RSS

Alhamdulillah, makbul doa

Bismillahirahmanirahim




Alhamdulillah, setelah menunnggu lamanya salji, akhirnya salji turun juga. Entah kenapa tahun ni musim sejuk yang panas (warm winter) minggu sebelum salji turun tu suhu belas2 celcius. Meman saya jangkakan salji dah tak turun dah. ALhamdulilllahhhhhh salji masih lagi rindu nak berjumpa kami... walaupun suhu pada turunnya salji takla sesejuk mana. Tebal juga salji turun, 5-8 inci.

Pernah saya tanyakan pada Megan, sebelum-sebelum ni, pernah tak Nebraska tak turun salji. Katanya sejak dia hidup di Nebraska (umur dia agak sebaya dengan saya ~27/28) belum pernah lagi Nebraska tak ada salji. Macam sedih pulak bila salji dah tak turun, yela.. Mungkin ni salji terakhir untuk kami. *sob sob*






Subhanallah..cantik sangat pokok-pokok... Jarang saya jumpa pokok botak dan dilitupi salji begini cantik. Tak terkata saya menikmati indahnyaciptaan Allah...

Sempatla kami main-main salji di luar, dengan Iman sekali duk main 'snow fight'..alhamdulillah makbul doa saya nak main dengan anak-anak salji..


Boleh pulak tertido...







Hari sebelum tu adik-adik ada ajak main salji, terus saya ajak datang main dekat kawasan apartment kami. Buat snowman tapi snowman scary jadinya. Mana taknya, salji beku sebabnya suhu tinggi. Bila suhu tinggi, salji cepat cair, dengan air tu buatkan salji beku.



Lincoln nama kanak-kanak ni.. dari China. Entah kenapa Iman asyik duk mengikut je dia. Sian dia.. Kebetulan dia turun dengan ibu dia, main snow..


 Ini tiada kerja namanya... Azrina ditanam dalam salji..



Anakdara bersama ibu (?) ada gaya anak dara lagi tak (?) ^^,

 Muizz baru bangun daari tido.. ;))

 Kami sekeluarga.. Iman buat muka sebab Lincoln dah naik rumah dia...


 Adik-adik kesayangan : Fatin, Ain, Azrina, Hasanah dan Elfha.. Semuanya available kecuali Hasanah. siapa berminat bolehla isi borang *~*


Depan apat kami...

Petang tu, abgfiz ke Holmes Lake main sleeding. Saya? malas...~~ kebetulan anak-anak saya tidur waktu tu..




Snow angel


Suhu hari tu -1 je paling tinggi, panas.. tasik pun tak beku..

p.s: saya baca segala komen tak entah kenpa saya suka biar je komen tak berbalas. huhu

p.s: hari ni sejuk, suhu -18 Celcius. ukuku

p.s: ALHAMDULILLAH... adik ipar saya selamat melahirkan bayi perempuan walaupun dalam saat gentir, cemas. namun, syukru semuanya selamat... Kami datang mak ayah tak ada cucu lagi, kami balik mak ayah ada 5 cucu insyaAllah.. Tak sabar nak balik...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

.:mUnies:. said...

salam izza,

hihi lame x mengomment sini. alih alih dh nk balik malaysia ke?

Irfan said...

warm winter~ weee

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan