RSS

Lemon Roll Cake


Bahan-bahan :
3 biji telur - asingkan putih dan kuning
70 g gula halus
1 biji kulit lemon - diparut
55 g tepung gandum
1 sudu besar lemon jus
1 sudu besar minyak masak
Untuk cream :
coolwhip
buah oren
buah apricot
Cara membuat :
1. Buah apricot dan buah oreh dipotong dadu dan diiced kan. Disejukkan dalam fridge.
2. Preheat oven 180 C
3. Pukul telur putih sampai kembang. Kalau terbalikkan mangkuk telur tak jatuh.
4. Masukkan telur kuning satu persatu ke dalam telur putih tadi sambil kacau.
5. Masukkan kulit lemon, tepung gandum, lemon jus dan minyak masak sambil kacau dengan spatula.
6. Ratakan adunan pada loyang panjang segiempat. Bakar pada 12-14 minit. Sejukkan
7. Setelah kek sejuk, sapukan coolwhip dan tabur buah yang telah diiced tadi. Gulung kek dan balut kek tersebut dengan plastic wrap (cling film). Sejukkan dalam peti ais.
Nota: Pastikan kek sejuk dahulu sebelum sapu coolwhip. Coolwhip akan cair apabila terkena panas.
Siap kek gulung..
p/s: kak yani..tq 4 the recipe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PIZZA..my wife recipe

Since three months here.My wife started to leran how to make western food.One of it is pizza. Just remind me in Malaysia, order a Pizza Hut if want to eat pizza.Below are the methods to make the Pizaa..


Bahan :


175 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis
2 sudu besar minyak sayuran
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1 cawan susu segar suam


Topping:


Tomato
Bawang besar dihiris nipis
Lada benggala
Sos spageti
Shredded cheese

Roti:


1. Yis masuk dalam susu suam biarkan sehingga susu berbuih atau 5 minit.


2. Masukkan gula, garam, minyak. Gaul rata dan akhir sekali masukkan tepung gandum sambil uli.


3. Uli doh sehingga doh tidak melekat pada tangan. Tutup dgn plastic wrap selama 1 jam atau doh naik 2 kali ganda.


4. Setelah doh naik, canaikan doh dan cucuk doh menggunakan garfu keseluruhan doh supaya udara mudah keluar. Bakar doh selama 5 minit.


5. Roti dikeluarkan dari oven dan permukaan roti disapu dengan sos spageti kemudian bahan2 hiris ditabur ke atas permukaan roti.


6. Bakar pizza dalam 10-12 minit lg.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Radiation Safety Training

Dua hari yang lepas, aku telah melengkapkan kurus "Radiation Safety Training".Pakej kursus ini adalah selama 8 jam. Tujuan utama kursus ini adalah untuk megajar cara yang betul pengendalian bahan-bahan yang merupakan radiaktif. Ia merangkumi dari segi pemahaman istillah radioaktif sendiri dan bahan-bahan yang diaplikasikan sebagai radioaktif.Di samping itu, di dalam kursus ini diajar secara betul kaedah dan aplikasi keselamatan yang perlu ada semasa pengendalian bahan radioaktif. Selain itu, dalam kursus ini juga diajar bagaimana hendak mengendalikan makamal yang telah tercemar dengan bahan radioaktif dan bagaimana ia dibersihkan. Pada penghujung kursus ini, satu ujian bertulis akan diadakan.Mereka yang lulus akan diberikan sijil dan dibenarkan menjalankan kerja-kerja penyelidikan yang memerlukan penggunaan bahan radiaktif.



Untuk kerja-kerja penyelidikan yang bakal aku lakukan tidak melibatkan peggunaan bahan radiaktif, tetapi makmal aku merupakan salah sebuah makmal yang melibatkan penggunaan bahan radioaktif. Sahabat aku, Neil meggunakan C-14 untuk kajian penyelidikannya terhadap anai-anai. Sekiranya berlaku "contamination", sekurang-kurangnya aku tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengelak 'contamination' semakin berleluasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan