RSS

Kimchi, lemon bar

Bismillahirahmanirahim


BIhun sup : tayangan semata-mata  :D



Kat atas ni Kimchi. Makanan korea. Walaupun saya ni suka drama korea tapi bukanlah bermakna semua hal Korea saya suka. TAPI.... kimchi dia memang sedap. Dan menyihatkan. Pernah saya terbaca di laman web mana lupa dah, kimchi sebenarnya rahsia awet muda orang Korea. Pernah juga saya meng'google' sejarah Korea, kenapa Korea berpecah kepada dua : North dan South. Kalau saya rajin, saya buat liputan di blog ni. Tapi kalau tak rajin, tunggu la ye. ^^

Kimchi ni pertama kali saya makan tika AIn beli dan bawa ke rumah saya. Katanya nak minta saya buatkan pancake. *macam la saya pandai*. Katanya dia jatuh cinta tika Bazaar tahun lepas, kebetulan Korean student yang jual kimchi pancake sebelah gerai NUMSA. Bila cuba sekali, memang sedap. Rasanya masam , pedas, masin, manis sikit. Saya suka dan insyaAllah ada cita-cita nak buat kimchi sendiri.

Resepi kimchi pancake atau nama dia Kimchijeon saya ambil di sini. Cuma saya tak ikut sukatan dia, saya main agak je.

bahan :

Chopped kimchi dan air kimchi
1 cawan tepung gandum,
sedikit gula
sedikit garam
air secukupnya.

Letak semua dalam mangkuk, kacau dan masak macam buat pancake. Saya buat ni pekat sedikit, jadi saya tambah air untuk cairkan. Muizz dan abgfiz makan laju je. Iman, biasa2 je....


Lemon Bar

Pertama kali saya makan lemon bar tika 'open house' department Entomology lepas, masam tapi rasa tart dan saya suka! Tapi saya tahu di dept tu dia buat dari yang instant punya, tapi saya cari jugak resepi ; nak makan. *haih mane tak gemuk kalau asyyik makan je*

Saya ambil resepi dari Giada, saya suka Giada ni, resepi dia sangat simple dan senang. Sedap lagi! Yang paling penting, jimat tak guna telur. Saya ni telur memang kurang suka sikit. Kalau kek tu nak telur 3 biji, saya mesti buat 2 biji je. Ekeke.. Rasa dia mungkin lainla sikit tapi abgfiz tak pernah pulak komen tak sedap. Giada guna thyme tapi saya tak guna, sebab tak ada. Tapi hasil dia sedap jugak. Cuma saya kena buat banyak kali. Saya ni jenis tangan keras, kalau buat kek ke, mesti tak berapa nak jadi. Tapi.. 'practice makes perfect'.

Saya copy and paste je kalau malas nak buka web tu. Cuma kalau buka web tu boleh tengok sendiri macam mana Giada buat.

Ingredients

  • Butter, for greasing dish
  • Flour, for dusting dish

Bars:

  • 1 stick (4 ounces) unsalted butter, at room temperature
  • 1 cup all-purpose flour
  • 2 tablespoons chopped fresh thyme leaves
  • 1/2 teaspoon fine sea salt
  • 1/2 cup powdered sugar
  • 2 tablespoons fresh lemon juice
  • 1/2 teaspoon pure vanilla extract

Glaze:

  • 2 tablespoons fresh lemon juice
  • 1/2 cup powdered sugar

Directions

Place an oven rack in the center of the oven. Preheat the oven to 325 degrees F. Butter and flour an 8 by 8-inch glass baking dish.

For the bars:

In a small bowl combine flour, thyme and salt. Set aside. Using a stand mixer fitted with the paddle attachment, beat together 1 stick of butter and powdered sugar on high speed until light and fluffy, about 30 seconds. Beat in the lemon juice and vanilla. Reduce the speed to low and gradually add the flour mixture. Using damp fingers, press the dough into the prepared pan. Bake for 30 minutes until golden. Cool for 30 minutes.

For the glaze:

In a medium bowl, whisk the lemon juice and powdered sugar together until smooth. Spoon the glaze over the cooled crust. Allow the glaze to harden, at room temperature, for at least 1 hour.
Using a metal spatula, remove the crust from the pan. Cut into 1 1/2-inch square bars and arrange on a serving platter or store airtight in a plastic container at room temperature


p.s: selamat mencuba.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan