RSS

Tarzan ke Perempuan Melayu terakhir??


Bismillahiahmanirahim


Alhamdulillah, Iman dah masuk 7 bulan.. Akhir-akhir ni Iman dah mula memanjat. Skill panjat memanjat ni baru perasan dalam 2-3 minggu yang lepas. Iman mungkin cuba untuk berdiri dengan sendiri tapi masalahnya selalu jatuh. Bukan apa, risau pula asyik jatuh je kepala dia tu. Dah tu mulala buat muka tak bersalah. Kadang tu gelak-gelak sendiri pun ada. Iman nak jadi tarzan ke suka panjat-panjat nih?? Kadang gelak sendiri-sendiri. Seronok kan??
















Yang paling tak tahan, bila je ummi sedang solat, Iman pun nak panjat ummi. Dah tu, kalau terjatuh, dia duduk dan tenung ummi. Tenung punya lama dan gelak-gelak. Kadang tu tak khusyuk betul solat kalau Iman duk gelak. Tak tahu apa yang menggelikan hatinya.


Bila ummi tengah masak pun sama, suka je tarik kain/seluar ummi. Konon nak berdiri. Ummi tahula syurga bawah tapak kaki ummi tapi tak payahla asyik pegang kaki ummi je.




Pandai membaca.. sebenarnya lebih kepada tengok gambar je pun ..


p.s: pendek betul enry pasal Iman. Lina, dah terubat rindu pada Iman? Okeh, nak masak nasi lemak pula ne~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Award dan assignment. Cewah~~~

Bismillahirahmanirahim..



Yeah... dapat award. Terima kasih Chik Na , Yatie Chomeyl dan Ummi nor di atas ingatan serta award ni. Suke ~~~






Syarat-syarat ambik award ni adalah :



1) Thank and link the person that gave you the award : Check




2) Pass this award onto 15 blogger you're recently discovered and think are fantastic



- ani

- kak arnie

- mak su

- lina

- sarah

- ejan

- cik nor

- kak hanie

- kak nini

- alynnz

- ummi nor

- kak wan maisarah



adei.. banyak sebenarnya.. tapi tu jela yang dalam fikiran daku..



3) Contact said blogs and let them know they've won the award : InsyaAllah..satu-satu kena g jenguk







4) State 7 things about yourself



i - Peramah : Yang ni dah memang sebati dalam diri, memang jenis yang mudah ramah dan cakap pun boleh tahan banyak. Tapikan, adik beradik saya pun memang banyak cakap dan semuanya ramah (dapat gen ayah.. nak buat macam mana ). Agaknya sebab tu kot saya suka lelaki yang pendiam. Alhamdulillah, dapatla suami pendiam.



ii - Pemendam: Cewah... yang ni bila mana saya diserang oleh penyakit sakit hati dan kecewa serta sedih. Kadang-kadang sakit hati pada seseorang tapi tak pandai pulak nak meluahkan. Atau pun tengah bersedih-sedihan, payah sikit nak bagitau orang. Kalau terdengar saya sedang meluahkan tu maknanya, saya bukan di alam kesedihan..



iii- Suka bersharing cerita dengan adik saya, si ain. Kami beza umur setahun je. Kecik-kecik dulu suka sangatla bergaduh. Kami memang rapat, diala tempat saya meluahkan perasaan biarpun dia tengah ngantuk ke, tapi saya tetap nak suh dia dengar. Time gaduh, saya yang banyak nak menang. Orang kata muka saya sama dengan ain neh. tapi saya lagi comey kot. Wakakakak..



iii- Suka sangat try perfume, beli perfume tapi pakainya tidak. Wakakak.. dalam almari tu.. ada 7 botol perfume yang besar (termasuk yang dari tahun 2006), 4 botol yang kecik. Kadang-kadang pakai kat rumah, kadang-kadang malas. Apakah jenis orang macam saya neh??



iv - Suka sangat dengan Jepun. Teringin nak gi sana.. sapa boleh sponsor?? Yatie Chomeyl, ada tempat ke nak duduk kalau gi Fukuoka? Wakaka.. Tak malu sungguh~~~ Saya teringin nak rasa aura sakura, nak cakap nihon, nak jumpa momusu~~



v - Suka sangat menjaga kecantikan dengan tumbuhan semulajadi. Kunyit, beras, tomato, limau nipis, telur - kulit muka, limau nipis, kelapa parut - kulit badan, daun bunga raya, santan, limau purut, limau nipis - rambut, limau nipis -kaki. TAPI... seetelah mengandung dan bersalinkan Iman, dah lama tak buat. Tak sempat. Hikssss..



vi - Cukup jela yang 5 di atas.. ehehe..



-------------------------------------------------------------------------------



Okeh.. yang ni pulak assignment dar Kak Hanie. Soklan UPSR ke SPM neh?? panjang bebenor.. aduss. tapi saya cuba untuk jawab juga okeh?





a. write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
b. jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies...
c. pick your ten (10) more deserving recipients and describe them





a. write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.



Ohhh.. yang ni macam susah sikit tapi Kak Hanie, Iza cuba ye..



i. Kak Hanie.. berkaca mata dan mempunyai anak 4. Baby Zaid sama umur dengan Iman tapi Iman lagi kakak 2 bulan kot. Yeke Kak Hanie??


ii. Seorang wanita yang awal berkahwin. Saya suka.. sebabnya salah satu ciri-ciri wanita yang baik adalah, 'awal pernikahannya...'


iii. Sedang berkecimpung di bidang online bisnes. Cewah.. berbisnes kaftan dan Zulian tapi saya belum pernah membeli dengan beliau. ehe..


iv. Menetap di Pulau Pinang tapi di Seberang. Nanti balik Malaysia kita jumpa ya. Mana tau kami ke USM Transkrian, lehla singgah rumah akak ye ..


v. Sangat suka berblogging.




b. jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies...



Oleh kerana 5 di atas saya dah buat (kes malas...) jadi, saya sambungkan yang 5 lagi ya..



6. Saya jenis tidur awal. Kalau di USM, lepas isyak mesti terbaring dah.. TAPI sayala orang pertama merasmikan bilik air. Pernah di matrik, saya bangun jam 3-4 pagi, dan terus mandi. Sudahla bilik air betul-betul didepan hutan simpanan Kuala Pilah tu.. Alhamdulillah setakat ni, belum pernah jumpa 'apa-apa' NAMUN setelah mendengar cerita 'sensasi' dari pensyarah lama di KMNS tu, saya TERPAKSa tidur jam 11-12 dan bangun paling awal jam 5. Oh ya, 3rd year saya di USM berbilik dengan kakak yang sama hobi dengan saya, tidur awal. Jadi bilik kami jam 11 tu dah gelap, TAPI jam 5 pagi dan seterusnya, memang cerah. Sebab kami pun ada hobi yang sama, tak tidur selepas subuh. (yela..dah tidur awal bebenor..ehehhehe



7. Saya suka memasak, terutamanya kek dan puding. Sebab utama, saya cepat lapar dan abgfiz biasa mencari makanan di dapur tika malam (peneman dia study). Ekekke..



8. Suka membebel.. kate dah banyak cakap, bebel pun banyakla. Dulu, suka bebel kat adik-adik sebab suka sepahkan rumah. Sekarang, malamla waktu saya kemas rumah. Sebab Iman suka 'kemas' siang hari. Nge~~~



9. Suka simpan barang-barang lama.. percaya tak?? Pen yang saya beli tahun 2000 (form 3 dulu) masih ada dan saya bawa ke sini?? Lupa pulak nak snap gambar, tak apa nanti dah snap saya postkan kat blog. Lepas tu pulak, pen yang dah tak berdakwat saya suka juga simpan. Hobi apa saya pun tak tahu..



10. Yang ni memang malu nak mengaku TAPI benar.. Saya suka bercuci mata a.k.a jamu mata di online shopping terutamanya baju kurung, jubah, tudung dan brooch. Kadang saya membeli tapi kebanyakkan saya jamu mata je. Hiks.. Saya suka menjahit tapi tak ada mesin nak jahit. Jadi, jamu mata lagi bagus.. (ade kaitan ke??)




Dahla kot.. habis rahsia saya TERpecah. Huhuhu~~~



c. pick your ten (10) more deserving recipients and describe them



Part yang ni saya betul-betul kurang menyukai. Bukan apa, kadang mentag kadang orang tak suka. (macam ayat kak hanie je nih).. Tapi tak apa, kalau terkena, sila jangan marahkan saya, kalau tak nak buat tak apa.. Daku tak keciwa.



1.Ani - ani kena buat kot.. za nak tahula..

2. Ejan pun sama...

3. Sarah

4. Kak Anis Sri Lanka...

5. Chik Na

6. Yatie Chomeyl

7. Kak Nini

8. Kak Idah

9. Ummu Ammar

10. Kak Laila.



Kalau rajin buat, kalau tak nak tiada paksaan.. *keciwa sikit kot* kuhik kuhik..



p/s : haih.. dah jam 1140 malam neh.. tak nak tidur ke mak?? Okies.. dah ngantuk dah, komen-komen entry bawah dibalas lain masa ye. Hehhe (bugdet sibuk.. biasala..ekekke)

p/s: Lina.. kak iza dh jawab tag lina tau..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday to me~~

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Pencipta, syukur kerana masih sempat bernafas di muka bumiNya. Hari lahir saya jatuh pada cuti minggu lepas, sebenarnya saya lupa.. Lupa hari tu hari lahir, almaklum la bukan pelajar jadi susah betul nak ingat tarikh. Kadang tu asyik lupa je hari ni hari apa, kadang tu saya sangka hari Isnin rupanya dah hari Rabu. Aiseh.. belum tua lagi.. dah pelupa??

Hari lahir lepas, kami sambut awal beberapa jam. Kuhik..kuhik.. ni gara-gara abgfizla.. banyak betul surprise dia kali ni . Bagi saya, ucapan tanpa hadiah pun dah kira ok.. ingatan tu yang penting. Apa-apapun terima kasih segala-galanya buat suami tercinta. Semoga usia bertambah ni, bertambahla amal untuk mengejar akhirat, amiin..



Surprise betul hadiah, banyak pulak tu.. ni kompile untuk 3 tahun ke abg? kehkehkeh... apa-apapun paling best dapat bunga, saya memang tak suka bunga tapi abgfiz memang suka bagi..
Kembang bunga tu sampai sekarang..


Petang tadi, cuaca elok-elok je.. Saya tolak Iman dan stroller ke ofis abgfiz. Elok-elok je sampai Iman tertidur dalam strooller, agaknya sebab angin sepoi-sepoila kot. Dah sampai ofis abgfiz, seronok je Iman tengok ayah dia. Anak ayah sungguh~~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spring break (part 2)

Bismillahirahmanirahim





Lupa pula... pasal pendaftaran Iman. Bayi yang lahir luar negara kena mendaftar kewarganegaan sebelum umur 1 tahun, jika buat selepas setahun, banyak pula masalah nanti. Cuti musim panas yang lepas, saya ke MSD Chicagi, tanya dan risik kami state Nebraska kena daftar warganegara anak di New York. Abgfiz dah siap-siap hantar borang ke Konsulat New York lagi, jadi perancangan nya kami ke New Yorkla cuti. 2-3 minggu sebelum spring break ni, kami telefon MSD Chicago lagi untuk buat pengesahan.. sudahnya Nebraska harus daftar anak di bawah Konsulat Los Angelos pula.. Pening kami dibuatnya. Sudahnya, saya sendiri telefon konsulat Los Angelos tanyakan hal ini dan anak yang lahir Di Nebraska harus mendaftar di Los Angelos. Kami pusing pula plan nak ke LA.. Tapi bila saya tanyakan pada konsulat LA tu, katanya tak perlu bawa bayi pun tak apa. JAdi kami akan daftar bayi mengikut surat menyuratla. Jadi, plan ke New York pun masih diteruskan.. tapi apakan daya, ada aral yang nak dilintangkan, kami ke Kansas dan Oklahoma je.. panjang tak? ada pening ke membaca?






------------------------------------------------------




Berbalik kepada jalan-jalan kami...




Hari kedua kami di Kansas, kami sempat mengambil gambar di kampus Kansas State Uni, bangunanya cantik-cantik, klasik pula. Uniknya, tenaga eletrik dijana oleh tenaga nuklear. Kalau di Nebraska, kami dijana oleh kincir angin, Malaysia pula guna tenaga hidroeletrik, kami disini guna volt 110 V je. Mungkin Malaysia guna tenaga air, sebab tula volt nya tinggi kot. Hahahah pandai-pandai je buat hipotesis.. Sape-sape jurutera sila komen jika ada yang tak betul..




Jam 12 tgh kami bertolak ke Stillwater, Oklahoma. PErjalanan mengambil masa 4 jam TETAPI disebabkan Iman asyik meragam je, kami pun asyik berhentila. Dari 4 jam perjalanan jadila 6 jam. Yela, mana tak meragam asyik duduk dalam carseat je, bosanla kot. Kalau tak guna carseat maunya kena saman. Ada kawan kami disini, anaknya tak letak dalam carseat sudahnya kena denda $200 . Mahal tu.. boleh beli Coach 2 biji, tak pun beli barang dapur 3 bulan... Keh keh keh...


Kami tiba di Stillwater dalam jam 6 lebih, terus solat dan makan. Lepas maghrib, kami sembang dengan Dr rokiah, macam-macam disembang. Rupanya Dr rokiah dah pernah datang US, pernah lahir anak kt sini. Adeh.. nampak sangat tak tahu asal usul Dr. kah kahkah. . apa la ank murid ni~~


Besoknya kami jalan-jalan di Oklahoma State Uni, kawasannya cantik.. bangunanya cantik sangat. Dan universiti ni adalah TOBACCO FREE. Katanya kalau merokok, denda 200 USd jugak.. Kebanyakan di US ni, kita dilarang merokok dalam bangunan, dan mereka memang patuh. Jadi kalau nak merokok, kena keluar bangunan. Kes OSU ni, dalam kampus pun tak boleh, jadi kalau nak merokok kena keluar kampus. Sudahla kampus kt sini mana ada pagar.. Jawabnya.. jauhla baru boleh merokok. Bestkan??? saya memang tak boleh bau lagsung asap rokok, sesak nafas. Kebetulan, suami, ayah, mertua memang tak merokok. Jadi jarang sekali berada di dalam golongan yang merokok. Agaknya sebab tula kot.. sesak nafas bila bau..


Stillwater ni, bukanlah ibu state Oklahoma. Kawasannya sangat kekampungan tetapi.. saya sukakan keindahan kampung disini. Udara segar.. Bangunan pun tak banyak.. Tempat belajar yang tenang. Suka~~~


Rumah Dr Rokiah pula.. tak bercarpet. Tak pernah saya jumpa rumah di US ni tak ada carpet. Lantainya marble dan dindingnya batu. Sejuk je.. Kalau rumah di Lincoln ni, lantainya kayu dan bercarpet serta berdinding kayu.. Bolehla tahan sejuk. Pertama kali saya jumpa rumah macam tu. Kata Dr Rokiah, rumah tu dh berusia 50-60 tahun tapi masih mengekalkan kebersihan.


Jam 12 tgh kami bertolak ke LIncoln. Itu pun setelah Dr Rokiah masakan dan bekalkan makanan pada kami. Terharu betul.. menyusahakan dia je. Dia bekalkan nasi + ayam masak kicap + cendawan masak udang + telur goreng dan buah limau mandarin.. Huhuhu.. Kami tak berhenti makan pun, hanya berhenti solat dan teruskan perjalanan. Alhamdulillah.. Iman tak meragam dan kami selamat tiba jam 8 malam.. Bekalan tu, buat makan malam di Lincoln.


Oh ya, macam mana kami solat?? kami berhenti di tempat rehat yang ada toilet. Abgfiz masuk toilet dan ambil wuduk, sementara tu saya jaga Iman. Kemudian, dengan menggunakan jaket nya, abgfiz solat di tengah padang, belakang toilet. Bila waktu saya solat, kami tukar shift. ABgfiz jaga Iman, saya solat. Gitula.. kalau kami ke mana-mana.. padang rumputla tempat kami solat.







Cantikkan? bersih je... Susah nak nampak sampah..




Pemandangan pepustakaan OSU.. agaknya kalau sumemr mesti cantik kan?? Hijau.. ISh sukeee











Bersama Dr Rokiah dan anaknya, Hanif





Cantik betul awan ni kan?? Sempat saya snap gambar pemandangan dari Stilwater ke Lincoln..





Iman dengan ayah.. model kereta yang kami sewa. Ngeh2..







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tada.. spring break~~(part 1)

Bismillahirahmanirahim..



Alhamdulillah, selamat tiba di rumah tepat jam 8 malam. Sebenarnya minggu ni 'spring break' UNL. Kami bercadang untuk bercuti ke New York, sambil ke konsulat Malaysia untuk pendaftaran warganegara Iman. Dari Lincoln ke New York mengambil masa lebih kurang 23 jam memandu. Tapi disebabkan kami akan turun bawah ke Kansas, Oklahoma, terus ke Arkansas, KEntucky, West Virginia, Washinton DC dan NEw York, perjalanan akan lebih panjang dari yang sebenar.

Minggu lepas, abgfiz memang banyak sangat assignment yang perlu disiapkan, tambah lagi selepas cuti dia akan menjalani 2 peperiksaan. Jadi, dengan hati terbuka, saya cancelkan cuti-cuti kami . Tapi, abgfiz nak jugak jalan-jalan walaupun sekejap. Jadi kami buat keputusan kami ke Kansas dan Oklahoma je. Lagipun kami ada 2-3 tahun lagi insyaAllah.

Kami bertolak jam 9 pagi, perjalanan kami ke Kansas dan Oklahoma sebenarnya lebih kepada nak melawat student Malaysia. Ada kawan baik abgfiz tinggal dan belajar di Manhattan, Kansas. Oklahoma pula, ada pensyarah saya di USM sedang menjalani sabatikal pasal palm oil.



Perjalanan bermula pada pagi Sabtu ke Manhattan, hanya mengambil masa 2 1/2 jam sahaja memandangkan Manhattan bersempadan dengam Nebraska. Walaupun perjalanan sangat mem'boring'kan dek laluan hanya terdapat ladang gandum dan jagung sahaja namun, ianya menyeronokan. Kami tiba di rumah Nik Izham (kwn abgfiz) pada jam 12 tgh. Kami dihidangkan dengan nasi ayam + budu. Tapi tak jamah pula budu..huhuhu.




Jam 2 petang kami ke Wichita, untuk ke Cowboy Town. Sejarahnya terdapat disini. Malas pula nak cerita. (boleh tak???) Kami tiba di Wichita dalam 430- 5 pm. Jadi segala museum memang dah tutup. Nampaknya memang bukan rezeki kami. Kami hanya sempat bergambar di depan WIchita Art Museum dan tugu peringatan Red Indian. Haha.. malas lagi nak cerita. . Petang itu, cuaca nice, tapi anginya masyaALlah.. sejuk.... tangan merah-merah. Ish, terukla sejuk tu.. Jadi kami cepat-cepat je bergambar.




Tugu peringatan??


Plan untuk makan malam, kami ingin ke Asian Garden (zabihah halal) untuk menikmati makanan Thai yang sedap lagi halal tapi apokan dayo.. tibanya kami ke Asian Garden, restorannya tutup, tak pasti tutup sementara atau selamanya. Tapi nampaknya selamanya. Huhuhu...



Nasib baik Handfon canggih Nik boleh access internet, jadi kami ke zabihah.com, cari halal restoran di Wichita. Alhamdulillah rezeki kami, kami ke Dashi Curry, Indian Cuisine. Tapi saya percaya, pemiliknya orang Bangladesh atau Pakistan sebab loghat yang digunakan bahasa urdhu (bangladesh urdhu ke??) Kami menikmati Chicken Tikka (syahida's food- nik's wife) , beriyani rice (abgfiz dan nik) vegetables samosa, Garlic naan (saya dan syahida)- ni sangat-sangat best. Roti dia lembut sangat.... last but not least Mutton curry (lupa dah dalam menu apa. tapi memang kari kambing.. sedap!!!)Harga pun tidakla mahal.. jumlah semua tak sampai pun 50USD, Murah kan??

Kami pulang dalam jam 9 malam, perjalanan Wichita - Manhattan mengambil masa 2 jam. Sampai kat rumah, saya terus 'pengsan'.. Almaklum la.. saya memang sennag tidur, masuk kereta, lena... buka mata dah sampai destinasi. Nge~~~


Makanan kami..best!!!








Depan museum red indian??


Wichita Art museum, ala museum gambar-gambar je..

Depan pagar KSU

p.s: entry lepas ni pasal di oklahoma. malas pula nak sambung.huhu



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Emosi baby~~ emosi ibu~~

Bismillahirahmanirahim





Dah lama tak update, mood tak datang, tak ada masa. Ececce.. masa sebenarnya ada, cuma masa penuh dengan Iman. Bukan tak nak biarkan Iman main dengan sendiri, cuma.. dia dah pandai segala-galanya sekarang. jadi harus selalu tengok dia. huhu..



Minggu lepas, visited nurse datang rumah, sebenarnya Megan (visited nurse) nak tengok pasal rash Iman je, dia risau kalau Iman allergic dengan makanan. Sambil-sambil tu saya sembang-sembang dengan Megan. Kadang saya risau, Iman kalau dia sedang merangkak ke meniarap ke mesti jatuh, jatuh tu selalu je kena kepala dia. Jadi saya tanya pada Megan, kepala Iman. Kata nya, baby biasala jatuh tapi jika bayi jatuh dia menangis, insyaAllah dia selamat. Kalau jatuh bayi tak menangis, itu masalah. Mungkin ada pendarahan dalam kepala..



Tanya saya lagi, Iman ada jugak terhantuk kepala di kerusi, tapi tak menangis. Kata Megan.. sebenarnya.. emosi ibu mempengaruhi emosi anak. Contoh, kalau anak tu terjatuh dan kita terkejut lantas buat mimik muka terkejut, anak pasti menangis. Menangis bukan sebab sakit (kalau sakit tu mungkin dah awal-awal menangis) , tapi disebabkan oleh raut muka ibu/ bapa yang membuatkan dia takut.



Katanya, Megan baru je lepas seminar keibubapaan. Dalam satu slot, penceramah tayangkan video berkenaan dengan bayi dan ayah. Ayah sentiasa bergurau dengan bayi, sentiasa ceria tetapi tiba-tiba ayah tunjukan muka garang pada bayi. Terus bayi tersebut menangis dan tak nak didekati ayahnya. Kebetulan, ibunya mengalami postpartum depression, asyik menangis serta blue sentiasa (moody). Bayi tersebut diberikan pada ibu nya namun, bayi tersebut langsung tak mau, tengok pun tak nak.



Jadi, Megan cakap.. kalau Iman jatuh dan tak menangis, jangan kita tunjukan riak muka risau dan takut. Sebaliknya.. kita cakap.. " Oh honey. you're ok..." Jadi Iman pun secara tak langsung, dia tahu ibunya tak marah atau risau. Gitula Megan cakap.. Tapi..kadang saya memang risau, mana la tau ada cedera mana-mana. Huhuhu~~


Iman dah masuk 7 bulan.. yeay! cepatnya masa berlalu.. Iman sekarang dah pandai duduk tanpa sokongan lagi. Kalau sebelum ni, duduk asyik bongkok je atau sekejap duduk dah jatuh ke tepi. Iman juga dah pandai merajuk dan marah, juga nak ummi sebelah dia je. Kalau umi nak ambil wuduk sekejap je, mesti menangis dan terus merangkak ke pintu toilet. Huhuhu..
















Muka dah bosan.. tak mau layan ummi yang asyik ambil gambar Iman je ~~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Itulah Iman~~

Bismillahirahmanirahim


Gaya duduk tersopan dan terkini.


Ummi menaip entry sambil main dengan Iman di atas comforter mainan Iman. Adui.. Nasib baik keyboard dan mouse wireless dan nasib baik pc ayah ni boleh zoom sampai lebih 400%, kalau tak susah ummi nak mengadap pc kalau Iman tak tidur. kalau ummi mengadap pc, mulala menangis, padahal ummi depan mata dia je pun. Lepas tu, mula merangkak bawah kerusi. Kalau umi letak atas riba umi sambil mengadap pc, mula nak mengamuk, agaknya tak suka umi mengadap pc. Huuu. Jadi susah betul umi nak balas komen kawan-kawan umi, susah umi nak blog walking. Huhuhu~~~


Inilah Iman, suka datang kat tempat umi bila umi mengadap pc.


Iman suka baca buku Dora The Explorer.. Buku lain Iman suka koyak dan tarik. Ekekek


Kalau Iman bunyi ayah buka pintu rumah (ayah dah balik..) mula la excited, yang tengah tidur jadi sedar dengan tiba-tiba. Kuat betul sensor Iman. Dah tu kalau ayah ke toilet ke, atau tak ada depan mata mula nak menangis walaupun umi ada sebelah dia.


Dah tu Iman cepat dari umi, kalau diletakkan di tempat mainan dia, umi ke dapur sebelah je, dalam beberapa saat dah tengok Iman entah ke mana-mana. Pandai je cari tempat nak main, tarik wayar la, main kat kaki kerusi la, bawah meja la. Adui... Pendek kata selalu kena tengok Iman kemana-mana.



Iman ikut hobi sama ayah, suka barang-barang berwayar.


Bila waktu umi sedang/tengah baca buku umi atau majalah mesti ada je duk di kaki umi. Nak baca sama la tu. Bila ajak baca sama, ditariknya buku, sudahnya koyak buku umi. Hush..

Bila Iman ngantuk, dilawannya mata tak mau tidur. Kadang-kadang umi tidur sama untuk bagi Iman tidur, sudahnya umi terlelap. Hehe.. bila sedar (sebab tak dengar suara Iman) tengok Iman dah tidur meniarap sambil baca buku, atau pegang toy atau pegang buku. Maaf ye Iman, umi memang cepat je tertidur. Kadang tu jam 8 malam dah lena, bila bangun menyusukan Iman, umi rasa dah pukul 3 pagi tapi tengok ayah masih mengadap buku. Tapi bila tengok jam handfon.. baru pukul 11 atau 12. Huhuhu.. lama umi tidur.


Hari Jumaat kami ke Oriental Market (Thailanese store), waktu nak bayar di kaunter, ada pekerja baru (kot..orang tua, tak pernah nampak sebelum ni dan tak pandai cakap English) dia duk sembang-sembang dengan juru kaunter (juru kaunter??). Lepas tu, dia tanya..

" My lady or my son?" sambil tangan tunjuk pada Iman.

Jawab saya, " Oh.. its girl.."

Dia sambil mengangguk dan tangan duk tunjuk pada abgfiz lepas tu Iman, serta tangan berisyarat pada muka, saya kata " Yes, she really like her father.."

Hehehe..lucu sungguh tapi kata abgfiz, sekurang-kurangnya dia nak bercakap walaupun tak pandai, tapi dia mencuba. Bagus.. Good job!!




P.s:// umi cuba untuk potong rambut Iman yang bersepah, dan waktu yang sama, Iman tak duk diam.. sudahnya sebelah rambut Iman macam Abu Bakar Elah.huhuhuhu Menyesal potong rambut dia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan