RSS

Setelah sekian lama...

Bismillahirahmanirahim..

Wahh.. lamanya saya tak jenguk blog. Bersawang sana-sini. Masa free saaya penuh dengan schedule layam drama. Eheee`~~ Drama ape?? Baru je saya habis layan Poseidon 2 minggu lepas. Kisah berlatar belakangkan Polis Marin. Boleh tahanla best cite tu. Ending nya macam... banyak menimbulkan persoalan. 'laa rupanya orang ni ke yang jahat', dan.. 'ish tak macam orang jahat pun' .. dan.. tak patut ko ending macam ni..''*biasalaa pengkritik drama tak tegar* muekekke...

Trip Ke Niagara Fall, Buffalo










Tutup drama korea, sebulan lepas (lebih dari sebulan pun,..) kami ke New York atas  beberapa urusan. Dalam perjalanan tu kami singgah Niagara Fall... cantiknya masyaAllahhh...subhanallahh...tak tergambar, hebatnya kuasa Allah. Dari Cleveland ke Buffalo mengambil masa ~4-6 jam. Dan dalam perjalanan asyik hujan je, sampai kat Niagara Fall pun masih hujan. Tapi hujannya rintik-rintik je. Walaupun hujan rintik-rintik tapi anginnya masyaAllah sejuk. Tu sebab Iman dan Muizz berbungkus ^>^..

Jujurnya, saya memang takut tengok air, air dalam.. laut ke tasik ke, sungai ke.. dalam fikiran saya mesti saya bayangkan yang bukan-bukan .." macam mana kalau jatuh ke bawah, mati ke tak ye?" "kalau Muizz terjatuh macam mana?, kalau Iman tergelincir macam mana>?" selalu laa benda-benda macam ni menerjah fikiran saya.Saya agak fobia dan gayat dengan air dan tempat tinggi. *sigh*

Kalau ikutkan sejarah, dahulunya ais.. hem.. jom baca kat sini la...  saya sendiri tak study lagi Niagara Fall ni..

Flaky Dough

Hari tu saya teringin nak makan raisin bun, bila saya google saya jumpa pulak resepi buat flaky dough tu. Ala, dough yang berlapis-lapis tu. jadi, saya cuba buat.. Tak la susah sangat, tapi tidakla menjadi sangat. *sigh*. Tak tahu kenapa jadi keras. Ke sebab saya cepat sangat masuk dalam oven, saya pun tak pasti..


1- doh yang dibiarkan sehingga nai dua kali ganda, potong seperti  simbol  +



 2- doh yang dah naik dua kali ganda.



3- sementara tu, dengan menggunakan rolling pin dan parchment paper,saya roll kan butter yang dalam peti sejuk menjadi seperti di atas. Kemudian, masukkan balik kedalam peti sejuk.


4- canaikan doh..



5- letakkan butter tadi di tengah-tengah dan lipat doh tersebut seperti gambarajah di bawah.




6- canaikan menggunakan rolling pin dan lipat balik seperti step no 5.



6- Lipat dan canai dalam beberapa kali. Saya buat 4 kali. *dah malas..*





Ini pula filling raisin bun. - raisin + brown sugar + cinnamon





Tada.... siap dimakan.. Tapi yang ni saya masih tak puas hati, kena buat banyak kali. Masih failed.. *adehhh*.

p/s: kaedahnya sama seperti buat karipap pusing, Bezanya karipap guna shortening + mentega. Lebih kurangla kaedah nya kan ?

Resepi saya amik di sini.. dalam blog tu pun dia tunjuk video untuk bua flaky dough. selamatla mencuba.~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan