RSS

Iman

Bismillahirahmanirahim

Marilah kita sama-sama membaca buku..



oo.. horses bunyinya macam ni.. 'umi, dia banyak rambutla...'




laa.. dah habis rupanya baca buku..



tutupla buku ni..




eh..nak tengok lagila..






Video kat bawah- Iman sedang test suara. Meh kita dengar sama-sama. Video gelap sebab umi pasang lampu tepi katil je.

p.s: entry umi pendek sebab duk pegang Iman yang nak naik atas meja

p.s: girls day out ada kat sini. (tak sempat nak buat entry, plus gambar tak banyak)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

@#$%^& ~

Bismillahirahmanirahim



Nampak tak tajuk tu? Apa maksud dia? Itulah perasaan saya semalam. Sabar jela. Marah betul saya pada Iman. Tak pasti marahkan dia sebab menangis melalak atau sebab apa. *pms kot*



Semalam nurse datang rumah, kami janji nak jalan-jalan menikmati musim bunga dan bunga tengah berkembang mekar. Tapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan - hujan- kami batalkan hasrat kami. Iman sekarang dah 8.9 kg! Patutla sakit badan ummi bila dukung dia..



Jadi petang semalam, saya keluar bawa Iman jalan-jalan. Bila letak je Iman dalam stroller tu, dia menangis, melalak teruk-teruk. Apa sebab nya saya pun tak pasti. Dah angkat baru diam, letak balik, melalak balik. Sudahnya, saya masuk dalam rumah balik, kami tak keluar pun. Ada sikit gambar bunga-bunga.




















Yang ni bunga depan rumah. Eeee best betul spring ni, bangun pagi je, buka tingkap duk layan bunga 5-10 min. Cantik betul ciptaan Allah.









Nampak tak pokok botak tu? Pokok tu botak betul musim sejuk lepas. TAPI>>>





Tada.... bunga-bunganya berseri-seri.. Cantik kan?







View depan pintu rumah






Close up sikit..





Model bunga tak berbayar.





Jelingan manja gitu






Close 4x zoom






Sekarang, hobi Iman - menjerit. 2-3 hari ni suka sangat menjerit. Kalau marah, menjerit, nak tido pun menjerit. Nyaring pulak tu. Hiksssss. Yang ni menjerit pagi tadi, sebab tak nak duk dalam swing tu. Hahaha...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bunga lagi??

Bismillahirahmanirahim



2-5 minit sebelum subuh, meh layan gambar dibawah (ecewah..macam arahan pulekk )





Yeay, dah pandai pegang sippy cup.






Gaya duduk sopan dan terkini : saat ralit tonton moose and zie





Ghajin sangat baca buku : ghajin juga kubey-kubey





Fuyooo... khusyuk tak terkata


------------------------


Bunga kat bawah ni sempat saya snap ketika berjalan mengambil dan memakan angin bersama Iman. Ejan, tulip tak jumpa lagi..


Apakah nama bunga ini?


Buah ceri kah? Rasa bukan


Bunga buah di atas



Yang ni cantik betul.. Kalau berkembang mesti nampak ala-ala sakura blossom gitu



Ini pun sama, agaknya pokok yang sama tapi warna lain kot


Pokok depan rumah sudah berbunga.. Yeeeehaaaa~!!



p.s: Buat keluarga sekalian, gambar Iman ada di atas.


p.s: baru selesai menonton Al kuliyyah - zon kritikal. menginsafkan!
p.s: For some reason, diam lebih baik


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom layan~~



Bismillahirahmanirahim



Jom makan-makan. Kek ni saya suka hati campak je, nak habiskan chocolate chip dan cream cheese yang dah lama duk dalam peti ais tu. Setelah dibuat operation, dapatla chocolate cheesecake.. Rasanya?? Ada rasa cheesecake ada guna rasa chocolate.






Bahan-bahan :



1 cup graham crackers + 1 stick melted butter - pressed into baking dish



3 package cream cheese

3 egg

1/2 cup sugar (saya kurangkan manis)

vanila essence

1 whole lemon zest

1/2 whole lemon juice

chocolate chip ~ dalam 1/2 cup

3 tbs condensed milk

2 tbs warm water


Cara:



# cream cheese beat - fluffy

# + sugar - pukul

# + egg - one by one

# + vanila, + lemon zest + lemon juice



meanwhile,



double boiler - chocolate chip + milk + warm water - until chocolate chip dissolve



# cream cheese mixture divide by 2
1 - plain cream cheese

2- add chocolate chip mixture

Haih, bahasa campur-campur.. Masukan adunan berselang seli di dalam baking dish. Saya buat 1 senduk cream cheese diselangi dengan satu senduk chocolate adunan. Dah siap, masuk oven 375F sehingga masak.



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX






Gambar bawah ni, bunga-bunga yang berkembang semasa saya berjalan-jalan sekitar kampus sama Iman. Seronok pula dia kena tolak dan diiringi dengan angin sepoi-sepoi bahasa.




Iman dengan muka kemengantukan




Singgah ofis ayah




Gambar ni patutnya gambar terakhir tapi malas pula nak adjust..





Bunga apa neh??





Cantik bunga ni.






Pokok bunga ~~





Pandangan di depan gelanggang tenis.


p.s : saya sedang menonton drama korea you're beautiful.orang dah lama tengok saya baru nak tengok. cite dia... BEST!!!!!!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spring : I'm coming~~ Lalalla~~




Bismillahirahmanirahim

Jam menujukkan pukul 523 pagi. Cewah.. sebenarnya saya tertido awal malam tadi, nak tidurkan Iman saya yang tertidur sama- waktu tu isyak belum masuk lagi (read: isyak masuk 918 mlm). Jadi bangun jam 3 tadi terus mengadap pc, dah banyak kali abgfiz suh update blog. Bukan tak ada masa, masanya ada cuma masa banyak dengan Iman. Bukan tak de mood, cuma momentum nak berblogging tu tak datang.






Ada kaitan ke dengan Iman dan blog?

Ada... sekarang ni Iman dah mula nak memanjat segala benda. Saya terpaksa keep on eye pada dia. Iman dah mula nak berdiri tanpa pegang, tapi dia tak sedar dia belum kuat lagi. Jadi Iman asyik jatuh aja, saya kena keep on eye takut jatuh kepala dulu. huhuhu~~ Jadi masa untuk saya berblogging dan blog walking sangat terhad


Tambah lagi, bila saya ke dapur Iman akan ikut serta. Dah ikut ke dapur tu, dia pula asyik nak pegang kaki saya dan berdiri. Mana saya nak bergerak kalau dia selalu macam tu. Waktu saya masakan makanan untuk Prof Abu datang, sedar atau tidak, saya terdengar bunyi 'lekuk', ingatkan suami saya ketuk dinding, rupanya si kecik ni terhantuk kepala kat dinding. Hadoiiii.. sian pula dia. Tapi tula lasak..

Setiap bulan ( awal bulan) pihak inspection (betui ka ejaan ni? malas nak cari kamus) datang ke rumah untuk sembur racun serangga dan cek smoke detector. Racun tu disembur di sekeliling dapur dan bilik mandi. Bila dapur dan diracun, tepat tersebut dah bahaya untuk Iman. Jadi masa untuk saya ke dapur juga terhad. Kadang kalau masak, saya hanya masak tumis atas dapur seterusnya, saya masukan ke dalam baking dish dan masuk oven. Kari ke, gulai ke, hatta masak pedas pun sama . Kalau lama saya di dapur, lama la Iman duk melingkar di kaki saya. Kadang-kadang kita tak nampak bahaya racun ni tapi hati-hati ia adalah pembunuh dalam diam.

Saya teringat pulak kisah pensyarah saya di USM tika saya jadi research assistantnya. Rumah mak Dr N diserang anai-anai, dan mereka telah buat serbuan untuk mematikan anak-anai. Mak Dr N pula seorang yang suka kemas rumah, jadi dia sentiasa terdedah pada bahaya racun yang disembur. Tak lama selepas itu, mak Dr N disyaki mengidap leukimia. Sedihkan? Saya memang risaukan Iman, maklum sajala nak tunggu Iman hampir 2 tahun. huhu~~

Berbalik pada Iman, bila dah masuk solid food ni, tidurnya dah kurang. Kata nurse tidur Iman akan lebih lama TAPI.. sebaliknya. Kadang jam 10 dia hanya tidur 15 minit sahaja. Bayangkan.. kadang masa dia tidurla saya cepat-cepat ke dapur, masak. Kadang elok-elok siap masak bunyi dah suara dia. Tapi, tidur malam Iman pula yang lama. Dia tidur jam 8 malam atau 730 dan bangun jam 6 pagi. Lepas Iman tidurla kadang saya buka blog, atau pada waktu itula saya kemas dapur, kemas barang mainan dia, kemas rumah. Kalau tak, susah juga. Bayangkan saya terpaksa curi-curi masa untuk ambil wuduk sebabnya kalau saya ke toilet, Iman mesti mengikut dan ketuk-ketuk pintu toilet sambil nangis. Kesian sangat tapi apokan dayo.. saya biar je dia menangis sehingga saya selesai ambil wuduk. Itulah Iman saya...













xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx







Berbalik kepada tajuk, cewahhhh.. semalam cuaca sangat elok. Jadi saya ajak suami saya ke Dairy Store UNL, makan eskrim.. Yummmy!!!! Kebetulan pula saya buatkan enchiladas, kami berpicnic di Dairy Store sambil menikmati bunga yang baru mekar.



Saya tolak Iman ke ofis abgfiz dan dari sana kami ke Daisy Store. Elok-elok je sampai ofis abgfiz, Iman lena pula.. Kami order wafle aiskrim - chocolate chip + lemonade. Sebenarnya saya nak order yang dalam mangkuk, tapi perempuan tu tak faham pulak. Ish geram!! Tapi tak pela, asalkan dapat makan aiskrim..










Enchiladas dan eskrim..








Ayah tolong suapkan makanan pada Iman







Sejurus selepas kami berpicnic kononnya, kami jalan-jalan sekitar kampus. Walaupun dah masuk musim bunga, tapi bunganya masih belum mekar sepenuhnya. Ada setengah pokok, keluar bunga dulu, baru keluar daun. Lucu sungguh. Tapi biasanya dalam April-Mei baru bunga tumbuh lebat. Teringat waktu summer vacation lepas, musim bunga tulip pun awal bulan Mei. Cantik sangat, berwarna warni...








Satu-satunya pokok yang berbunga, sekelilingnya botak..










Hanya bunga, tanpa daun




Daun baru menunjukkan diri







Cantik betul bunga ni













p.s: dah hilang rindu ke? dah subuh, ada masa saya balas komen-komen dan blog walking ye..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan