RSS

Untukmu

Bismillahirahmanirahim..

Betapa Berharganya Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat dat...ang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.



Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."





"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."



p/s: mama, i love you so much. tiada kata yang dapat diungkapkan untuk melahirkn rasa sayang dan syukurnya menjadi anakmu. 


p/s: mak, i love you so much. terima kasih segalanya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khas buat mak ayah adik adik dan keluarga

Bismillahitahmanirahim

Mak ayah, ini yang abgfiz dapat hari tu :) alhamdulillah syukur kepada Allah

Student Certification Award—Sponsored by PestWest Environmental Science, this award recognizes and encourages outstanding entomology graduate students with interest in the mission of the ESA certification program, and to promote the understanding and importance of the program. Abdul Hafiz Ab Majid is a Ph.D candidate in the Urban and Molecular Entomology Laboratory of Dr. Shripat Kamble at University of Nebraska-Lincoln, where his research focuses on the molecular ecology and population genetics of subterranean termites in Nebraska. Hafiz received his B.S in biology and vector/parasite management in 2005 and his M.S. in urban and industrial entomology in 2008 from Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia. Hafiz is a fellow at the School of Biological Sciences, Universiti Sains Malaysia, under the Academic Scheme Training Staff Program. He has participated in a wide variety of research projects on urban pests such as termite baiting, termite foraging behavior and ecology, liquid termiticide application, insecticide degradation, cockroach management and control in sewer systems, and evaluating liquid and gel bait insecticides for nuisance ants and cockroaches. He has been an ESA member since 2008 and a BCE-Intern since 2009.

Hafiz has authored or co-authored seven peer-reviewed publications and has contributed more than 20 oral and poster presentations at various professional meetings and conferences. Hafiz has volunteered his services in BCE programs, serving on the PM&C Audit Committee and helping to expanding the Certification Program beyond U.S. borders. He also does volunteer work at the Nebraska Urban Pest Management Conference.

Hafiz’s long-term research goals are to integrate insect toxicology, physiology, biochemistry, genetics, bioinformatics, and molecular biology to conduct novel research to address basic and applied entomological questions in urban insect pest management at the molecular level.

Selebihnya mak ayah boleh tengok di website ni


P/s: terima kasih atas doa dan ingatan mak ayah yang tak pernah putus.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Craving ^_^, Muizz, Iman

Bismillahirahmanirahim..

Lately, saya sangat rajin baking. Sebetulnya saya memang minat memasak sejak dari kecik lagi, seingat saya pernah saya create kek pandan sendiri. Buat tanpa resepi waktu saya berada di tingkatan 2. Alhamdulillah lembuttt sangat. Tapi dah lupa dah macam mana resepi dia, maklumla main campak je. Good thing is... mama saya sangat galakan saya masuk dapur. Mungkin sebab kami tak ada maid, mama kerja, masa saya banyak di dapur.. kebetulan along masuk asrama, so saya jadi anak sulung. TAPI.. atas kerajinan la, kalau tahap rajin berada di bawah tu, nak makan apapun saya sanggup berlapar, malas! Ekekek..

Mee Kuah








PErut saya dah malas nak makan nasi, saya bantai buat mee kuah. Google jek, jumpa la resepi. Jemput makan semua ^_^

Brownies

 Yang ni pula, saya buat brownies. Kata Abgfiz, memang sedap!!!.. Resepi saya amik di sini.



Rotiboy/Mexican Bun


 Mexican bun aka rotiboy ni Azrina yang buat. Kami punya minat yang sama... *baking*. waktu ni kami plan nak buat sama-sama, minta dia ajarkan saya buat rotiboy ni, tapi Muizz dan Iman buatkan saya tak available, plus masa buat ni waktu tidur Muizz. Memang saya tak buatla, saya dapat makan je =). Memang best!!! 


 Bagi saya berjayala, kalau nak banding dengan kat kedai, kt kedai tu pakai mesin, pastu masukkan improver  dan bahan-bahan penambah. Jadi saya rasa yang ni memang successful.




 cik Azrina.. *kakiza tak perasan gambar ni blur.. mianhae*


Cinnamon Roll

Petang tadi saya nak sangat makan cinnamon roll. gobek2 google jumpa la resipi ni. Senang je nak buatnya, tak pakai yeast pun. Walaupun Muizz di dapur, Iman di kaki saya.. alhamdulillah menjadi jugak cinnamon bun. LEga dapat makan!! Heheeh *anak-anak dijadikan alsan..haishhh*..


Sebelum menggulung~




 Sebelum masuk oven~


  Fresh from oven


Jemput makan semua.. >_<



Buat tatapan keluarga :


Muizz dah pandai berdiri dah, lagak macam nak berjalan tapi hish baghu 7 bulan awe wehhh.. Lepas Iman demam hari tu Muizz pulak demam. Saya duk risau kalau-kalau demam Muizz tu ada jangkitan hand foot and mouth disease tu. Tapi dua tiga hari lepas tu tak ada tanda-tanda macam Iman.. Pastu, saya accidently masukkan jari ke dalam mulut dan Muizz gigit, laaaaaa rupa-rupanya dah tumbuh 2 batang gigi. Jadi demam hari tu memang sebab nak tumbuh gigi la kan? ekekek..

Duk main mainan kakak bersama kakak...





Froggy ni hadiah kakak dan abg2 undergrad waktu befday Iman yang pertama. Tapi Iman takut, duk menjerit je kalau nampak. SUdahnya froggy ni duk dalam closet. Baru-baru ni je saya bawa keluar.. Imn dah tak takut dah. Tu duk tarik-tarik babybibit dia.. *bibit = ribbit*

rambut dah panjang, boleh dendan.


p/s muizz n iman buat tatapan keluarga

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aidilfitri kami~

Bismillahirahmanirahim~

Sambungan~

Disebabkan raya jatuh hari Selasa, kami cadang nak buat open house hari Sabtu, bersama birthday party kt Iman. Nasibla Iman, selalu je befday dia jatuh hari posa. *_*

Persiapan~~ sebetulnya kami risau, kalau-kalau makanan tak cukup, jadi sya masak banyak. Sebab biasa buat makan-makan sejak ada adik=adik ramai ni, memang selalu je tak cukup lauk. Sob sob~~



rendang ayam 6 ekor..

 adik hasanah yang rajin~~ *saranghae*


 
mee kari, rendang daging, kuah kacang dan kari kambing


 Lepas keje, Azrina datang bersama Ain - tumpang buat biskut tat nenas. @tengah malam.


 
Menu kami hari tu, nasi impit, ketupat daun palas (instant), homemade lemang by abgfiz, rendang ayam, rendang daging, kuah lodeh. Jamuan bermula jam 2 petang.


Mee kari, nasi beriani kari kambing (abgfiz buat), air laici..



biskut-biskut raya yg dibuat oleh abgfiz, azrina dan ain. 


para tamu~

  sesi potong kek. saya buat kek red velvet. tapi frosting tu guna buttercream jek. malas nk g kobek supersaver tgh2 malam.. semata-mata nak cari cream cheese.





 Kami tahun ni hijau, diimport khas dari kelantan. TErima kasihhhh sangat2 kepada adik-adik saya aka tukang beli baju raya kami.





 Kami para wanita~~

 para pemuda~


 Yang ni ghajin sungguh tulun saya buat persiapan ^_^

Petang tu open house lagi di rumah Zaki/KakNadiah. Pun diorg buat bersama Sumardi/Syafiq. Lupa sungguh nak ambik gambar. Badan saya memang agak tak sihat, sakit tekak sangat dan badan penat. Hidung soksek pula.. Menu dirumah sendiri langsung saya tak sentuh. Perut saya yang kosong tu saya isi makanan dirumah kak Nadiah, soto dan masakan Sumardi dari Brunei. Bolehla telan 1 pinggan, kek-kek dessert sume sya tak sentuh. Kalau sentuh pun sikt sangat. Memang saya tak mampu telan, macam ada biji batu besor je kt tekak.

Esoknya..... *Ahad


 Pagi lepas bangun tido, terus mek Iman gi buka hadiah befday dia.


Jumpa je hadiah baby doll, terus dipeluk dan cium, langsung buat tak tahu je hadiah lain yang dapat. Saya tak tahu siapa bagi hadiah sebabnya, semua tak bagi nama. Kaknadiah je yang sya tahu sebab dia bg kad, buku dalam beg kertas merah. Yang lain nya... oh ya, husna dan sarah (dari jawa, indonesia) bg babydoll. buku mickey kt depan tu Irfan, bola dalam kotak tu geng Sabah/Sarawak (yen, fyona, ann,)yng lain baju dan mainan masih belum diketahui dari siapakah gerangan nya..

Tengah hari tu, kami bertolak ke Omaha, jemputan open house oleh Kak Arfah (Malaysian-US) Anak-anaknya ada tiga, semuanya hensem dan cumil~~

 BEsar rumahnya.. dan bersih serta cantik. Bila tanya kak Arfah. katanya dah almost 10 tahun duk di rumah ni.. TAPI rumahnya macam baru je buat. Mana taknya, semua barang dapur tak berkarat, tak buruk ..masih baru. Macam manaaaa lah dia jaga rumah tu? Macam manalaaa mat saleh jaga rumah ye.. Lawaaaaaa..


 Jumpa kak khamisah... orang Pahang, tapi kawin dengan caucasion jugak. Anaknyaaaa cumil sungguh!


 Iman dengan Anjeli . TEkan tekan je piano, lagu apa pun tak harmoni. ekek


 Antara menu... sup kegemaran saya. Dengan hidung soksek, memang mantap!


 Matrix?? LOL


Kami~ Lincoln-Omaha


~~~ sambung lagi.. next entry..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Chicken pox?

Bismillahirahmanirahim

Lama sangat blog saya tak terupdate, malas dan tak bermood. =) Kali nak cite pasal anak dara.. Sabtu lepas tak tahu kenapa dia tak aktif macam biasa, tak usik-usik Muizz, tak ikut saya kemana saya pergi.. Petang tu saya perasan badan dia panas, dan memang dia demam bila suhu menunjukkan ke 102.4 F. Malam tu kami ke jamuan dan saya perasan ada bintik-bintik merah naik di kaki Iman.

Terus saya sms mama sy di Kelantan, katanya mungkin campak. Saya dah cuak dah... Nak call mama saya , dah lewat malam. Muizz dan Iman dah tidur, jadi saya call esoknya..... Kata mama, campak biasa naik di perut dulu, baru akan naik ke marata-rata. dan biasanya pesakit akan mengalami demam sementara campak nak naik satu badan. Simptom semua tu memang ada Iman alami, so saya memang yakinla Iman kena campak.

saya google pun sama..

http://kidshealth.org/kid/ill_injure/sick/chicken_pox.html
http://www.cyh.com/HealthTopics/HealthTopicDetailsKids.aspx?p=335&np=285&id=1531

Ahad lepas, baru saya perasan bila Iman duk tunjuk-tunjuk di lidah dia... lidahnya macam naik ulser tapi bila sentuh rasa macam kudis sebab ada texture. Dia tak makan, tak minum, susu pun tak nak. Asyik menangis sebab lapar. Sedih sungguh saya waktu tu. Apa yang boleh saya buat selain usap-usap dia ?? T_T

Isnin semalam baru bawa jumpa paed. Katanya bukan chicken pox, lebih kepada penyakit tangan kaki dan mulut. Patutla..... biji-biji tu hanya ada di tangan, kaki. Perut dan belakang badan memang tak ada. Bila saya call mama, mama cakap mungkin chicken pox la sebab biji-biji tu berair. Tapi Iman dah tak demam. Makan je tak nak, sakit barangkali..

saya google lagi,

http://www.cdc.gov/ncidod/dvrd/revb/enterovirus/hfhf.htm

http://kidshealth.org/parent/infections/skin/hfm.html

"usually occur during the warm summer and early fall months, though they can happen year-round in tropical parts of the world."


Pagi ni Iman cuma makan pancake bila dia muntahkan balik cornflakes kegemaran dia. 


The good thing bila anak demam, rendamkan dia di bath tub bersama air suam - untuk turunkan suhu badan dia. Dan memang menjadi.. sushu Iman naik saya rendamkan dia di bath tub sambil dia main dengan baby doll dia, dalam 15-20 min. ALhamdulillah lepas tu, suhu dia maakin turun. One thing kalau  kulit gatal, mandikan dengan oatmeal. Yang ni syaa tak buat, sebab renyah. Tambah pula Cik Muizz ni sibuk sangat masuk bilik air kalau kakak dia masuk. Dah tu lagi cepat dari kita!


 Saat dia sakit, sedih betul tengok dia tak aktif!


 Saat dia aktif, happy sangat tengok dia main dengan Muizz..




Haih, kecik-kecik dah pandai tengok TV! Sepah pun pandai @_@


p/s: mak ayah, update sudah cucu-cucu mak ayah =)

p/s: Hm.. kadang-kadang blog ni orang buat luahkan perasaan, tapi hati-hati jangan sampai aib kita semua orang tahu. Kadang-kadang kita tak perasan aib kita tersebar hanya kerana sepatah perkataan di blog. Cukuplah Allah je yang tahu dosa kita. 

Ada masa saya update hari raya yang dah agak basi ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan