RSS

Again, from tokma with love

Bismillahirahmanirahim



Sedikit update pasal umi, alhamdulillah mabuk dah beransur ok. Hari ni saya start puasa. Walaupun rasa sangat tak larat even nak bercakap, tapi hikmahnya saya tak rasa pun nak muntah. InsyaAllah bolehla menyambung puasa selama 12 hari lagi. Kepada teman-teman saya yang sentiasa bagi komen, maaf sangat sebab tak berbalas, masa untuk berada di depan pc sangat terhad tambah-tambah bila cahaya monitor boleh menyebabkan saya pening. Ditambah pula dengan kesibukan setiausaha peribadi yang sangat berdedikasi, Iman.. sapa2 aja duk depan pc, mula la dia pun nak duk depan pc jugak. Pulak, nak naik atas meja. Sudahnya... jarang betul mengadap pc...


Kali ni sampai pula parcel dari tok ma di Kota Bharu.. Tok ma bagi baju raya kat Iman, umi dan sedikit makanan.




Jubah ni sangatla cantik, tapi labuh betul dengan Iman. Umi memang kena jahit bahagian bawah..






Tudung pula, comey-comey dan muat-muat aja dengan kepala Iman. sweeet gitu...


Orang sibuk nak ambil gambar dia, dia pun sibuk nak buka barang-barang tok ma bagi.



Baju kurung ni, hadiah ayah dan umi untuk Iman. Sengaja ayah dan umi kirimkan pada tokma beli baju kurung Iman. Juga... labuh sangat. Sebenarnya dari awal saya nak jahit sendiri baju kurung buat Iman. Tapi bila dah tahu pregnant, adoiiii terpaksa batalkan hasrat. Mungkin raya tahun depan atau tahun satu lagi..




Inilah rupanya Iman dan bungkusan barang.. Sibuk benar dia nak buka juga. Sudahnya sepah bilik..


p.s: terima kasih daun keladi ya tokma, cik ki dan uncle jo. lain tahun pos lagi.kuikuikui..kiss kiss untuk semua


sedar tak sedar.. cepat kan masa berlalu????



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

From atuk with love

Bismillahirahmanirahim

Hadiah Iman ni sampai Isnin lepas kalau tak silap. Atuk bagi baju kurung + blouse + tudung. Tudung tu mati-mati ingat untuk Iman. Bila pakaikan, labuh pula.. kata abgfiz untuk saya kot.. Tapi beria benor si Iman ni pakai.





Baju kurung pula, ingat besar untuk Iman tapi bila pakai, muat-muat tapi labuh sikit. Okla.. ccumanya, tang perut dan bontot tu ketat sikit. Saya kena alter sikit.











Blouse atuk bagi.. cantik je..












p.s: sedar tak sedar dah masuk pertengahan ramadhan. cepat betul masa berlalu...

atuk, terima kasih atas hadiah untuk Iman. Kiss kiss untuk atuk





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buat yang merinduinya

Bismillahirahmanirahim



Kesian pula yang duk merindu Iman, ada rezeki sekrang ni saya uploadkan gambar dan video Iman terbaru. Saya betul-betul tak sihat, makan pun semua tak berselera. Nampak ayam/daging/telur dah rasa nak muntah. Mengandung kali ni teruk betul selera.. hanya boleh telan sawi masak air dan ikan bakar je. Tu pun kadang-kadang je makan ikan. Puasa pun belum pun start lagi, mana tak nya.. bila lapar je terus pening, nak pitam, rumah pusing-pusing. Nasib baik Iman memahami, main pun sorang-sorang, tak banyak kerenah. Kadang, tidur pun sorang. Kesian sangat..


Hari tu, tak puasa sebab berpantang, kali ni tak puasa sebab mengandung. Hadui.. mudah-mudahan sempatla saya puasa 2 minggu sebelum habis ramadhan. Masak?? Rasanya dah dekat 2 bulan abgfiz yang masak. Itupun saya tak jamah pun masakan dia, tak lalu! Moga diberi kekuatan, next week abgfiz dah start kelas....





Ok, dahla pasal umi. Pasal Iman pula.. ni kes Iman jumpa topi ayah main tenis. Sekarang ni jumpa apa-apa mesti duk letak atas kepala. Konon tudung, agaknya sebab duk tengok saya pakai tudung la kot!






Rambut pun dah panjang sampai mata pun tertutup!.









Ish ish.. anak sapela pakai topi macam ni..





Video ni request adik saya, Iman sedang bercakap di telefon. Sila abaikan bilik bersepah. Time nak tido dah ni.. tapi Iman bila dengar je ayah balik, yang nak tidur pun jadi segar serta merta!



video

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Ramadan 1431 Hijrah

Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH, syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, dengan berkat kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W, dengan berkat guru-guru dan dengan hikmah serta karamah kedua ibu bapa, kita kini sedang berada dan menjalani ibadat puasa di bulan yang mulia ini


Kali ini berpuasa di perantauan buat kali ketiga. Istimewa Ramadan kali ini juga jatuh pada Ogos 11 bersamaan degan hari kelahiran yg pertama buat cahaya mata sulung kami, Nurul Iman Abdul Hafiz. Saya sekeluarga mengambil kesempatan di bulan yg Mulia ini untuk mengucapkan "Salam Ramadan" buat kedua ibu bapa saya di Pulau Pinang, ayah dan ibu metua di Kelantan, adik-adik saya,embah, tok, kakak ipar, adik-adik ipar, mak dan ayah sedara, anak sedara, sahabat taulan dan juga buat ibu-ibu "MOM BLOGGERS" mewakili untuk 'wife' saya yang tidak sihat sejak beberapa minggu ini. Tidak dilupakan juga buat guru-guru saya, staff dan rakan- rakan seperjuangan dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM.

Disamping itu tidak dilupakan buat YM Guru Utama PSSCM, tenaga- tenaga pengajar PSSCMUSM, serta rakan-rakan seperjuangan dr PSSCM, PSSCMPP dan PSSCMUSM.

Ramadan kali ini juga disambut tanpa arwah nenek yg tercinta yang telah pergi pada Ogos 2, 2010 yang lalu. Semoga rohnya berada dikalangan mereka yang beriman.

Semoga kita dapat meningkatkan lagi amalan ibadah kita di bulan Ramadan kali ini dan mendapat keberkatan drNYA..

Salam Ramadan dari sy sekeluarga,
Abdul Hafiz,Nurul Izza & Nurul Iman
UNL, Lincoln,Nebraska, U.S.A

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hati-hati pada penggemar McD's french fries

Bismillahirahmanirahim





Lama betul saya tak update blog ni, saya memang tak sihat. Dan tak sempat... nak blog walking pun sama..

Saya cuma nak share tentang makanan fast food. Tadi memang dah nak tidur, tapi mashed potato yang saya buat untuk Iman belum pun empuk lagi, jadi saya google je mono and digliseride. Rata-rata orang sini cakap itu animal base, tapi setahu saya, masa saya duk belajar chemical masa 1st year dulu (paper asas penglitup) , mono and digliseride ni memang fat tapi tak semestinya animal fat. Dan dengan jelasnya memang mono and di- ni tak semestinya animal base. Apa-apapun selalu kena hati-hati..

Untuk McD, berhati-hati jika makan french fries esp yang berada di US ni, nama je french fries tapi ada pulak diletaknya beef! Hadoi... saya banyak kali juga makan friesnya tu tapi sekarang dah tak la... More info sila ke sini.


Saya cuba highlightkan yang mana tertera.. tak nampak sila ke website ye. Sebabnya pc malam ni tak boleh nak zoom sampai 150%. Tak tahu pasal apa..
p.s: Entah dah banyak manala saya duk telan benda tak halal!!! Huhuhu... Moga-moga lepas ni terus berhati-hati.. Dah malam, nak tido..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan