RSS

Oh! What a beautiful .. beautiful of Love!

Bismillahirahmanirahim

Saya : Embah, jumla ikut iza balik Penang.

Embah : Arwah embah lanang pesan.. Mus, nanti dia tak da, Mus duk sini , rumah ni dengan anak. Mintala sorang anak teman Mus. Ni rumah Mus beli, kena duk sini

Saya : O.. embah lanang cakap gitu?

Embah : Embah teringat ingat kat embah lanang. Kadang, embah ternampak embah lanang panggil embah. Mus.. Muss. Kadang embah nampak embah lanang kayuh beskal ke masjid. Kadang embah nampak embah lanah pakai kopiah puteh duk depan embah. Embah terbayang bayang dia. Embah tinggal dengan embah lanang sewaktu embah umur 12 tahun. Kahwin masa tu, sampaila embah umur 76 tahun. Embah lanang suka puasa 6, puasa Isnin Khamis. Embah juga begitu. Embah lanang suka nasi lemak mak ko buat, suka teh tarik, suka masak kencur. Mak kau kalau dia balik, embanh lanang akan minta. Piah, buatkan nasi lemak ya. Bapak nak makan. Embah terkenang kan embah lanang.

Saya : Oo.. embah rindukan embah lanang. InshaAllah moga dia dalam kalangan orang beriman,

Perbaualan kami ketika saya balik Tanjung Karang minggu lepas. Menitis air mata saya dengar kasih sayang embah. What a beautiful of love! Semoga saya dan suami begitu juga. Mengharungi liku liku kehidupan bekerluarga dengan penuh sabar dan redha. Ameen!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Summary

Assalamualaikum

Terasa lama nya tidak menjenguk blog yang suatu ketika dhulu ianya satu wadah bingkisan untuk saya hamparkan rindu buat keluarga tatkala berada di US. Sedikit sebanyak ia enjadi catatan harian dan bulanan serta kewajipan saya untuk menyinggah di blog ini. Ia umpama diari keluarga. Terdapat cerita Iman, Muizz dan kehidupan di US, Oh, saya benar-benar rindukan saat itu!



Alhamdulillah, selesai pengajian saya diperingkat sarjana. Ia, bukan mudah, juga bukanlah susah. Follow the Allah's flow.. itu kata-kata sahabat saya, Najwa. Sepanjang pengajian saya di ISDEV selama setahun setengah, banyak sangat ilmu baru yang saya dapat. Ilmu pengajian, ilmu hormat, ilmu mengenal manusia, ilmu menghayati manusia, ilmu menghormati guru, ilmu menghormati masa, ilmu berjuang, ilmu mengembara dan macam-macam lagi. Syukur, jutaan syukur kerana Allah temukan saya dengan melorong kan saya dengan sahabat baik, Nora untuk mengenal ISDEV. Sebagai seorang ibu, istri dan juga sebagai ibu mengandung. Bukan mudah, Bangun pagi siapkan segala sarapan, keperluan anak suami, balik petang siapkan makan malam dan keperluan anak tidur. Memenatkan, tetapi berbaloi! Betullah, saya masih ingat kata-kata murabbi saya, Dr Fadzila Azni Ahmad - "Kita tiada masa untuk berehat, berehat hanyalah setelah jasad dikebumikan. Sekarang, masa untuk berjuang.." Setiap manusia, mempunyai tanggungjawab masing-masing, perjuangan masing-masing yang penting matlamat kita untuk mendapat redha Allah. Alhamdulillah..Betapa saya seronok menimba ilmu!


Alhamdulillah... segala puji bagi Allah SWT, bertambah lagi ahli keluarga kami. Daripada 4 kepada 5. Introducing....

Nurul Nuha Abdul Hafiz, Dis 2014
Pearl Maternity Hospital


Dari awal hingga kini, ikut ja ummi kemana. Semoga menjadi anak solehah, diangkat Allah di akhirat nanti. Ameen


Penyejuk mata, penawar duka ummi, penghibur ayah, pencetus kebahagiaan dan keriangan kakak dan abg Muiz.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masa

Benar, masa itu amat berharga terutama orang seperti saya, seorang isteri juga ibu dan pelajar. Masa amat terhad. Pembahagian masa ketika belajar sewaktu degree takla sesibuk begini.

Sebenarnya, saya baru saja selesai peperiksaan. Subhanallah, waktu yang amat kritikal. Ada masanya kain bertimbun-timbun, ada jugak masa lauk tak dimasak. Tapi bak kata abgfiz, buta mata je.Kadang, saya tak sampai hati nak bagi anak makan makanan luar, saya masih memasak walaupun masak tu satu-dua lauk je.

Benarla...

'I must be multitask ummi..' Pray for us..

p.s: secara tiba-tiba berminat membaca sejarah Islam, seronok membaca sejarah nabi zaman dahulu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Subhanallah

Bismillahirahmanirahim

Subhanallah.. itu yang selalu saya ucapkan tatkala hati penuh dengan kacau bilau. Bukan apapun sebenarnya, banyak fikir yang benda tak perlu fikir. Saya masih lagi dalam keadaan pening, memikirkan apakah isu dan tajuk untuk disertasi saya nanti.

Menukar bidang dari Sains Teknologi kepada Sains Sosial bagi saya, amatlah sukar. Segalanya kena pusing 360 darjah. Tapi benar, ia juga bukanlah susah. Mind setting kena tukar, niat kena betul inshaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Menjadi ibu serta isteri dalam masa yang sama sebagai seorang pelajar, juga bukanlah sesuatu yang mudah. Memerlukan banyak pengorbanan dari pihak suami. Alhamdulillah sedikit sebanyak saya terasa mudah. Adakalanya susah, namun alhamdulillah walaupun mengambil masa yang agak lama, tetapi 'overcome' tiba tiba datang.

Bercakap tentang niat, betullah kata orang, setiap perbuatana itu harus dimulai dengan niat. Dan niat itu haruslah betul. JIka kita sedang belajar, tapi niat untuk dapatkan degre semata-mata, memang akan dapat degree sahaja. Berbeza dengan kalau niat kerana Allah, niat untuk dapatkan ilmu, inshaAllah bukan hanya ilmu yang dapat, tetapi barakah juga yang akan dapat. Jadi niat itu perlu betul atas setiap yang kita lakukan. Ajaran ISDEV pertama tika mula-mula masuk ke kelas.

Alhamdulillah... sedikit sebanyak saya terasa bahagia berada di ISDEV. Entah kenapa, keseronokan dan kebahagian itu tidak dapat diungkap. Keduanya dapat ; ilmu dunia dan ilmu akhirat. Semoga Allah merahmati kami semua.

p.s: lama tak berceloteh, idea tiba2 kosong.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The thing is..

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, Selamat Hari Raya dan Maaf zahir batin. untuk? Seluruhnya yang rajin membelek blog bersawang saya ni. Memang saya akui, kerajinan itu tidak mengatasi kemalasan saya untuk mengisi masa saya..untuk MENAIP. boleh pulak macam tu ya? Kekeke... Apa-apapun... kalau rajin .. saya 'surely' mengahntar berita untuk yng rajin memjenguk.

Aidilfitri kali ni kita biasanya menyambut dengan gembira tak kira tua, muda, kaya, miskin kan? Tapi aidilfitri di Mesir bagaimana ya? Saya tertanya-tanya bagaimana meeka menyambutnya di kala sang pengebom dan penembak di sana sini. Hebat nya ujian yg Allah turunkan pada mereka. Apala sangat kita jika nak bandingkan dengan mereka kan? Semoga ketabahan, kesabaran mengiringi mereka. Syahid mereka, Subhanallah. mampukah kita jika kita berada di sana? Wallahua'alam

Saya, akan kembali sebagai pelajar sekali lagi. Alhamdulillah... mmg banyak dan cabaran. saya tahu.. Belum mula kelas, cabaran dan rintangan dah terpampar di depan mata. Tapi keinginan saya mengatasi segalanya. Selagi abgfiz menyokong insyaAllah...segalanya boleh diatasi.


 Sehari sebelum raya, riuh rumah tokwan. Fenin maktok dan tokwan. Suara ummi pun makin naik.



 Pagi raya. semua pakat berkumpul raya di Penang tahun ni. Raya ke2 baru masing-masing pulang ke kampung.




Iman dengan muka 'epic' nya. Saba jela..

p.s: rindunya waktu saya ghajin berblog dahulu.. tunggula ..hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.....

Jutaan syukur dengan segala yg Allah limpahan kurnia kepada kami... Segala impian saya pulang ke Malaysia  hampir tercapai

1 - Ingin bertemu dengan mak ayah, keluarga, mama papa dan keluarga - alhamdulillah...
2- dapat menikmati, mendengar dan melihat secara langsung atau tidak langsung di kaca televisyen 'didikan rohani'. Alhamdulillah...
3 - anak-anak semakin menunjukkan peningkatan di dalam penguasaan ilmu fardu ain dan ilmu dunia : alhamdulillah...
4 - last but not least...... in shaAllah.. dapat berpuasa bersama-sama, merayakan dan meraikan sama2 kedatangan Ramadhan dan Syawal... Semoga Allah kurniakan kudrat kami semua utk meningkatkan ibadah semaksima yang mungkin.....


 peace anak berdua...

p/s: Salam ramadhan.... 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

See them again

Bismillahirahmanirahim


Alhamdulillah.. It was great that we met again! We were having fun spend time together with kids even it's only few days. May Allah will we meet again. Ameeen



 In front of our house

P/s; missed life in Lincoln. However I'm glad and thanks to Allah for giving us spend lifetime with family. Subhanallah.. Precious!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rejab will go, Syaaban say hi


Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, cuti kali ni lama . Penang-selangor-melaka-kelantan-penang. The best things..having fun together with siblings and ma. Argh.. I miss them again!

Ramadhan kian mendekat. Saat yg ditunggu dah hampir tiba. Waktu di Lincoln, sentiasa doa agar mak ayah, keluarga, mama papa keluarga agar Allah panjangkan umur merek dan kami agar sempt menyambut Syawal bersama, mungkin sempat berpuasa Ramadhan bersama2 biarpun sehari. Saya rindu itu.

Moga dikuatkan oleh Allah agar kami suami isteri berada dalam keadaan sihat untuk beribadat bersama. Ameen


     Having fun at beach😉


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New member in our family

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah... Bertambah ahli keluarga kami : Wan Ainul Alyani.. Lepas ni ada la anak sedara ber'title' WAN kt depan.

Hanya majlis akad nikah. Kenduri pada hujung May nanti.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tautan Ukhwah

Alhamdulillah.. Pertemuan tak di sangka. Terserempak di masjid USM . Merindui zman pelajar di USM tika hadiri program Pusat Islam.

Kak ija (mariam izza) : nama sama, kakak paling rapat tika awal masuk USM hingga kini!

Kak Tini : (nur hartini) : kakak yang sentisa berda dalam ketenngan. Muka tenang, hati pun tenang. Nama anak kita sama. :) moga akhlak mereka seperti maksud nma mereka :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dulu dan Kini

Bismillahirahmanirahim

:)) Lama saya tak buka blog, saya malas. Malas nak buka laptop, malas nak mengadap laptop. Kalau dulu, dunia di hujung jari, sekarang.. dunia bersama anak-anak. facebook dulu boleh dikatakan setiap hari saya buka, sekarang seminggu sekali pun saya amat malas. Kekangan masa dan waktu..agaknya. Atau diri sendiri yang merasakan banyak membuang waktu...

Balik Malaysia, waktu sangat suntuk, adakah kerana di sini 12 jam-12 jam? Saya pun tak pasti. Tup tup dah petang, tup tup dah minggu akan datang.

Tiada apa yang baru dari kami melainkan anak-anak yang makin membesar> Alhamdulillah, Kakak Iman dah pandai membawa diri, boleh tolong saya sikit-sikit walaupun takla sepenuhnya. Cuma kalau berada di rumah Tokwan/ Tokma sikapnya terus berubah. Kalau di rumah, pandai mengemas mainan tapi kalau di rumah tokwan, Mak tok yang tolong kemas. Sabar jela.

Berbeza dengan Muizz, yang ni subhanallah.... ada je dia buat perkara yang grrrrrr naik geram saya dibuatnya. Kalau marah, buat muka seposen, jadi yang nk marah pun tak jadi. Allah.. sabar ajalah dengan kerenah anak0-anak.

Saya di Lincoln, duk fikir gemuk, sebab berat badan saya makin bertambah. Tapi bila jumpa saudara mara, semua cakap..'pasal apa badan macam tu jugak? Langsung tak berubah...?" Kekeke.... saya terfikir, agaknya sebab duk lari sana lari sini kejar Muizz kut yang badan sy maintain. Baju kurung 5 tahun lepas pun alhamdulillah masih boleh pakai lagi.

p.s: Hasanah duk minta say layan drama korea yang memang jarang saya nak layan. kekekke...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tenang

Bismillahirahmanirahim

Kok~~kok..

Bunyi ayam berkokok, melihat jam di bawah bantal tertera jam 430 pagi. Terus bangun mandi, walaupun sejuk menggigil. Ambil wuduk, terus ke ruang solat. Di sana, embah sedang menunaikan solat sunat. Bersama embah, kami tunaikan solat sunat. Kedengaran bunyi air di bilik mandi di luar rumah, di hadapan rumah. Di dapur, terdengar percikan air menandakan ada orang sedang mandi di kawasan dapur. Menoleh ke belakang, terlihat sebaris sepupu sepapat sedang lena dibuai mimpi.

Terdengar buka tutup pintu tandas di belakang rumah, bunyi percikan air mandi di bilik air di hadapan rumah,  bunyi dengkuran tidur sanak saudara, bunyi bisikan-bisikan suara mengalunkan ayat-ayat suci alQuran. Subhanallah... inilah dinamakan ketenangan. Inilah yang saya nantikan sekian lama bertapa di bumi US. Sebelum subuh, semua pakcik-pakcik dan anak muda ke masjid, ibu-ibu yang sememangnya bangun awal menanti untuk solat subuh berjemaah. SUngguh!! Saya tenang dan bahagia dengan suasana begini. Tiada perasaan begini tatkala menjadi penduduk US, tiada kegembiraaan sebegini tika kami di US. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya supaya dipanjangkan umur menikmati saat-saat begini bersama keluarga. Subhanallah..Maha Suci Allah.

Ya, saya rindukan suasana begini tika berada di rumah embah di Tanjung Karang. Entah kenapa, perasaaan itu sungguh damai lagi menenangkan hati ini. Biarpun tandas masih di luar rumah, bilik mandi juga masih terpisah jauh dari tandas dan juga di luar rumah , (khas utk kaum Adam, manakala kaum Hawa tandasnya di dalam rumah), biarpun panas membahang beratapkan zink, berjuta nyamuk menghiasi kulit, namun sejuta kebahagiaan menghuni hati ini.

p.s: Setiap hari tika di US berdoa agar kami dan ahli keluarga di malaysia dipanjangkan umur supaya boleh bertemu di pagi raya nanti. Moga Allah makbulkan doa saya. ameen ameen ameen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jutaan syukur

Bismillahirahmanirahim

Utamanya.. jutaaan alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah. Syukur amat kepada yang Esa atas segala nikmat kurnia,... Utamanya.. abgfiz dah bergelar DOKTOR falsafah.

Sedikit sebanyak saya kongsikan pahit manis PhD abgfiz..

Tahun pertama dan kedua :

Disebabkan waktu Master hanya research, jadi abgfiz TERPAKSA ambil banyak kelas. Setakat 4 tahun di sini, abgfizlah paling banyak ambil kelas antara semua. Biasanya 2 kelas paling banyak 'graduate student' ambil, TAPI abgfiz ambil sampai 4 kelas.

Belajar di sini sangat berbeza dengan di Malaysia, rata-rata sewaktu ijazah dulu, kebanyakan pelajar tak ambil berat sangat kerja khusus (?) kerana hanya 30% sahaja menyumbang kepada markah. 70% lagi dari 'final'. (ni sewaktu saya buat ijazah dahulu..). Tapi kat sini, markah 'final' hanya 10-30% sahaja. Selebihnya markah dari kerja khusus. MInggu pertama mula kelas, dah ada quiz. EH bukan minggu pertama... hari pertama, sudah ada quiz.

Seingat saya, kelas Biochemistry abgfiz ambil, setiap minggu ada quiz, dan sepanjang semester ada 6 ujian. Dan sehari sebelum exam, masih ada kelas yang perlu dihabiskan.

2 tahun pertama..... abgfiz balik rumah pukul 5 pagi. Saya pada waktu tu, masih ingat lagi, tengah pantang kan Iman. Saya sedar jam 4 pagi, abgfiz masih tak balik. (Ofis dengan rumah pada waktu tu dekat je, jalan kaki pun sampai. Tapi abgfiz ke ofis guna basikal).

Bukan sekali dua, menangis, bukan sekali dua dia hampir putus asa. Sedih saya melihat keadaan nya. Hanya kata-kata semangat yang boleh saya berikan untuk menyejukkan hatinya, memujuk hatinya.

Namun, alhamdulillah berkat kesabaran nya, berkat doa mak ayah, abgfiz lulus dengan CGPA 3.7 ke atas.

2 1/2 tahun terakhir :

Selepas dah selesai ambil coursework selama 2 tahun, akan ada pulak Comprehensive Exam.Ini exam terbesar. Ianya menentukan sama ada perlu meneruskan ke PhD Student atau tidak. Jika gagal, maka pulang ke tanahair sambung di Malaysia atau ... gagal mendapat phd. Exam ni meliputi 2 : 'Writing' dan 'Oral'.Calon harus menyiapkan 'exam' dari setiap 'committee member'. Macam abgfiz, ada 4 committe member ; 1 advisor, 2 pensyarah dari Deprt yang sama dan 1 pensyarah dari dept lain. Jumlah semua 'writing exam' 4 kertas. Dah lulus yang tu baru boleh buat 'oral exam'. Oral exam pula soalan terus menerus dari pensyarah tadi, biasanya berkisar tentang soalan bertulis. dan Alhamdulillahhh.. abgfiz lulus.

Masih lagi sibuk, abgfiz hidupnya di lab. Malam baru balik. Kalau abgfiz bawa bekal pagi, jadi petang balik dalam pukul 6 sebelum makan malam. Kalau dah balik makan tengahari, dia akan bawa bekal dan pulang lewat malam. Biasanya jam 10 ke atas.

Hidup kami dah biasa macam ni, hingga kadang Iman sebelum tidur, tanya... 'where's ayah?', 'mom, ayah is nor here yet?'...Sedih, ya memang sedih. Tapi abgfiz bukannya ke mana-mana, dia hanya sedang menyiapkan PhD. Itu kata2 untuk memujuk hati saya. Buka tak pernah rasa sedih sebab dia sentiasa sibuk bukan tak pernah rasa terkilan. Tapi saya harus memahami itu perjuaangan nya.

Dan.... alhamdulillah... abgfiz sudah..... selesai lab work, selesai buat thesis, selesai defends (viva kalau di Malaysia) selesai semuanya.

Hari abgfiz defends.. eh sebelum abgfiz defends.. Sentiasa dia risau.. 'sempat ke abg balik hujung tahun ni?' 'sempat ke abg nak konvo? tak apalah konvo tu... yang penting abg lulus..' DAN... saya sentiasa ingat kata-kata mama... solatlah sunat, buatlah solat hajat tu banyak mana sekalipun... Allah Maha Mendengar, Dia tahu kita susah dan payah dari awal. In sha Allah... ada hikmahnya... dan kerana itu juga.. seingat saya 4 kali abgfiz buat solat hajat setiap hari. Hari dia defends... entah banyak mana dia solat hajat, saya un tak membilang. Ma sha Allah... kita beruntung sebagai Islam, kita ada Allah, dan senjata kita doa.

Entah kenapa hari abgfiz defends saya sangat sensitif, mengenangkan ini adalah titik terakhir dia, kalaulah.. jawapan adalah sebalik apa yg diharapkan, bagaimana? Hari tu, saya tak lalu makan, tak tenang. Nak buat apapun saya tak tenang. AKhirnya, saya hanya berada di depan tv melayan karenah anak-anak. ...ENtah berapa kali air mata saya keluar memikirkan apa keputusan nanti. Dan...

ALHAMDULILLAH>>>>

saya terima panggilan abgfiz jam 330 ptg, .. "helo, DR Hafiz speaking.." lega subhanallah, syukur nya saya tak terkira... menitis air mata, air mata syukur dan gembira.

p.s: Sekadar meluahkan rasa hati, : sebagai isteri yang suami sedang belajar.. MEMANG peranan kita sangat penting. Korbanlah segalanya, dan sentiasa berdoa.. Allah Maha Mendengar dan Dia tak akan zalimi hambaNya. Juga Allah ni sangat adil, setakat mana usaha kita, setakat itulah kejayaan kita.

Bukan tak pernah saya rasa sedih, bukan tak pernah saya rasa diketepikan, bukan tak pernah saya rasa kecewa .. cuma saya fikir.. inilah pengorbanan seorang isteri tatkala suami sedang belajar.

Bukan senang belajar di negara yang bukan Islam.Mereka memandang kita dengan seribu pandangan. Betul ke Islam ni ganas? Ini persoalan advisor abgfiz tatkala ada serangan dari Afganistan. Saya pun dah lupa serangan apa, tapi waktu tu tahun 2010 kalau tak silap. Belajar di sini, macam-macam perangai manusia saya jumpa. Macam-macam kerenah advisor, committe member terpaksa abgfiz telan wlaupun pahit. Dia sentiasa ingat kata-kata ayah ..'ikut sahaja apa yang advisor suruh..' ..alhamdulillah sekarang dia berjaya.

Sedikit kata-kata acknowledgement dari abgfiz ..

'I would like to thank to my parents..when I came..for the 1st semester I want to give up. But with my father advised, I can go through all the process. My father didn't talked much, but when he talk, it was like a wisdom words.. and my mother, who always pray for me and support me all these years....'





Ps: alhamdulillah sedang menikmati kesedapan buah-buahan tempatan. Abgfiz melantak musang king durian. All of this praise to Allah...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Belajar jawi, nasyid

Bismillahirahmanirahim




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kimbap roll

Bismillahirahmanirahim

Dah masuk musim sejuk, tapi officially 21 Dis nanti. Tahun ni tahun kedua sejuk awal, tahun pertama sewaktu kami datang ke sini, bulan 11 dah salji, tahun 2008. Tahun lepas, winter panas. Paling rendah pun suhu dalam -1 kalau tak silap. Tahun 2008, suhu pernah mencecah -30.

Lama saya tak berblog. Malas , tak punya masa hehe.. Malas sebenarnya. Minggu lepas saya craving kimbap. Kimbap ni sama je dengan sushi tapi beza. Sushi biasanya menggunakan seafood mentah ; tuna, salmon, hatta daging pun mentah. Kimbap pula lebih kepada bahan yang sudah di masak, sosej, ham, telur goreng, sayur, etc etc. Pertama kali saya makan sushi tika 1st year di USM. Langsung tak menyelerakan. Kedua, saya makan kimbap buatan adik-adik undergrad. Hmm.. sedap!

Teringin nak makan, saya IM fizah, adik undergrad yang suka masak ; unpredictable dia masak. Tapi katanya sibuk, jadi saya gobek google, list bahan, terus ke Walmart dan ke Oriental Mart. Alhamdulillah... bahan-bahan senang dapat dan sangat murah. Saya gunakan sushi rice, (beras Jepun- short grain rice) Ingatkan mahal beras tu, 99 sen per pound. Murah sangat!

Resepi saya ambil di sini.. Siap dengan step by step.

Beras sushi basuh hingga air jernih. Rendamkan beras dengan sea kelp. Saya tak beli sea kelp, jadi saya rendam beras tanpa letak apa-apa selama 30 mi. Kemudian, saya masak atas dapur seperti masak nasi biasa.



Sementara tu, rice vinegar + gula + garam : kacau hingga gula dan garam larut.


 Dah masak nasi, masukan rice vinegar dan kacau (jangan sampai hancur) dan saya letak biji bijan (white sesame seed) . Oh, sebelum tu, saya sangai dulu hingga garing.


 Filling :

- telur goreng, 
- sayur bayam yang direndam bersama air panas (blenched) toss dan perah supaya keluar air.
- carrot dan celery dipotong 3/8" dan saya rebus. Atau boleh stim kan.
- sosej - rebus





 Sapu minyak bijan terlebih dahulu ke atas seaweed sheet. 


 Disebabkan saya beli seaweed sheet yang pendek, jadi saya gabungkan dua helai. Oh ya, sushi mat saya beli satu set dengan wooden spoon  $1.89 je.


 Masukan nasi dan 'spread' ke atas seaweed sheet. Tinggalkan ruang 1/2 " di bahagian bawah dan 2 " dibahagian atas.


Susun 'filling' secara melintang, gulung. teknik nya boleh rujuk di website di atas.






Tada.......






Abgfiz tak suka makanan berasaskan ikan, terutama sushi dan makanan mentah. Kimbap ni dia makan 1 ketul je semalam. Selebihnya, snack untuk saya. Kat Malaysia, mahal tak bahan untuk buat kimbap?

p.s: tak sabar menanti...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman dan nasyid

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah... anak sulung saya ni dari kecil memang suka nasyid. Tapi suka juga lagu princess. Yang kelakar, kalau dia tengah bernasyid.. segala tudung mau digayakan. Muekeke ^^ cumil~~, kan>>??


Iman sedang menyanyi lagu Haddad Alwi dan Anti. Dengarlah kalau nak tahu sedap ke tak. Dengan saya-saya suka lagu ni. Muizz pun duk ikut menari.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apple, flower

Bismillahirahmanirahim



Cantik.......




 Haaa ni epal bersaiz kecil. Rasa nya?? Masam manis.. seakan mempelam epal (?).. Saya suka, anak-anak pun suka ^^




 Bunga yang saya tak tahu nama  tapi sangat cantik. Pelbagai warna dan saiz. Yang bawah tu.. lavender. Baunya menyenangkan.


Bawah : bunga payung (?) Cantik.. macam payung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Plum Pie

Bismillahirahmanirahim

Dah berkurun buat, baru nak post ^^



Saya beli plum 2 jenis : red plum dan black plum. Harga pun sama : $1.98 per lb. Murah, kan? Tapi saya lagi suka black plum, manis dan manis dan manis.. ;)



Resepi saya ambil dari kak Hani awesome! sya memang peminat tegar kak Hani dari awal2 berblogger. Kak Hani guna fresh prune tapi saya guna fresh plum. Hantam sajalah...


Resepi ni guna almond powder, dan saya tak mempunyai almond powder... jadi saya blend almond + gula + tepung. Ni pun hantam sajalah... Sebab tu kalau tengok gambar kak Hani, filing dia smooth je dan saya punya berbintik2 (almond).

Base ;

100 gm tepung gandum
30 gm almond powder
75 gm butter (sejukkan)
30 gm gula
1 biji kuning telur saiz (M)

* Almond powder : saya blend 30 gm almond biji + 2 tbpn tepung + 1 tbspn gula. Saya tak letak telur

1. Tepung + almond powder + gula - Gula food processor, blend dan + butter supaya menjadi bread crumb      + teur kuning. Keluarkan dan tekan-tekan dalam pie pan. Sejukkan dalam fridge selama 1 jam.

2. Panaskan oven 180C /350F. Bakar crust/base selama 10 min. Hingga kuning. Sejukkan.

Almond Cream :

60 gm almond powder *saya guna almond powder yang saya buat sendiri ;p
60 gm butter (room temperature)
60 gm gula
1 bj telur (saiz M)
10 g cornstarch

1. Butter + gula - pukul  dan + almond powder.
2. Pukul telur dengan gunakan garfu dan masukan sedikit demi sedikit sambil pukul + cornstarch.

Tuang almond cream di atas crust. Aturkan buah yang telah dipotong dan bakar 30 min/ sehingga masak.


Rasanya? Sedap :)) Selagi ada almond dan buah plum, selagi tu saya tak berhenti buat. ^^




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dugaan kami

Bismillahirahmanirahim

Demam, batuk, selsema. 3 serangkai penyakit yang kami hadapi 2 minggu lepas hingga kini.

Bermula dengan anak-anak selsema, jangkit dengan abgfiz selsema juga. Tapi waktu ini biasa-biasa lagi. cuma sakit tekak dan selsema. Dah sihat semua, ummi pulak yang kena.

Sabtu :

Ummi kena hujung minggu lepas, waktu tu tekak dah rasa sakit. Dan waktu tu saya berpuasa, puasa tanpa sahur. Pagi tu saya dah janji dengan Azrina, kami nak ke Walmart sama-sama. Abgfiz cuma hantarkan dan dia terus ke ofis. Di sana, saya dah rasa pelik, tak sihat, badan rasa semacam je. Habis beli belah, kami singgah McDonald, hanya beli fries untuk anak-anak buat alas perut. Waktu tu saya betul-betul rasa nak pitam. Lepas je abgfiz datang, terus dia suruh saya buka puasa, takut nya melarat...

Balik rumah, tanpa masak, saya bagi je anak-anak makan keropok. Kesian pula tapi saya betul-betul perlukan tidur. Pening, rumah jadi pusing-pusing. Nasib baik anak-anak ikut je. Abgfiz waktu tu, memang terpaksa ke ofis, kerja pembetulan thesis dia perlu dilakukan segera. Jam 330 baru saya boleh bangun, solat dan bagi anak makan mihun (mihun sarapan pagi). lepas tu saya baring balik.

Jam 6 abgfiz pulang, bawa makanan beli di kedai arab. Saya tak mampu berdiri lama-lama memasak. Nak pitam! Waktu tu baru saya solat asar, lepa smakan, baru saya mandikan anak-anak. Malam tu pula, suhu badan saya tinggi. Demam. Tapi alhamdulillah, esoknya dah kebas. Suhu masih tinggi dalam 101.9 F tapi badan rasa dah boleh bangun. Hari Ahad tu, kerja saya tidur je. Lepas solat, saya baring. Abgfiz tolong buatkan nasi lemak. LEpas sarapan, mandikan anak--anak, saya baring lagi. Kebetulan Muizz mengantuk, dengan dia pun tertidur. Iman je duk main seorang diri di bilik. Abgfiz ke ofis.

Isnin

Entah kenapa Muizz asyik merengek, ada je benda dia tak kena. Saya dah rasa bdan dia panas sedikit tapi waktu tu rasa macam biasa je mungkin sbb suhu rumah pun panas. Masa tu terfikir macam tu sebab Muizz aktif, normal bagi saya. Kakak pun sama. Petang tu mereka sempat lagi bermain dok-pesakit dengan ayah.

Malam nya, Iman asyik terjaga. Hairan saya, tapi bila saya cek suhu Iman.. masyaAllah dah 103F! terus saya bagi ubat batuk dan selsema serta ibuprofen (ubat demam). Yang baiknya Iman, sangat senang makan ubat. Juga kalau terjaga malam atau saya kejutkan dia, dia jarang menangis.

Muizz pula merengek, serba tak kena. Dah tidur tapi masih terjaga, tidur belah situ tak kena, tidur belah sini tak kena. Bila cek suhu, dah 102.9F! Pun tinggi. Dari pukul 11 tu, saya tak tidur hingga pagi. Mana taknya, sorang menangis sini, sorang menangis sana. Iyala kiat orang dewasa pun tak senang bila demam, inikan pula kanak-kanak kecil. Sedih pula saya waktu tu. Yang jadi melarat sebab Iman suka bungkus badan dia. Doktor nasihat kalau demam buka baju, bagi suhu keluar. Atau rendam dalam bath tub. Tapi tak kan nak rendam pada jam 12 tgh malam. Saya hanya lapkan dengan air suam badan Iman.

Muizz pula asyik menangis. Sedih betul saya tengok anak-anak bila sakit. Sudahnya Muizz tertidur di pangkuan saya, sambil duduk. Sempatla saya tidur 1-2 jam. Jm 5  pagi dah jaga sebab anak-anak jaga. Tapi lepas solat subuh saya terpaksa erada di atas katil, anak-anak tak bagi saya ke mana-mana. KEbetulan hari tu abgfiz ada mesyuarat penting. Nak tak nak dia terpaksa ke ofis.

Pagi tu, sarapan tidak, masak pun tidak. Cek suhu balik, makin tinggi. Saya rendamkan anak-anak setengah jam di bath tub. Tapi lucunya, sorang pun tak main. Biasa nya kalau rendam bath tub, habis lantai bilik air basah. Dua-dua diam je kali ni ..

Saya bagi message pada Azrina, dan beberapa adik lain sebab Iman asyik sebut nama diorg je. Tengahari tu, Azrina datang melawat. Alhamdulillah kehadiran Azrina membuatkan Iman sedikit sebanyak sembuh. Abgfiz pula, lepas mesyuarat terus bawa bag balik rumah. Saya masak mihun sup je untuk makanan tengahri.

Jumaat :

Abgfiz pula rasa sakit tekak, selsema dan batuk. Petang Jumaat dia rasa demam, tapi ada hati lagi nak main badminton, dengan harapan boleh kebah demamnya. Malam tu, melarat demam nya. Pun saya sedih sebab abgfiz sangat jarang sakit. Sebab dia akan lawan sehabis mungkin sakitnya. Nasi tak nak makan, saya buatkan sup cendawan je dan air teh pudina.

Sabtu :

Makin teruk abgfiz. Kerja bertangguh banyak kena siapkan. Saya nasihatkan supaya rehat, rehat dengan erti kata sebenar. Dah demam macam tu masih nak buat kerja lagi. Katanya membazir masa. Tapi kalau buat kerja tapi otak tak mampu nak fikir, rugi juga. Rugi masa dan rugi kesihatan.


Dugaan betul kami ni.. Saya doa supaya lepas ni anak-anak dah sihat sepenuhnya. Dan tiada lagi yang sakit

p.s: Kaffarah bagi kami. Ada hikmahnya demam dan sakit ni. Doakan kami sejahtera dan sihat sentiasa ya. Doakan abgfiz tabah dan kuat menghadapi ujian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman ke sekolah

Bismillahirahanirahim

Pejam celik pejam celik, dah makin besar dah anak dara saya. Sungguh, tak sedar masa berlalu. Sejurus Iman masuk 3 tahun, saya hantarkan dia ke sekolah (preschool) : The Children's Place Child Care.  Tujuannya untuk Iman bergaul dengan rakan sebaya dia, bergaul dengan guru dan suasana sekolah.

Kat Lincoln dan US ni ada program headstart programme. Saya tahu pun bilamana saya belajar di satu chapter sewaktu saya mengambil diploma Early Childhood Education tika mengandungkan Iman. Sebelum saya buat keputusan hantar Iman ke sekolah ni, saya buat banyak homework, saya buat panggilan ke beberapa sekolah. Buat perbandingan masa, bayaran dan tempat. Dan Children's Place adalah antara yang terdekat dari rumah kami.

Disebabkan headstart ini percuma, dan ramai yang memohon (berdasarkan syarat-syarat tertentu), Iman berada di  waiting list. Jadi saya ambil keputusan hantar Iman ke sekolah berbayar. Tak apa lah bayar sedikit, duit boleh dicari. 2 kali seminggu dan 2 jam sehari. Kalau setiap hari, agaknya dalam sebulan hampir 1000USD kami terpaksa bayar.




Hari pertama ke sekolah, Iman teruja sebab banyak mainan dan kawan. Tapi dia lupa saya dan ayah nya terpaksa tinggalkan dia. Kami tinggalkan dia waktu dia seronok dan leka bermain.

Jam 11, abgfiz bawa balik Iman dan cerita pada saya. Iman menangis tatkala dia sedar mak ayah dia tak ada di situ. Dua jam dia menangis, nak keluar dari sekolah, panggil nama mak ayah dia. Sampai di rumah pun masih menangis. Mana tak nya dari kecil hingga kini, Iman berada bawah ketiak saya 24/7 setiap masa.

Hari kedua : masih menangis tetapi lebih baik dari hari sebelumnya. Untuk kanak-kanak 3 tahun , ada 2 cikgu yang in-charge : Mrs Susan dan Ms Joy (gambar di bawah Iman dan Ms Joy di buaian). Kata abgfiz, Iman asyik peluk Ms Joy sewaktunabgfiz datang ambil Iman. Dari situ saya faham bahawa :

1- Iman menangis sebab takut, : ditinggalkan di tempat asing. Iman rasa tak selamat.
2- Iman ingat mak ayah dia akan tinggalkan dia selamanya.

TETAPI,

Iman sedang membina kepercayaan kepada salah satu cikgu di situ untuk dia rasa selamat. Dan cikgu Itu adalah MS Joy. Bila mana Iman rasa tak selamat dan dia melihat Ms Joy, terus dia rasa selamat.

(psikologi kanak-kanak)





Tapi masuk minggu kedua, Iman masih menangis tatkala melihat sekolah. Cuma sejam selepas tu, saya buat panggilan kepada Ms Joy dan bertanya keadaan Iman dan alhamdulillahhhh... saya diberitahu Iman dah mula bermain, berkawan dan melukis mewarna dengan yang lain. Alhamdulillah... walaupun tak sepenuhnya Iman ok, tetapi itu lebih baik dari yang sebelumnya.


 Gambar : Sekitar sekolah. Sebenarnya ini adalah Day Care sepenuh masa jadi ada waktu makan, belajar, nap time. Tapi ada juga untuk part time pre school. Ia terbahagi kepada : 18 month - 3 years old, 3 years old dan 4-5 years old.

p.s: bersyukur dengan segala apa yang Allah kurniakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan