RSS

Insiden ~^^

Bismillahirahmanirahim


Eekekkekeke ^^, nampak tu? Iman yang jadi mangsa gigitan Muizz. Al kisahnya...

Sedang budak berdua duk main hide and seek, dengan tiba-tiba di belakang kerusi, Iman menjerit kesakitan.

'aww... awi, awii......' menjerit tu bunyinya seakan sakit.

Bila saya tengok, dah kena gigit. Tergelak keseorangan saya.. terus saya usapkan Iman dan letak minyak gamat. Bila saya marah Muizz pulak, Muizz hanya sengih menampakkan giginya 4 batang. Haduyai...

Muizz bermula dari kecil seawal  tumbuhnya gigi sebatang dua lagi, suka duk gigit blanket busuknya. Ke mana-mana akan dibawanya blanket tu. Kadang nak mandi, saya terpaksa pisahkan, melalak la selepas tu. Tika sedang gembira, biasanya sedang bermain, Muizz akan gigit mana-mana dia rasa nak gigit. Saya pernah terkena, abgfiz pun pernah. Tapi ke saya, Muizz gigit di lengan, gigitan nya disulami dengan tarik. (gigit sambil tarik..sakit amat). Nak marah?? Macam orang bodoh pulak marahkan anak kecil macam Muizz. Apa dia tahu? Tapi gigitannya tu, kesannya.. lebam berpanjangan. Mungkin jenis kulit saya ni, kalau terkena apa-apa , akan meninggalkan kesan lama.

Yang baiknya, Iman tak pernah melawan bila Muizz sakiti dia. Begitu juga dengan Muizz, tak pernah melawan bila Iman sakiti dia. Paling tidak, duk berebut mainan, hanya menjerit je. Tapi Iman cepat minta maaf..

Begitulah anak-anak.. umur dekat-dekat, satu hari tak bergaduh, tak sah!


p.s: kadang-kadang manusia ni pelik. Niat kita menolong, tapi disangka busy body. Hairan.

p.s: ada manusia, hablumminallah (baik dengan Allah )tapi dalam masa yang sama TAK habluminannas (Tak baik hubungannya dengan manusia). Jangan lupa, bila kita mau melangkah ke syurga, akhirnya kita menjurus ke neraka. Kenapa? Kerana ditarik oleh manusia yang pernah kita sakiti. Nauzubillah... (pesanan buat diri saya dan adik-adik di rumah. Biarlah apa orang buat, yang penting hati kita jangan ada rasa dendam.)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah genap 5 tahun ^^

Bismillahirahmanirahim


Alhamdulillah, sudah masuk ke angka 5 tahun. BErsyurkur kepada Allah kerana dipertemukan, diberi peluang berkasih sayang dan cinta. Semoga sentiasa di bawah rahmah mawaddahNYa, diselangi tabah dan sabar mengahrungi ombak dan badai. Ameen 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ini

Bismillahirahmanirahim

May 28 : Memorial Day = Anniversary

Tiada apa yang istimewa yang saya buat sempena ulangtahun perkahwinan kami. Tapi hari ni saya bawa anak-anak keluar, ke Trego Park main air. Yang kelakarnya, bila sampai je... ingatkan Iman dan Muizz 'excited' nak main, rupanya sebaliknya. Main air tak nak, nak main buai tak nak. Duk tengok orang je keje. Lama-lama barulah Iman nak main buai. Muizz pulak, tak berganjak dari tempat pun. Tapi hari ni memang ramai orang pun, maklumlah cuti umum.


Macam-macam gaya boleh dilihat


 Nak tidur ke, nak bertenggek ke, nak buat apa , tiada yang kisah. 



Berjemur ke makcik ^^

Dah dekat satu jam, barulah Muizz berjalan sana sini. Iman pun ikut serta.Muizz main gelongsor, Iman pun sama. Satu masalah Muizz, naik ikut slide. Turun ikut tangga. Terbalikla sayang~~~~

Tika main air, Muizz gi jauh sikit, saya kejar Muizz. Sekali Iman pulak duk mencari saya, jauh pulak tu dia g cari. Terpaksa saya minta seorang wanita bersama anak kecil tengokkan Muizz sementara saya dapatkan Iman yang dah melalak kehilangan ibu. Dapat je Iman, Muizz pulak duk cari-cari saya, sambil melalak kuat. Hadoiii dugaaan betul anak-anak ni. Nasib baikla wanita tadi ada, risau jugak saya ni. Maklumlah sorang, tangan dua, kaki dua, tak terkejar juga sebenarnya. Iman ok sikitla, sebab dia takkan jauh dari saya. Mata dia memang sentiasa dengan saya. Tapi Muizz, kalau dah mula jalan, ikut hala dia je nak gi mana. Dah tak nampak ummi, baru menangis memanggil saya. Sambil anak main air, sempat saya berkenalan dengan wanita tadi.

Hari ni, saya minta abgfiz datang ambil. Biasanya saya pulang bersama anak-anak tanpa dia. Sampai je rumah, baru saya nak hidangkan makan malam, dah tersedia di atas meja semua. Terharu!



 Nasi beriani berlauk kambing



Combo : ayam, kambing, daging lembu, masala vada dan nasi beriani.


Alhamdulillah, kenyang! Iman sangat suka makanan ni, Terima kasih abg!

p.s: alhamdulillah//......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Word of today ^^

Bismillahirahmanirahim

Jadikanlah yang Lembut itu HATI. Jadikanlah yang Tipis itu BENCI. Jadikanlah yang Tebal itu IMAN. Jadikanlah yang Tajam itu AKAL -Ustaz Don


_retweet dari Nur Fadhilah Husna


Mencari suami yang kacak itu bagus, tetapi bila kita kahwin, kita sebenarnya kahwin bukan mukanya yang kacak, malah perangainya juga. Kalau kacak perangainya, maka beruntunglah kita. Jika sebaliknya, menderitalah kita. Jadi berkahwinlah dengan perangainya.


I treat you as same as you treat me : Kak Zima, 




p;s : kita hanya manusia biasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bingkisan hati ummi


Bismillahirahmanirahim


Ummi tak sedar dah masuk Rejab. MasyaAllah.. cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam ummi dok sakit-sakit mengandungkan Muizz dan ulang alik ke hospital. *sigh* Dah nak masuk Jun ni, bermakna ada lagi 6 bulan untuk ummi menikmati kehidupan,cuaca,bunga-bunga, tumbuhan di Lincoln. Rasanya ummi pasti akan merindui Lincoln. Bagi ummi, Lincoln ni walaupun sangat kampung, tapi ummi tenang berada di sini. Orangnya baik-baik, jalannya susah nak hadapi 'trafic jam', barangan murah, musim bunga yang cantik, musim luruh yang mempesona, musim sejuk yang sejuk, musim panas yang panasnya tak sama dengan Malaysia.. entah kenapa ummi sayu dan sedih. Ummi suka keluar waktu pagi berjalan dengan Kakak dan Muizz, sambil ambil angin melihat dan menikmati bunga-bunga yang tumbuh mekar.

Sekarang ayah berada di Georgia, Atlanta menghadiri 'conference urban entomology'. Baru beberapa jam ayah tinggalkan kita, ummi dah rindu macam 10 hari tak jumpa ayah. Mungkin selalu duk bawah ketiak ayah, sesekali ditinggalkan, terasa lama tak berjumpa. Hati ummi tak tenang, dari tgh tadi.. apabila ummi diberitahu ayah tak berapa sihat. Ayah pening kepala, muntah-muntah. RIsau hati ini. Mungkin ayah berada lama sangat dalam kapal terbang tadi.Semoga Allah pulihkan ayah dan mudahkan ayah untuk 'presentation' esok pagi. ameenn.

Lama kita sekeluarga tak keluar jalan-jalan, entah kenapa ummi tak bermood nak berjalan. Ummi lebih suka ayah habiskan kerja ayah, supaya sampai masanya nanti ummi boleh hadiri majlis graduasi ayah dan lepas tu baru ummi rasa tenang nak berjalan. 

Waktu sekarang jam 1007 malam, mata ummi dah tak mamapu menahan kantok lagi. Kakak dan Muizz dari awal jam 815 lagi dah lena. Maklum saja, kakak dan Muizz hanya 'take nap' waktu pagi sahaja. Ummi dari pagi ayah keluar ke airport, tak tidur-tidur. 



** ummi sangat bersyukur dipertemukan dengan ayah, seorang yang sangat memahami, sentiasa mendengar luahan dan bebelan ummi, sentiasa bersabar meayan kerenah ummi dan anak-anak. Tak pernah mengeluh. Hingga kini, ummi sentiasa syukur dipertemukan, disayangi dan menyayangi ayah. semoga Allah berkati kasih sayang kami . ameeen **

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ummi, Iman dan Muizz

Bismillahirahmanirahim

A weird conversation between ummi and Iman.

Petang tadi :

Ummi : Iman, come here wear your baju.
Iman : (hanya memakai tuala, berkemban. Konon dia pakai gaun princess la.) I am a princess, you go outside.
Ummi : I know you are princess, come here quickly.
Iman : No, I am princess and you can't do that. 
Ummi : Ok, that's fine. Ummi nak solat. Tak nak pakai baju sudah.
Iman : I am princess and it's not working.
Ummi : ?? ( skrip mana pulak laa dia duk hafal ni)




Waktu makan malam tadi,


Iman terjumpa pen atas meja makan.


Iman : Mom, it's pen. It's mine.
Ummi : (sambil ambil pen ditangan Iman). Yes, it's pen. It's mine. (dengan harapan Iman bagi.. supaya elak dia conteng atas meja).
Iman : No mom! It's mine. Where is paper? Paper.. where are you?
Ummi : Okla , nanti ummi ambil kertas.
Iman : No mom! Paper! paper... where are you?! (sambil cekak pinggang)
Ummi : ok, ok..I'll get you a paper ok?
Iman : thanks mom..




Sedang bermain, dengan tiba-tiba datang peluk ummi


Ummi : o.. i love you
Iman : yes, you loved me.
Ummi: ???




Antara Iman dan Muizz


Muizz : dadada, nanana
Iman : No
Muizz : nananan
Iman : No
Muizz : dadaa, nanan
Iman : No


BEgitulah sehingga keduanya penat.






Tika bermain kejar mengejar dengan Muizz, Iman kejar Muizz. Sambil kejar sambil cakap ,,...


'Honey, come back!
Honey, come back!
Honey, come back!'






Tika ummi sedang berehat-rehat, Iman dengan memegang remotw wii,


Iman : Hello azrina, where are you? I don't know..because..... Well, I can't do that..but...






Bila tengok baju Ummi, terutama baju kurung. Iman akan cakap,


'mom, you are so pretty. it's princess. soooooo pretty!'




Iman oh Iman.. sejujurnya saya tak pandai berbahasa inggeris. Tapi dengan Iman saya kena cakap sebab Iman akan cakap bahasa Inggeris. 









Mereka sahabat, kawan baik, best friend. Tapi dalam sekelip mata , boleh berperang. Haduiii anak-anak...




Situasi jumpa pen tadi. Tapi dengan sekelip mata, duk menangis dan tahan menangis..

Iman : Muizz, uizzz, uizzz.. wake up.. why you sleeping??
Ummi : tak apa la dia nak slepping, muizz tired already.
Iman : please muizz, wake up..

Tapi selepas tu, gelak-gelak melukis.



Macam nila Muizz apabila tak tidur petang. Waktu tidur Muizz biasanya 10-11 pagi ( + - 930-11), dan jam 3-4 petang ( + - 3.30-430). Tapi kalau duk tahan mengantuk..ke sana ke sini, berjalan sana sini, main itu main ini... macam nila apabila waktu makan pukul 6 petang. Sedang makan, makanan dalam mulut lagi boleh tertidur! Dan tidurnya ni sampai esok pagi, bangun hanya nak menyusu. Bangun paginya waktu subuh ummi, ummi sedar pukul 5 pagi, waktu tula waktu bangun dia, dan tak tidur balik. Ummi sedar pukul 6, waktu itula dia bangun tak tak tidur-tidur lagi.

Brokoli ada lagi. Muizz ni makanan wajib dia brokoli. Setiap kali masak kena ada brokoli dan kubis bunga (cauliflower) . Hidangan wajib dan pertama muizz, sayur ! Alhamdulillah dia suka sayur. BErbanding ayam daging, nasi.. Muizz lebih suka sayur. 


* Anak- anak pada umur 2-5 tahun, otak mereka sangat menyerap seperti span. Berhati-hati mengeluarkan kata-kata..*


Anak - anak adalah kain puteh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spring Graduation

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah genap 3 tahun Syafiq di Lincoln. Sempat saya hadirkan diri di majlis konvokesyen Syafiq. Entah kenapa saya rasa wajib untuk abgfiz dan saya hadir. Bila waktu para graduasi masuk, sayu dan sedih : perasaan saya ketika itu. Waktu Syafiq naik menerima scroll, terharu dan .. perasaan saya tak dapat digambarkan waktu itu . Tanpa keluarga, majlis konvokesyen tak lengkap. Membayangkan diri sendiri bergraduasi tanpa keluarga. Haruslah sedih. Hari Jumaat sebelum tu, majlis graduasi untuk masters dan phD.

Hari : Sabtu
Tempat : Bob Devaney Sprot Center , UNL





 Banner : sengaja tulis dalam bahasa Melayu supaya hanya kami yang memahami. ;) ;) Idea : Abgfiz. Hasil tangan : Ain, Irfan dan Fatin

 Ketibaan para graduasi. Macam-macam ragam para graduasi. Bezanya dengan majlis kita, majlis kita lebih berprotokol dan lebih menghormati majlis.





Satu-satunya Melayu :








Ragam dan gaya Iman dan Muizz. 














p/s: tak sabar menunggu abgfiz nak graduasi.. ^^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berbunga di musim bunga ^^

Bismillahirahmanirahim~
































Gambar atas ni saya ambil sekitar UNL - Lincoln



























Gambar sekitar Orange City. Tahun ni tulip bloom awal sangat, tambah pula cuaca tak menentu. Waktu musim sejuk suhu boleh mencecah 30 C! hish... jarang benor nak dapat suhu tu kalau musim sejuk tahun-tahun lepas..


Kami berempat~! *yaaa... saya dh mengembang!, terutama pipi!*


Selamat Hari Ibu! Lagu yang senantiasa saya putarkan, dedikasi dari suami tersayang~ 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan