bil-bil termasuk bil test pregnancy hampir 4000 USD (kalau convert ke RM ~ 12 000) mahal benor... Tapi alhamdulillah rezeki anak (dah anak tu memang rezeki kan..) segalanya dipermudahkan.. Dapat medicaid di sini.. means perbelanjaan segala bil dan perubatan ditanggung sehingga 2 bulan selepas bersalin. Alhamdulillah..syukur sangat-sangat. Mana tak nya.. cek darah sahaja bil hampir 700 USD, itu cek darah je.. tak termasuk scan, bil jumpa midwife, bil ubat. Hah, bercerita pasal ubat ni.. ubat awal-awal terima adalh ubat tahan muntah.. harganya.. 15 biji = 149 USD. Mahalkan?? itu baru sekali.. Termasuk yang ada sekarang dah 5 kali refill. Ikut kiraan matematik.. 5 x 149 = 745 USD (RM.. malas sudah nak convert..). HAH..PUNYALA MAHAL.. adui..

Nanti nak bersalin bil lain pula.. yela..bil doctor yg deliver tu lain, bil nurse yang jaga baby tu lain, bil nurse yang jaga kita tu lain.. bil hospital tu lain..gamaknya sekali pregnant kat sini habis kot 30 000 USD. Tapi yang bagusnya..perubatan disini sangatlah teliti. Terasa disayangi dan diambil berat walaupun kita ni lain rumpun bangsa dan agama. Nurse yang datang ke rumah setiap bulan sangatlah caring, setiap kali datang mesti bawa bahan bacaan untuk aku baca.. pasal baby, pasal pemakanan. Rajin dia download dan print dari internet. Aku sendiri malas nak melayan internet..

Terfikir sejenak.. kalau di Malaysia, segala perubatan free, ubat-ubatan free.. vitamin dan segala jenis supplement boleh dapat dengan free lagi. Alangkah bertuahnya rakyat Malaysia. Jadi sekalian alam, bersyukurlah dengan segala nikmat kurniaan Allah. Tapi itulah kan.. segala yang terjadi semua ada hikmah tersendiri..

p/s: sedih.. abgfiz ke Missouri selama 4 hari. Tinggal daku seorang diri ditemani oleh baby dan Ifa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malaysian Night



Antara lakonan yang menambat hati penonton, acara perkahwinan mengikut adat Melayu.





Tarian yang menggunakan buluh yang dipersembahkan dari bumi kenyalang






Sabtu lepas, NUMSA (Nebraska University Malaysian Student Association) dengan gemilangnya mempersembahkan Malaysian Night dengan tema 7 Wonders. Majlis bermula jam 630 pm tapi biasalah... kami ke sana jam 645 pm maklumlah maghrib masuk jam 618 pm. Sesampainya di sana, majlis dah start dengan gendang dan tarian naga.





Pn Rohana bergambar bersama para pelakon dan penari yang berjaya memukau hati penonton


Persembahan mereka banyak menonjolkan kebudayaan dan keunikan Malaysia di mata UNL. Persembahan mereka mengetengahkan adat dan budaya masyarakat Melayu, Cina, India dan suku kaum di Sabah dan Sarawak. Sangat menyeronokkan dan menakjubkan. Suatu majlis yang agak berjaya mempersembahkan segala yang berada di Malaysia.





Sempat bergambar bersama MSD Chicago dan NUMSA's advisor Ryan Lim


Majlis diserikan lagi dengan kehadiran pegawai MSD Chicago, Pn Rohana dan En Azmi serta Duta Malaysia di Washington dan Wakil Tourism Malaysia dari LA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan