RSS

38 weeks pregnancy

Bismillahirahmanirahim

Lama saya menyepi, malas nak mengadap pc. Sungguh sangat malas~! Minggu ni dah masuk 38 minggu (act 37 minggu ++) Berat paling akhir, 128. 4 lb ~ 58.4 kg! Berat, kan? Semua orang duk bercakap, baby saya besar tapi rasanya Iman dulu lagi besar. Sebab minggu ni baby baru 6.1 lb ~ 2.7 je. Iman dulu, keluar besar.. 3.6 kg!

Lately, saya kerap sakit. Itukah tanda-tanda awal? Bukan apa, waktu Iman dulu saya langsung tak rasa sakit. Even contraction, saya masih boleh berjalan dan berlari-lari anak. Tapi mengandung kali ni, bila dah contraction, bergerak pun tak boleh nak bercakap pun lagila tak boleh. Sakit sangat!

Pagi tadi saya ke Saint Elizabeth Medical Center : buat ultrasound. Entah kenapa, waktu saya ultrasound tu, saya rasa sakit teramat! Adakah orang tukang ultrasound tu tekan kuat sangat? Ataupun saya yang terasa terlebih?

Malam-malam, memang langsung tak boleh nak tidur. Ke kiri sakit, ke kanan sakit baring melentang apatah lagi. Sakit bahagian tulang pinggul. Bila nak bangun je, kadang tu langsung tak boleh gerak dan berjalan. Sakitnya Allah je yang tahu. Susu Iman pun abgfiz yang ambil, terpaksa kejutkan dia.


  Now, baby's head dah ada kat bawah.



Pembukaan cervic dan effacement..? Saya belum pun cek lagi.

Kali ni saya betul-betul nak sakit kat rumah. Dah malas sangat nak ke hospital.. bila sakit teruk dan saya tak boleh jalan baru saya nak gerak ke hospital. Ataupun keluar darah dan air ketuban. Selain tu, saya nak sakit kat rumah je.

Baju baby pun ada yang mak poskan, dan baru je beli 2-3 pasang. Beg langsung tak packed lagi, barang baby yang lain selain diaper, semua tak beli lagi. Tapi apa je nak dibeli? Barang Iman masih ada lagi. Malaskah saya atau tak bermood? Hehe~~ Tanya diri sendiri la, kan?

p.s: Moga-moga kali ni semua selamat. Moga Allah permudahkan saya, abgfiz dan Iman di dalam labor. Andai kata Iman buat perangai tika saya di labor, terpaksa saya bersalin seorangan. Tak berani pula nak tinggal Iman di rumah orang. Melalak kuat-kuatla jawabnya.. Iman ni kalau tak ada saya dan abgfiz, memang tak boleh.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

lina said...

yeay!nak dpt anak buah ke4! kami doakan semuanya selamat ye kak izza.... =)

Nor Fadzila said...

Salam izza,

semoga semuanya selamat ye.. doa bnyk2... fad pon tak sabar nk melahirkn anak sulung jun ni, doakan fad jugak ye...:)

Bint Lazim said...

Salam Kak izza,

Semoga semua dipermudahh Allah! tak sabar nak tgk baby baru walaupon iman pon tak penah jumpa in real life lagi hehe.

ainzoo said...

di doakan semoga selamat semuanya..Amin..kat Lubbock pun bakal terima orang baru...Kak Has & family pun akan tambah ahli kuarga..due mgkin pertengahan march ni...

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan