RSS

Rotiboy

Bismillahirahmanirahim

Semalam tekak saya duk teringin nak makan, tangan gatal nak ber'baking'. Dengan kerajinan dan keterpaksaan sebab perut meminta, saya berjaya menghasilkan rotiboy.

resepi saya ambil di sini . Tapi filling dan topping saya kurangkan separuh. Alhamdulillah, roti saya buat kali ni lembut dan makan esok pagi pun masih lembut. *walaupun sebenarnya say terlupa nak buh telur dalama dunan roti* muekekek


Sebelum oven membakarkan diri mereka....



 Setelah selesai sessi pembakaran.. Ok, ini memang salah saya. Saya sengaja letakkan roti sebelah menyebelah dengan keadaan ruang udara yang amat kecil, hasilnya roti saya bercantuman. Tapi tak apa, masih boleh di makan. ^^



Close up sikit... *>* *haih tgk gmbr ni lapar pulak*

Yang bawah ni roasted tomato. Seriusly saya cakap, saya amat sangat sukaaaaaaaa akan tomato bawah ni. Saya boleh meratah segitu sahaja dalam 10 biji!


Waaaaa... enak! enak!

Resepi nya saya ambil dari Emilio, kenalan NUMSA. Sebetulnya Emilio bawa ke rumah saya pada befday Muizz hari tu, sekali saya jatuh cinta. Abgfiz yang tak suka tomato pun cakap sedap tomato ni. 

Resepi nya :

Tomato (saya guna roma tomato)
Beberapa ulas bawang puteh (diketuk)
serbuk lada hitam 
garam
olive oil

Tomato dibelah dua dan dibuang biji. Susun dalam baking tray, taburkan bawang puteh yang diketuk. Taburkan garam dan serbuk lada hitam, racikkan olive oil seluruh permukaan tomato. Bakar dalam 30-45 min pada suhu 375 F. 

Kepada yang tak suka tomato, boleh cuba resepi ni. Memang tak mengecewakan. Ekekekekk ^.^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

nEuR0 shEwAzni said...

kak ja , balik mesia buleh laa bukak kedai baking . kompem i pegi beli dekat kedai yu , everyday . hik3

annie said...

oh, dapnye! terliur~~~

Aleyn said...

Cantik dan sangat menyelerakan...uhmmpp

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan