RSS

Hari ini begini, esok entah begini atau begitu

Bismillahirahmanirahim

Entah kenapa saya suka menyepi kebelakangan ini.. teringat kisah kenalan saya...

Dari kecil, dia sangatlah bijak, cerdik, pendek kata menjadi kebanggaan orang tua. MAsuk sekolah asrama, sekolah agama berasrama, banyak menyanndang jawatan tinggi dan pernah memegang tampuk pimpinan ketua asrama puteri dan akhlak. Seorang yang sangat berwibawa, saya memang 'admire' pada dia. Masuk universiti pun sama, kerana kebijaksaaan nya, dia memperoleh ijazah kelas pertama, dan hanya 2 orang Melayu sahaja termasuk dia, kerana 'pointer' yang tinggi. Masuk alam pekerjaan mengajar di sebuah kolej swasta.

Namun, entah apa silapnya, kahwin tanpa restu orang tua, mengandung seorang diri dalam keadaan tidak sihat, ditinggalkan suami, bersalin seorang diri.... Anaknya pula ; mungkin ada komplikasi ketika mengandung, lahir dalam keadaan tidak sihat, tak normal. Kini, dek kerana kesihatan anaknya, dirinya terpaksa berhenti kerja, mengharapkan kerja di internet, menjaga anak tanpa suami disisi, anaknya tanpa ayah disisi. Suaminya entah kemana, dengan nafkah tidak diberi, dengan hatinya yang tidak sanggup menjaga anaknya dek anaknya tidak normal. .....

Hingga kini, saya masih mencari di mana silapnya. Tapi benarlah apabila sesuatu telah berlaku, jangan sesekali membuat tanda soal ; mengapa?, kenapa? dan kenapa? saya hanya boleh mendoakan dari jauh, dia diberi kekuatan. Jangan difikirkan aapa akan berlaku, kerana perancangan Allah adalah yang terbaik. Look forward, yang lepas jangan dikenang.


p/s: bersyukur kerana dilimpahi nikmat yang tak ternilai ; suami yg sempurna, anak-anak yang sempurna. kepadamu, hanya doa yang tak putus aku pohon supaya diberi kekuatan dan ketabahan. Sentiasa berbaik sangka pada Allah. insyaAllah.... ada jalan di hadapan..

p/s: siapa kita untuk menghukum manusia? siapa kita untuk mencaci/mengutuk manusia? tidak sedarkah kita, bahawa kita tidak pernah mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita dan keluarga kita suatu masa nanti? berhati2 apabila mengutuk, mencaci, menghina. kerana tak mustahil ianya akan terjadi kepada diri kita/ keluarga kita.

wallahu'alam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

yatie chomeyl said...

Insaf ore baco entry izza kali ni. rindu nk baco izza berceletoh supo sekalo.. ;)

Wiyah said...

hurm.lama x menulis izza yer,,impati dgn nasib kwn izza tu, btol tu wiyah setuju ngan pendapat izza siapa kita utk menghukum manusia?? alhamdulillah syukur dikurniakan suami yg sempurna utk melengkapi hidup ini..walaupon masih sempurna sbg wanita utk bergelar ibu.insyaAllah semoga Allah makbulkan doa wiyah..

annie said...

salam za...rindu nk chat ngn za :'(

Rosnah binti Muhd Yusoff said...

Semua org ada turun and naik.. Takut plak baca.. Erm.. Bersyukur sgt ngan kehidupan skrg.... Huhuu..

Rosnah binti Muhd Yusoff said...

Semua org ada turun and naik.. Takut plak baca.. Erm.. Bersyukur sgt ngan kehidupan skrg.... Huhuu..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan