RSS

Dilema

Bismillahirahmanirahim

*sigh* keluhan demi keluhan ... Entah kenaapa saya rasa Malaysia bukan negara yang selamat dah sekarang. Beberapa hari ni asyik kes culik, hilang, rogol, etc etc. Apa nak jadi dengan masyarakat Malaysia? Apakah penyebab semua ni berlaku??

Kerana pemimpin kah?
Salah ibu bapa kah? lalaikah mereka?
Pengasuh kah yang patut dipersalahkan?
Perlukah pendidikan yang sewajarnya kepada pengasuh di pusat asuhan/nursery?
Salah kanak-kanak terbabit kah?
Terlalu banyak warga asing?
Ibu bapa terlalu sibuk mengejar wang kerana kos hidup tinggi sehingga abaikan anak kah?
Balasan dari Allah?
Bala dari Allah?
Ingatan dari Allah?
Dunia akhir zaman?

Kalau nak listkan banyaaaaaaak sangat. Semuanya membuatkan saya nak jadi surirumah, jaga anak depan mata 24 jam. Bukanlah saya 'take for granted' dengan suami bekerja tapi, saya lebih risaukan anak saya.

Entah kenapa kat Lincoln ni masih dikategorikan selamat. tidakla sepenuhnya, baru je 2 hari lepas abgfiz dapat call dari UNL Alert, ada 2 perompak bersenjata berkeliaran di kawasan taman yang sentiasa saya bawa anak-anak main disitu. Bukan merompak jam 2-3 pagi, TETAPI jam 7-8 malam.

Entah kenapa saya berfikir panjang dengan hal, plan saya balik nanti.... Minta Allah jauhkan kita dari teraniya dan dari orang-orang yang zalim serta dari bala... 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Ummi Hanani said...

akk pun risau iza, skng ni mcm2 kes sosial berlaku.Sbb tu akk ni walaupun dah sarat still hntr dan amik Hanani2 dr sekolah..risau betul hati ni

ainzoo said...

orang jahat di mana2.
mohon kita semua dilindungi Allah dari segala kesulitan & ancaman.Amin

(semalam emergency alert..thunderstom & hail bagai.nasib la tak teruk sangat.masa2 cmni, naaaaaaaaak balik MSia cepat2. tapi bila baca news, Msia pun tak selamat. aduhainyepun adhui)..

yatie chomeyl said...

aah kan..serius kdg2 rasa xsey balikk msia..tp klu xbalik pun teringat ko family. tp klu balik...risau dgn keselamatn anak2 huhuhuhu

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan