RSS

Keseronokkan berada di US

Bismillahirahmanirahim~~

Jarang saya boleh online, masa tak cukup! 24 jam tu kalau boleh ditambah menjadi 48 jam kan best =)) Tapi tak payahla dok ber'kalau'.. memang takkan jadi pun ;p

Sedikit sebanyak saya nak kongsikan keseronokkan ' berada di US. 



Empat musim :

Yang ni ketara sangatla... semua penduduk di Malaysia sangat impikan untuk merasa salji. Hehe.. untungla saya kan? boleh nikmati dan main dengan salji ;p. Bila duk negara 4 musim ni, kita akan dapat rasa dan lihat betapa Maha Besarnya Allah... kejadian yang menakjubkan.. Yela.. boleh bayangkan, macam mana daun yang warna hijau.. tiba-tiba jadi warna kuning dan seterusnya gugur serta botak pokok dan seterusnya, tumbuh balik dengan bunga-bunga.. wahh sangat cantik!




Musim paling saya suka musim bunga dan musim gugur. Pasal ape nak tau?? pasalnya.. cuaca sangat nice ~ tak sejuk tak panas. Suhu dalam lingkungan 11 - 20 C. ni anggaran je. Ada jugak kadang2 tu suhu bawah 10, ada jugak suhu atas 20. Waktu musim bunga, bunga keluar banyak-banyak, gugur dan barula daun keluar. Ajaib, kan? Waktu musim luruh pulak, daun-daun bertukar warna merah, kuning coklat. Ish cantik sangat!!!!


 Gambar lama.. honeymoon di wisconsin ~ tulip merah tu <3

 Membeli belah aka shopping :

Haaaa.. kalau orang suka shopping mehla datang US, heaven! Baju, kasut, perfume berjenama sangat murah! Murah-murah pun ada juga yang mahal tapi masih murah banyak berbanding Malaysia. Contohnya beg coach.. honestly saya tak penah tau jenama ni. Sejak mai sini orang duk sebut-sebut, barula tau. Kata kawan saya.. di midvalley harga sebiji coach RM 4000 sebiji. Kalau di sini yang keluaran terbaru ikut season paling murah 298 USD , kalau convert still murah banyak dari Malaysia yang dah out of date. Hehe.. tapi kan.. saya  mgkn bukan jenis bershopping, jadi tak de;a gila sanagt membeli . Kalaugila pun, baju anakanak dan periuk belanga. =)) Abgfiz pula, jenis beli buku dan barang komputer. Tapi selalunya bukula dia duk beli. 

Haaa.. kat US ni beli barang online lagi murah dari beli di kedai. Kasut? baju? beg? buku? barang eletronik? semuanya lagi murah dari kedai biasa. Cumanya, puas hati dengan tak je sebab.. kita tak boleh sentuh, cuba dan rasa. Tapi.... boleh returndan refund dalam masa 90 hari (biasanya..) Pernah saya rosakkan blender.. memang salah saya pun. Tapi bila ke kedai tu balik, boleh return dan refund dengan harga yang dibeli sebab resit belum pun sampai 90 hari.. =)

Satu yang paling ketara, kat sini// customer is always right. Apapun alasan kita tak suka/ puas hati dengan barang tu, masih diterima alasan tu. Bukanla saya nak mengutuk Malaysia tapi kalau saya kekedai nak belisesuatu barang tu,ada je orang mengikut dan kalau duk pilih2 dan tak beli, dimarahnya kita.  Lepas tu ada sesetengah kedai/ penjual.. dia tengok dulu kita ni berduit ke tak. Kalau masa tu pakai pakaian yang biasa-biasa tu, mana nak layan konon tak ade duit. Kalau pakai baju mahal-mahal dan brjenama sikit mulala lemah lembut bercakap! Tak semestinya orang berduit pakai pakaian yang mahal-mahal. Itula persepsi orang Malaysia.

Senyum

Tak tahu kenapa orang Amerika ni terutamanya matsaleh caucasian murah sangat dengan senyuman. Pergi mana-mana pun kalau tak kenal sekali pun, ada je sapaan 'hai' dan senyum manis. Kalau kat Malaysia, sama ada senyum atau masam je. Kalau masam mencuka tu sahla tengah PMS (tu kata abgfizla..selalu je berurusan dengan pompuan, mesti masam mencuka...) atau tengah gaduh engan laki. Hikhik =) Salah ke senyum, payah sangat ke nak senyum, kan kita ni Islam... senyum tu dah dapat pahala. Tak rugi apapun kalau lemparkan senyuman.

Sopan 

Percaya atau tidak, matsaleh sini lagi sopan berbanding orang kita di Malaysia? saya ambil contoh nurse saya, Megan.. kalau saya salah mendengar atau salah tengok tarikh, aatau apa-apa salah saya,, mesti Megan tu duk minta maaf berkali-kali sebab konon kecuaian dia. Katela.. kami berjanji nak jumpa jam 9 pagi dan pada waktu tu saya tiba-tiba mengantuk.. Megan akan minta maaf sebab jumpa waktu saya nak rehat dan konon mengganggu saya. Kalau terbersin dan terbatuk, dia mesti tutup mulut dan cover~ seboleh-bolehnya tak nak bagi saya dan anak-anak dapat kuman pun. 

Hormat

Kebanyakan orang matsaleh sangat menghormati agama masing-masing. Pengalaman saya bersalin, nurse siap tanya lagi boleh ke kalau ada lelaki yang sambut baby (doktor lelaki) sebab saya memakai tudung. Kalau kita tak nak, memang biasanya dia hormat dan takkan bagi lelaki yang sambut baby. 

Makanan pun sama, pernah satu hari Megan bawa easter treat  untuk Iman dan kebetulan treat tu ada marshmallow dan gelatin. Saya bagi tau Megan yang marshmallow dan gelatin ada animal based dan sebagai Islam tak boleh makan sebarangan. Megan terus mohon maaf sebab tak tanya dulu, sebab dia tak tahu. Katanya treat tu sangat sedap (gula-gula  je pun..) dan waktu dia kecik-kecik dulu, itula treat yang mak dia bagi waktu easter.

Satu lagi, orang sini sanagt telus. Kat Us kebanyakan barang mesti diorang letak sumber binatang terutama babi. Kerana ni, saya selalu akan email customer servis bertanyakan ada tak dicampur bahan animal based. Biasanya saya email barang seperti syampu, shower cream, atau makanan. Dan, diorang tak teragak-agak untuk bagi tau kalau-kalau ada sumber binatang babi, atau kambing atau lembu. Semalam dok sembang dengan adik saya, katanya kat Malaysia sekarang ni macam-macam makanan tak boleh dimakan. Ada je bahan tak halal dimasukkan, padahal rata-rata Malaysian tu Islam.. haa yang tu pun saya tak faham. sudahnya kami buat kesimpulan~~ nak makan, buat sendiri, kalau tak pasti hala ke tak, tanam sendiri, masak sendiri buat sendiri =))

Masa

Matsaleh sangat pentingkan masa, kalau berjanji pukul 2, maka pukul 2 la. Kalau terlewat temujanji walau seminit, kira terbatal la temujanji tu.. Bagus juga kan? buat kita lebih hargai masa dan disiplin.

Oh ya.. kalau weekend, janganla kita menggangu mereka ini. Sebabnya... weekend is family day. Agaknya mereka berpegang dengan falsafah 'waktu kerja, kerja betul-betul.. waktu main, main betul-betul, waktu bercuti, cuti betul-betul..' 

Ada banyak lagi.. nanti sambung lagi. TAPI kan.. bukanlah semua American bagus, semua Malaysian tak bagus. Semuanya bergantung kepada diri masing0-masing..

Sekian untuk hari ni. Tiba-tiba terlebih rajin =))

saya suka ini lagu 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

.:dyla lokman:. said...

betul2. bila balik msia terasa la kak iza. msia ni xde unsur2 ketimuran pon. hehe.

yatie chomeyl said...

btol, setuju belako2 point Izza tulis tu. sini pung gitu lah layanan esp tang customer service tu, meme jauh jenak nah dgn msia

Marlina Mohtar said...

seronoknya....entah bila agaknya dapat pergi sana hehe

Aleyn said...

Dah agak dah...sebenornyer ...walaupun tak pernah jejak ke eropah lagi...

Ummi Salsabila said...

Akak jeles..akak nak duk sana gak..hehe.

Nurul Izza said...

D-va: hahah sini lagi ketimuran eh? lol

yatie chomeyl: key, key? xtaula bakpo oghe kito gituh huhu

Abah Yie & Ummi Na :insyaAllah ada peluang n rezeki nanti ;p


Aleyn : apa yang 'dah agak dah"? ;)

ummi salsabila: akak lagila bnyk benor pergi bercuti..insyaAllah ada rezeki nnt, akak pulak =)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan