RSS

Ish..macam-macam hal..

Bismillahirahmanirahim

Hari ni, ketika saya membaca status teman-teman di facebook, saya terbaca status kak Izzati, tentang...

assalamualaikum....nak share n nak tanya....MILO ni ada cacing ker......info dr emel...bleh jgk rujuk link http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/apps/forum/forum_viewtopic.php?4489.post



Kenapala.. orang-orang 'di sana' suka hati je nak masukkan benda haram ke dalam makanan? Entah-entah saya ni dah banyak makan makanan tak halal?

Tapi milo dan sardin, memang saya jarang beli. Milo saya memang tak minum, sama dengan nescafe, kafe, kopi, semualah.. sardin pula..entah dah lama sangat tak makan (kat Malaysia). Kat sini sardinla makanan utama kalau malas nak masak.

Kat sini, orangnya sangat telus. Apa-apa kandungan pun mesti tulis, (mungkin sebab mereka SANGAT SUKA makan b*b*)bukan sahaja pada makanan tetapi juga pada kasut dan jaket. Contohnya kasut di shoebuy.com, mereka akan menerangkan kulit kasut tu dibuat dari apa. Biasanya kalau kulit dari b*b* , harga dia mahal sikit sebab exclusive. Kalau tak pasti pun, kita boleh telefon atau email customer service. InsyaAllah, mereka tak menipu.

Saya agak terkilan dengan sikap masyarakat kita, susah sangat ke berniaga kalau produk-produk kita tak bercampur dengan benda-benda haram? Saya dah lupa bila, tapi saya terdengar berita di TV3 tentang herba / ubat homeopati (lupa dah) yang diharamkan dek kerana ubat tersebut mengandungi kandungan yang berbahaya.

p/s: entah dah banyak mana la saya TERmakan benda tak halal..nau'zubillah..

wallahua'lam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Si Tanggang Alaf Kini??

Bismillahirahmanirahim


Saya terkesan apabila membaca entry Dr Faridah tentang Si tanggang alaf baru, sayu hati mengenangkan sikap si anak sanggup membiarkan ibu dan ayah masing-masing di tempatkan di rumah orang-orang tua, rumah kebajikan, ada yang lebih menyayatkan hati, dihalaunya orang tua dari rumah. Tak sedarkan mereka, tanpa ibu dan ayah, dia tiada di dunia?


Saya teringat pula kisah di website mana saya dah lupa, waktu itu saya mencari 'petua untuk memudahkan bersalin' bilamana waktu itu sudah 41 minggu tapi, masih tiada tanda-tanda Iman mau keluar.


Kisahnya menceritakan si anak membawa si ibu dan si isteri ke Mekah, si anak pula memang mengikut je kemahuan si isteri, si isteri pula, agaknya cemburu pada kasih si anak, memang tak suka pada mertuanya. Dipendekkan cerita, suatu hari, si ibu menyusuh si anak membelikan sejadah untuk dibawa pulang ke Malaysia, bila si anak baru nak melangkah pergi, si isteri pula marah-marah, katanya (seingat saya..)


" Abang ni, kalau dengan mak ikut je kata mak, tapi kalau saya, susah sungguh abang nak ikut. Dah tu, mak memang suka susahkan kita"


Lantas si anak terbantut untuk keluar, si ibu pula merayu supaya anak tolong belikan padanya. Kata ibu,


" Mak tak larat dah nak turun ke bawah, tolonglah mak. Kau ni, kalau dengan bini, ikut sangat katanya hinggakan mak ni kau tolak ke tepi."


Bila si anak dah tertekan dengan sikap si isteri dan si ibu, kata si anak


" Mak diam la, mak ni memang suka menyusahkan saya" (dialog ni saya tak pasti tapi gitulah kata-kata anak ni)


Terus si ibu dengan hancur luluh hatinya menangis tersedu-sedu..katanya :


" Sanggup kau buat begini pada mak, aku tangtang kau dengan penuh kasih sayang, tapi begini rupanya balasan kau terhadap mak hanya kerana sayang pada isteri. Aku tak HALALkan air susu yang mengalir dalam tubuh kau.."


Terus si anak rebah di situ, memang tak dapat bangun dan berjalan. Tapi si isterinya pula mencebik-cebik mulut pada ibu tadi. Masihkan si menantu tu tak mengerti akibat perbuatan dia dan si suami?


Setelah itu, memang setiap jemaah mengetahui kisah itu meminta si ibu memaafkan anaknya, lantaran anaknya tidak dapat meneruskan lagi ibadah haji kerana keuzuran nya. Sehingga kini, anaknya masih sakit dan agaknya dah meninggal. Saya pun tak pasti.. Menangis saya baca kisah ni.


Cuba bayangkan, ibu mengandung, susah tau. 4-5 bulan pertama muntah, sakit
perit perutnya, kurang berselera pada makannya. Masuk ke 6-7 bulan dengan membawa perut seberat 4 kg ke sana ke mari, dengan pergerakan yang payah, disulami dengan sakit-sakit sendi, dan urat. Pula, saat bersalin, berlawan dengan maut hanya untuk bersalinkan si anak, sudah tu ditangtang dengan penuh kasih sayang, sanggup berkorban segala-gala untuk anak tersayang... beginikah nasib ibu setelah si anak mempunyai segala-galanya?


Sedih saya mengenangkan sikap segelintir masyarakat kita terutama.. Doa saya agar saya sentiasa ditetapkan hati agar mencintai ibu dan ayah saya, agar saya tetap mentaati mereka, juga agar saya tidak berlaku zalim pada mereka. Begitu juga pada mertua, semoga saya berbakti pada mereka seperti saya berbakti pada ibu bapa saya sendiri. Semoga suami yang dikurniakan Allah ni, sentiasa menegur salah dan silap saya.









Harus diingat, setiap perbuatan kita pada ibu dan ayah serta mertua... akan dibalas dengan sikap anak kepada kita nanti. Moga-moga anak-anak saya nanti dikurniakan suami yang soleh taat pada Allah agar.. boleh membimbing mereka..Amiiin..



p/s: kisah di atas benar-benar terjadi tapi sungguh saya dah lupa link website, dan dialog2 nya. Tapi dialognya seakan yang di atas. Sungguh saya dah lupa. Maafkan saya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman~

Bismillahirahmanirahim~


Hush.. penat sungguh hari ini, bukan penat buat kerja pun, tapi entahla.. rasa badan tak larat sangat. Mungkin puasa atau macam mana tak pasti. Iman pula hari ni, tak tahula kenapa asyik bebai je. Biasa Iman tidur jam 1130 pagi (bersama ummi) dan bangun jam 2 petang, tapi dia sambung balik tidur jam 5ptg bangunnya jam 630 macam tu. Jam 9-10 memang dia tidur sama dengan ummi.


Hari ini dia tak tidur sangat, kalau tidur pun, tak sampai sejam. Jam 3 lepas solat asar saya rasa mengantuk sangat, dah nak letak kepala tu, Iman pula bangun, dah tu duk korek-korek mata ummi, hidung ummi, dan gelak sorang-sorang. Sudahnya tak tidur ummi. Jam 5 ptg masak lauk untuk buka puasa. Lepas tu dia asyik menangis je. Dah nenenkan dia, tidur sekejap, ala tak sampai 5 minit pun.


Waktu saya solat isyak pula, ketika itu memang Iman ada atas katil, jauh dari dinding, pada rakaat kedua tu, saya dengar bunyi 'lkok' macam tu, seiring dengan tangisan dia. Ya Allah, dia terhantuk ke dinding rupanya. Entah bila dia golek-golekkan badannya pun saya tak perasan.(yela, dah saya tengah solat, mana nak tengok dia.) Terus saya dukung dia, tenangkan dia. Risau sungguh. LEpas tu boleh dia gelak-gelak lagi tengok saya, entah apa yang lucu ummi dia.


Sebenarnya, Iman memang mengantuk, tapi entah kenapa dia bebai sangat, nak orang sebelah dia. Tapi bila dia menangis, kesian tengok dia, tersentuh naluri keibuan. Baru tadi, dukung sekejap dah lena, tak sampai 2 minit pun. Memang sangat penat dan mengantuk la tu. Video ni diambil baru je tadi, saat Iman tengok ummi dan gelakkan ummi.




video


* video gelap sebab bilik pasang lampu tidur je, lampu yang malap dan kon romantik. Orang US tak pakai lampu piteh macam kita.. huhu~~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Online Shopping~

Bismillahirahmanirahim

Online shopping~~. Sejak berada di US ni, saya suka sangat online shopping. Sebenarnya lebih kepada jamu dan cuci mata je. (read: online shopping malaysia)

Ada kebaikan dan keburukan beronline shopping ni. Keburukan, kita tak nampak dengan sebenar benda yang berkenan. Kadang tengok kat dalam web, lawa je tapi dah beli menyesal pulak. Kebaikannya, klik hujung jari je dengan komputer, tak payah susah payah ke kedai.

Cuma, saya berpuas hati kalau shopping di US ni, segalanya elok plus, kalau kita tak puas hati, barang dikembalikan. Sini, customer is always right.
Sepanjang 2 tahun berada di sini (lebih kurang 2tahun), saya tak pernah online shopping barang sendiri. Abgfiz pun kalau shopping, beli buku dan barang komputer , kamera je.
Thanksgiving lepas, sandal saya dah uzur sangat, dah terkopek-kopek tapaknya, minta abgfiz belikan yang baru. Saya tanya pada kawan baik saya Farah , berada kat Ukraine mana website yang murah. Farah ni nama je duk Ukraine, tapi shoppingnye kat US. Suke sangat online shopping kat sini. Katanya, kasut dia banyak beli kat sini . Jadi saya dengan blur, search sandal yang murah dan berkenan. Harganya..banyak sungguh dipotong. Dari 99USD, dijual kepada 14USD. Murah tu. Balik abgfiz, abgfiz suruh cari kasut sekali. Bersama kasutnya (saya tak pastila jenama apa), kami beli 4 pasang kasut. Harge kesemua melebihi 100USD, jadi dapat free shipping dan no tax.


p.s: ni first time beli kasut. Sangat menyeronokan nge~~~. Tapi dah tak beli dah kot, melainkan kasut di atas koyak dan tak boleh guna..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Haih..bahaya public picture..

Bismillahirahmanirahim..

Tadi saya buka blog teman baik saya, Ejan..wakaka..tengok tajuk, suspen je. Buka link video kat blog dia pun suspen je.. Tapi bila habis.. kelakar sangat.

Moral:

1- Risau juga kalau gambar kita dibuat begini
2- Kalau gambar anak pun lagi risau
3- Moga2 Allah lindungi kami~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Entomology Party~

Bismillahirahmanirahim


Makan lagi... ada je projek makan-makan kami nih. Nge~~~ Kali ini jamuan department. Hari tu, international dinner, kali ini party. *ala..sama je pun, acara makan-makan. Bezanya, kali ini ramai yang datang, international dinner tu kebanyakan international student je datang. Seperti yang lepas, jamuan potluck ini dibuat pada hari Jumaat, jam 630 malam. Jamuan ini bertempat di WSI Hall, 8th St.


Tampat ni jenuh sungguh nak cari. Jam 630, memang dah gelap pun. Satu keburukan jalan di Lincoln ni, signboard terlalu kecil dan tersorok. Hish, menyusahkan pemandu untuk melihat dan teropong. Sudahla saya ni co-pilot yang bercermin mata dan tak nampak, lagila menyusahkan pemandu untuk memandu. Kami terlajak ke stesen minyak, tengok peta balik, dah terlajak.. pusing tempat asal balik. Alhamdulillah sampai juga. kami bertolak jam 615 malam, sampai dalam jam 635 malam.


Sampainya kami, ingatkan dah ramai yang memenuhi.. rupanya baru je 7-8 orang. Makanan pun hanya ada 2 je, termasuk kami 3 la. Saya masakkan roti jala dan kuzi ayam. Kuzi ayam dah masak malamnya, tinggal panaskan aja. Bab roti jala tu yang jenuh, biasa satu adunan saya masak 2 cawan tepung, kali ini saya masak 10 cawan tepung. Bayangkanla nak menjala dengan kuali yang satu dan kecik itu. Sakit pinggang berdiri lama-lama, plus sekejap berhenti, sekejap sambung sebab Iman nangis.


Jamuan kali ini ramai yang datang TAPI makanan sikit je. Nasib baik saya sempat beratur ambil makanan pada awal (ambil untuk abgfiz sekali), kebetulan juga Kak Nadiah baru sampai, bawa sate. Haha, cepat je ambil sate tu. Saya memang lapar masa tu, pagi saya sarapan dengan roti dan susu, tengahari saya tak jamah apapun. Lepas je menjala, saya terus terlena.





Antara makanan yang tersedia. Habis sate Kak Nadiah dan roti jala saya. huhu~~



Tempat arakla paling ramai orang kerumun, ada tequilla, rum, yellow tail, ish tak tahu pulak yang lainnya. Yang pasti, kebanyakan arak itu alcohol nya sikit, dan biasanya dimasukan ke dalam masakan. Mana-mana jamuan pun, mesti ada arak. Kadang tu rasa takut je sebab ada arak. Kami minum air soda je, saya pula air mineral je masuk tekak.





Setelah acara makan-makan, kami dihiburkan dengan pemberian award. Award suka suka je. Saya kurang jelas siapa penerima award dan apa award yang diterima, masa ni saya sedang menenenkan Iman dibelakang



Gambar yang pertama, Dr Tiffany, kedua Dr Gary (Dean) dan Justin, yang bawahnya Mitch, disampaikan oleh Jerry, setiausaha department (yang memakai topi Santa)



Last but not least, kami dapat sebotol salsa hasil dari cabutan bertuah. Salsa dimakan bersama tortilla chip. Ala-ala keropok yang dicicah bersama sambal. (tak sempat nak ambil gambar sebab kamera bersama abgfiz)



Salsa





Satu yang saya rasa beza dengan Malaysia, tenaga pengajar di sini, walaupun ada pangkat Prof, tapi panggilan masih Dr. Ada pelajar memanggil pensyarah dengan namanya sahaja (1st name). Kami yang Malaysian je yang panggil nama pensyarah dengan gelaran Dr di depan.






Untuk kali terakhir, staff akademik dan bukan akademik menyanyikan lagu krismas ke? Hish, tak pastila..






video



Ini pula video Jerry dapat award. Layan je~~




video


We wish for a new bulding.. lalala~~~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suhaizi Farewell party~

Bismillahirahmanirahim


Surprise!!! Gitula ucapan ketika Suhaizi masuk ke rumah kakNadiah, konon buat kejutan untuknya, farewell party. Dia akan berangkat pulang pada Sabtu ini,..waa entah bila pulak nak jumpa nanti.


Sebenarnya, kami berjanji datang ke UNL, bersama-sama. Tapi disebabkan masalah teknikal dan fizikal, Suhaizi pergi dulu, kami ke sini musim panas 2008, manakala dia tiba waktu musim sejuk 2007/2008.


Rumah lama kami, (yang belah kanan) . Gambar diambil ketika baru sampai.Sejuk je masa ni (padahal suhu belas-belas dah..)



Hari pertama tiba disini, kami menginap di hotel. Masuk hari kedua, kami masuk rumah kami. Cuba bayangkan, di rumah yang serba kosong, tak ada makanan, telefon, internet, sangat susah untuk menghubungi beliau. Kami berdua jalan-jalan ke stesen minyak untuk cuba menghubungi dengan menggunakan telefon awam. Tapi, malangnya, nombor telefon ofisnya, salah. Pula, tak boleh telefon sebab kami hanya masukan syiling 10 sen. YaAllah tension sangat. Nasib baik, presiden NUMSA (Nebraska University Malaysian Students Associate) Xin Rou, datang jumpa kami dan dibawanya ke apartment nya. Disana, kami menumpang menggunakan internet untuk menghubungi Suhaizi.

Di situla bermulanya persahabatan kami dengannya. Diketuai oleh Suhaizi, dan dengan menaiki basikal (kenderaan utama ketika itu) kami menjelajah downtown dan UNL city campus, serta kedai arab dan kedai Indian mencari rempah ratus, dan daging halal . Adeh, saya yang sememangnya lama tak berbasikal, apalagi sakit seluruh badan dek kerana berbasikal. Sudahla Suhaizi kalau berbasikal, laju. Jenuh sungguh saya nak mengejarnya.





Bergambar di UNL city campus




Jejaka Melayu..


Kami..



Bercakap mengenai berbasikal, suatu hari Roz mengajak kami ke plucking strawberi. Saya ingatkan dekat, punyala excited nak ke sana. Rupanya masyaAllah jauh sangat. (bagi saya yang memang jarang bersenam dan berbasikal, memang jauh, hampir 20 Km ke? ish dah lupa dah. ke 40 km?yang pastinya, sangat jauh dan saya sememangnya tertinggal dibelakang.)



Ketika nak ke strawberi farm


Yang pastinya, saya dah serik mengikut mereka berbasikal. Sudahla saya tertinggal dibelakang, pula tu sangat penat. Tapi sebenarnya menyeronokkan. Teringat pula saya, abgfiz pernah ke Walmart bersama Suhaizi dan hanya berbasikal! Perjalanan tanpa saya mengikut mereka mengambil masa 45 minit, kalau saya ikut sekali agaknya sejam pun entah sampai entah tidak. Wakaka.

Kenangan bersama Suhaizi memang tak mungkin lupa sebabnya, banyak susah dan senang kami bersama. Teringat pula saat kami ke kedai bersama-sama, dengan hanya berbasikal, dan hanya membawa beg, kami ke Alps dan Asian Market membeli barang dapur. Beg yang dibawa penuh sekali dengan sayur, susu, telur dan sebagainya. Yang ni memang tak boleh lupa, sehinggakan cashier di Alps menggeleng kepala melihat saya sumbat segala jenis makanan ke dalam beg.

Fall break 2008 juga kami bercuti bersama-sama, ke Mahoney Park, terus kami ke Omaha. Juga ketika summer break, kami jelajah midwest, ke Iowa, ke Illinois (Chicago) dan ke Wisconsin. Haha entry cuti-cuti US tu saya belum habiskan lagi. haha dah basi, nanti saya updatekan sambungan kami itu.

Rujuk, fall break disini, summer vacation kami disini


Paling saya tak boleh lupa, saat saya sakit dan dikejarkan ke hospital, saya dibawa oleh teman saya dari Arab Saudi ke Bryan LGH Medical Center. Saya percaya dia dimarahi oleh suaminya, mungkin kerana keluar tanpa suaminya, bersama lelaki pula tu (abgfiz). Waktu itu, kami hanya ada Suhaizi. Nasib baik ketika itu, kami baru beli kereta. Susah untuk kita meminta pertolongan dari orang, senang kadang bersama-sama, tapi susah bersendirian.

Saya dan abgfiz banyak belajar berdikari ketika berada di US. Sakit pening, apa-apa masalah semua uruskan sendiri, jarang sekali bergantung pada orang lain. Hidup bersama suami isteri di negara orang banyak mengajar saya tentang mengurus kewangan, sakit pening, segala-galanya. Alhamdulillah walaupun susah pada awalnya, kami boleh mengharunginya. Rumah pun sikit-sikit je upgrade.


Ish, tak sempat pula nak ambil gambar makanan.



Family picture.

Sebetulnya, saya dan kaknadiah merancang bersama-sama untuk buat jamuan, kesian pula dia tak ada jamuan perpisahan. Abgfiz terus hantar email ke semua teman baik kami (Hafiz, Sek Yee, Amel, kakNadiah dan Zaki). Kami berbalas email hampir seminggu, memikirkan dan membincangkan apakah makanan yang harus dimasak serta tempat untuk jamuan. Sebenarnya, saya awal-awal malas nak buat rumah kami, sebabnya.. rumah kami kecik (hehe, pemalas punya pasal) barang pulak banyak. Sudahnya, kak Nadiah dengan sukarelanya, menganjurkan jamuan dirumahnya. Menu kami pada malam itu,


Kak Nadiah : Nasi puteh, ayam masak merah, udang masak kunyit (kot, tak pastila pula, yeke eh kakNadiah?), sayur kubis masak lemak putih bersama ikan bilis, Kek carrot

Saya: Daging masak kerutuk, kailan ikan masin, dan saya buat jemput-jemput pisang.

Sek Yee: cheese cake with blueberry (yummy sangat!!)



Kailan ikan masin tu saya tak pernah buat, alhamdulillah saya jumpa pulak ikan masin dikedai asian market. Kailan memang ada kat sini.


Alhamdulillah jamuan tersebut berjaya mengejutkan Suhaizi. Kesian dia kena tipu, kata Zaki printernya rosak ke macam mana, dia minta tolong Suhaizi datang ke rumah baiki. Apa-apapun, insyaAllah jumpa lagi di Malaysia. Kalau kami ke Terengganu, jemput kami ke rumah ye. Nak rasa nasi dagang.



Bon Voyage, kata abgfiz


p.s : Kenangan ni memang tak boleh lupa.. ish teringat pula rumah lama..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Kenapa saya berkacamata?~

Bismillahirahmanirahim

Saya ditag oleh Kak Nini. TAPI, saya tak masuk contest yang dianjurkan oleh Siti Sifir kalau tak silap. Saya hanya menjawab soalan ye.


Soalan yang perlu dijawab adalah :

1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?
Lepas form 5, tapi officially masa 1st year kt USM

2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
Sebelum ni, memang selalu berada didepan je dalam kelas.. (konon best student.ekek) Sekali kena duk belakang, apa lagi..nampak tulisan-tulisan itu seolah bunga-bunga di taman la.ekekek


3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?
Rasanya 100++, tapi power silau saya tinggi.

4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
Oh, bentuk bujur warna pink (shuuukeee) tapikan, bila selalu pakai kat kuliah..orang cakap muka saya muka nenek. Sudahnya, saya pakai waktu dalam kelas je..

5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
Bentuknya empat segi, tak ada bingkai. Setelah spec yang pink kesayanganku itu telah daku patahkan sebab tak sedar duduk atas spec.huhu~~~

6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
Eehhhh?? Lupa la..kali terakhir saya cek mata 2nd year. Yang tu pun power sama je kot. Serius sangat lupa.


7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
2 je.jimat kan? Kata memang tak pakai, sebab tu jimat. Dah tak pakai tu, asyik duk termenung je tengok sesuatu.(konon khusyuk, padahal tak nampak.ekek)

8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya.

1- spec menghadkan pandangan saya, susah nak berjalan.
2- orang kata muka saya muka nenek..huhu~~
3- melebarkan muka.tak cun pulak saya nanti ..hiksss
4- Iman suka nak robek cermin mata umi.


9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
Saya lebih suka kacamata, contact lens merimaskan dan menyusahkan. Ngeri dengan kejadian kawan yang 3 hari tak terbuang contact, lantas matanya dimasuki bacteria.

10. Optometrist pilihan anda?
England Optical kat Kb

11. Pasangan anda berkaca mata ?
Oh tidak..suami kesyangan saya, mata sangat kuat. Walaupun mengadap pc dan tv 25 jam, mata masih kuat

12. Apa pandangan anda pada kanak2 yang memakai kaca mata?
Kesian. Nanti dah besar, powernya puluh kali ganda dengan saya, justeru itu, dari kecik..sila makan banyak carrot dan sila lihat tumbuhan hijau sentiasa ;))

Nak tag kepada siapa ya? Kak jaja, akak kena tag. Tu pun kalau akak buka pc..yela sian akak Syahmi putra susah nak lepas mama dia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gaya Tidur Terkini~~

Bismillahirahmanirahim



Yeay, Iman dah masuk 5 bulan.. Waaa dah besar anak ummi. Not little girl, but big girl kan. Dalam 5 bulan ni, banyak ummi perhatikan perubahan Iman, dah makin bijak dan pandai (ameeen). Pagi tadi visited nurse datang rumah, bila tanya dia tentang Iman yang suka main air lir ni.. katanya, normal pada usia baby 5-6 bulan. Sebab masa ni, air liur banyak dikeluarkan untuk persediaan lidah menerima makanan (solid food). OO.. baru umi faham. Umi cadang dan niat nak buat sendiri solid food Iman tapi disebabkan Iman akan dapat makanan percuma (dari program WIC-woman, infant and children), rasanya umi gunakan yang tu je la. Mungkin umi tak ambil yang dalam tin, atau tengokla macam mana, mungkin umi campur dengan bubur ke. Atau umi selang-selikan. Jumpa Paed Iman 6 month check up nanti, kita tengok macam mana.





Gambar ni ambil masa umi tengah masak tadi. Mula-mula Iman meragam, lepas nenen, umi letak Iman sebab nak sambung masak. Bila dengar Iman diam je, pelik umi. Tengok-tengok, dia duk leka dengan cermin di gym tu. Suka sangat tengok muka di cermin. Dah tu gelak sorang-sorang. Lepas tu, umi sambung masak.. bila tengok Iman balik..aik..dah tidur rupanya.. Sekarang ni, gaya tidur dia.. mengiring. Suka sangat tidur mengiring. Dulu, Iman tak boleh tidur kalau tanpa puting, sekarang Iman tak boleh tidur tanpa kain dan hisap jari. Puting pun suka hati dia nak buang.







Sedang menilik cermin.. comey ke Iman ni??




Comeynye Iman.. hiks






E.eeh tertidur rupanya..





Suka sangat hisap jari. Muka garang betul time tidur.


p.s: entah kenapa umi rindu saat Iman lahir, rindu nak peluk, rindu nak dengar Iman nangis, rindu semua.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salmon masak .....

Bismillahirahmanirahim




Lama sungguh blog ni tak dak resepi turun temurun (kononla tuuu). Ada sesiapa suka salmon tak? Saya punya feberet ikan - ikan cencaru. Tapi kat sini, kepala ikan cencaru pun tak pernah jumpa. Sewaktu mengandung lepas, punyala nak makan ikan cencaru sumbat bakar.. Sampai nangis-nangis tau. Hahaha.. sudahnya mama nak poskan. Tapi kata saya, kalau pos, samaada saya kena tangkap atau ikan tu terbuang ke laut. Mengada sungguh nak makan!!






Berada di Nebraska ni yang terletak di tengah-tengah benua, sangat susah untuk mendapatkan ikan atau makanan laut yang fresh. Kalau ada pun, yang frozen. Kadang teringin nak makan sotong tu, kami pun beli kat Asian Market. Baunya masyaAllah.. hish tak lalu nak makan. Agaknya sebab dah lama dalam simpanan. Justeru itu, kami banyak makan ayam dan daging. Kadang-kadang beli je Salmon yang frozen - biasa wild catch.


Salmon sebenarnya sangat senang nak masak. Ada sesetengah orang, makan mentah-mentah je. Dan banyak diaplikasikan di dalam sushi, sashimi, apa lagi ye Yatie Chomeyl? Salmon mengandungi banyak sumber omega 3. Rasanya..macam ikan aye kot. Tapi isinya lembut. Sedap dimakan kalau kena cara masak. Semalam, sambil layan Iman, saya melayan food network - jam 3 30 petang slot Giada de Laurentiis - dia masak salmon with salsa verde kalau tak silap. Sangat mudah dan sedap.


Ing :

4 keping Salmon - lumur dengan garam, crush black pepper dan sedikit madu.

Sebenarnya Giada guna Agave nectar (tak tahu apa benda ni.baca wiki pun tak pernah jumpa benda alah ni)

Salmon grill atas dapur, saya masak atas frying pan je. Masak sehingga masak. Salmon masak sekejap je, dalam 5 minit each side. Set aside .



Salsa verde:

1 Lemon zest
1 Lemon juice
2 Orange zest
2 Orange juice - Peel and trim the ends from each orange. Using a paring knife, cut along the membrane on both sides of each segment.
1/4 cup EVOO (extra virgin olive oil)
1 tbsp capers
1/2 cup chopped mint
1/2 cup chopped fresh flat leaf parsley
2 scallion (daun bawang tuu)
pinch red pepper flakes ( flakes lada kering)
salt and pepper.



My version (sebab banyak benda tak ada)

Lemon zest, lemon juice
Clementines ganti orange
Chopped Fresh flat leaf parsley
Honey
Salt
Pepper


Combine all ingredient together, Spoon the salsa verde on top of the salmon or serve on the side as an accompaniment. Sedap cuba lah..




Tada..... rasanya masam dan manis. Sedap makan dengan nasi.. ;)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman almost 5 month~

Bismillahirahmanirahim..



MakUda, Atuk, Cik Arr.. ni saat Iman good mood dan main sorang-sorang. Iman sekarang ni, dah pandai tengok kamera. Bila umi nak record apa yang Iman sedang buat, cepat pula dia perasan. Dah tu kalau tengok kamera, tangan tu cepat je nak ambil dari tangan umi. Dah tengok umi, terus senyum. Senyum tu sepet mata-mata Iman. Lucu sungguh!


Sekarang ni Iman dah pandai merengek-rengek. Kalau umi jauh sikit dari Iman, mulala bunyi suara dia. Kadang tu kalau tengok ayah pakai jaket je, mula nak menangis. Dia dah tau, ayah nak keluar. Kadang tu biarkan, pandai pula dia diam. Dah besar dah anak umi ni. Umi perasan Iman suka warna merah. Monkey toy yang ayah beli ada 3 ekor, salah satu warna merah. Lupa pula umi nak ambil gambar. YAng merah tu yang dia suka.


Kalau ke mana-mana Iman jadi pendiam. 2 hari lepas ke rumah Safiyyah. Seronok la Iman, Uncle Zie suka main dengan dia. Asyik duk tersengih nampak gusi je malam tu. Pandai pula dia main dengan uncle Zie. Kalau diangkat, mulala nak melompat. Hish. Iman dahla berat. Lenguh sungguh Untie Nadiah dan Uncle Zie duk dukung. Yang lawaknya, masa di rumah Safiyyah, Iman bunyikan suara, Safiyyah pun turut sama menjawab bunyian tu. Konon nak lawan la kot atau sedang berinteraksi. Pandai anak umi ni (ameeeennnn...)





video


p.s : Iman, jadi anak solehah ye. Doakan umi dan ayah sentiasa.. Uncle Zie dah nak balik, dah kurang orang nak main dengan Iman ;(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Parti Hari Lahir Mariana ~ 10

Bismillahirahmanirahim



Seperti yang dijanjikan, tada.. Mariana's birthday party. Kami dijemput ketika meraikan Safiyyah's birthday party. Saya dan suami tidakla rapat dengan Antonio/Silvana ni. Kata abgfiz, Silvana datang sama je dengan abgfiz, summer 2008 tapi disebabkan ofis abgfiz terpisah oleh pelajar lain, jadi abgfiz tak kenal rapat dengan Silvana. Tapi disebabkan Zaki rapat dengan Silvana (bawah advisor yang sama), jadi, apa-apa jamuan dirumah Zaki/Nadiah kami akan bertemu mata.

Terharu apabila dijemput meraikan hari lahir anaknya, Mariana. Sebetulnya, mereka mengajak Iman. Kami menumpang je Iman ni. Ekeke. Jamuan dibuat di Chucke Cheese's Pizza - sebuah restoran Pizza yang mempunyai alat permainan. Macam-macam jenis permainan di sini, ada yang baling bola, tembak-tembak, ish tak pandai pula saya nak menghuraikan. Tapi semua permainan harus dimasukan token. Token pula ibarat mengganti syiling (yeke ayat ni??) Satu token 25 sen.

Pagi tu saya masak nasi lemak, dan tengahari tu, saya dan suami ke TjMax- beli hadiah untuk Mariana. Terfikir-fikir apa yang harus dibeli. Beli baju? Rasanya dah banyak kot.Ehe.. Nak beli mainan? Umur 10 tahun dah tak main kot. Kami buat keputusan beli je buku. Dah balik dr TjMax , pukul 1230. Kata abgfiz , tak payah masakla. Lagipun nasi lemak tadi kenyang lagi. Jam 2 kami bertolak ke sana, sampai sana pula..lapar la pula... Menyesal tak masak tadi. Mana tau dia hidangkan makanan heavy. (nampak sangat malasnya nak masak.eke)

Token-token banyak dihabiskan oleh abgfiz - abgfiz sememangnya suka main benda-benda macam ni. Saya tak berapa nak pandai main macam ni. Token perlu dimasukan supaya mesin tu berjalan dan bersadia untuk bergerak. (pandai-pandai je buat ayat..) Hanya 2-3 mesin je saya main pun. Tu pun mainan yang entah apa-apa. (cover diri..padahal memang tak berapa nak pandai main ekek)


Chucke Cheese's Pizza .pic: google



Token - seakan syiling tapi bukan syiling
pic: google


Para bapa mewakili anak-anak untuk bermain menghabiskan token.


Gambar paling bawah belah kanan tu, Silvana meminta berhenti sekejap untuk bermain dan meraikan parti. Parti ni, disambut juga bersama staff Chucke Cheese dan mascot Chucke. Bermula dengan menyanyi bersama-sama, memotong kek dan sessi makan. Menyeronokkan. Kalau jadi kanak-kanak kan seronok, main je.



Staff dan kanak-kanak sedang menyanyikan lagu..


Ada seorang anak kawan abgfiz ni (kebetulan satu kelas Statistik dengan abgfiz, satu department dengan Antonio (Agronomi -kalau tak silap)). Ish saya dah lupa namanya siapa. tapi yang pasti dari Iran. Seronok betul saya tengok anak lelaki dia, agaknya suka sangat dengan mascot Chucke ni, keluar je Chucke.. asyik menyentuh je. Sentuh hidung, mulut, tangan. Kalau orang nak bergambar dengan chucke pun dia nak masuk juga. Haish jatuh cinta agaknya.


Tengokla, asyik je dengan Chucke. Kami nak bergambar pon dia masuk juga :))





Mariana with her parents and birthday cake.



video

Staff dan kanak-kanak sedang meraikan birthday girl.




video

Happy birthday to you..lalal~~~





Nak jugak bergambar dengan mascot Ehe~~


Balik petang tu, jam 4- nak kejar solat asar. Bila saya buka peti ais, nak masak konon.. Kami menerima jemputan nakan nasi tomato oleh kaknadiah/zaki.. SHUkeeeeeee~~~ sebab tak payah masak. Agaknya kaknadiah kesian kot.Uhu~~ terharu. Lain kali buat lagi ya.. Sedap tu~~ Bujang Suhaizi dan Muzammil pun dijemput, tapi Hafiz Syafiq tertinggal pula, terlupa... Maaf ye piz. Tak pe Hafiz, kak Izza tolong makan ye. Nge~~~




BEshh..



p.s : another 8 days..untuk ganti puasa..yeah..chayok~~! Tak sedar dah 5 minggu puasa ganti. Legaaa~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Susah sangat ke nak mengaku kita orang Melayu?

Bismillahirahmanirahim

Pertama kalinya..kami pindah rumah baru lagi.. Cun tak? Saje nak try and error. Yang ni nampak puas hati sikit dari yang lama. Ada lagi yang tak sempat nak masukan, rumah teman bloggers terutama mom bloggers. Tapi tunggu dulula, ada masa luang banyak, insyaAllah nanti saya masukkan.


Alkisah, saje je nak cerita tentang cerita lama. Saya ni jenis yang pakai baju kurung, kat USM dulu, tak pernah pakai seluar ke kelas kecuali kelas malam/kelas ganti. Sewaktu datang sini, saya hanya bawa baju tunang dan baju nikah. Kononnya, tak pakai la baju kurung sebab sejuk. Tapi kami datang waktu musim panas, bukan sejuk, panas tu panas kering.


Tiba bulan puasa, dan hari raya tahun lepas, kami dijemput meraikan hari raya di rumah XX. Dah nama raya kan, saya pon pakaila baju kurung dan pada waktu itu musim luruh (sejukla juga), saya pakai jaket labuh (sampai ke lutut). Sampai di rumah XX, sapa XX,


"kenapa pakai jaket macam ni? Orang akan tahula kita bukan orang Amerika."


Tak tahu nak jawab saya senyum dan diamkan diri ajala.. Sejurus selepas itu, saya diminta memotong buah epal dan orange. Pada musim sejuk, kebanyakan kain-kain yang licin terutamanya, akan melekat - macam elektrostatik macam tu. Jadi waktu itu, baju kurujng saya melekat pada badan. Sedang saya betulkan baju, sapa tuan rumah,


" Apsal pakai baju macam ni, musim sekarang tak payah nak bergayala. Tula, bergaya tak kena tempat"


Aish..berdesing telinga dengar dia tegur macam tu. Jatuh standard ke pakai baju kurung di bumi orang? Pelik sangat ye? Dah tu, orang Arab ke mana-mana pon pakai je jubah hitam dia, orang tak kisah pon. Susah sangat ke nak mengaku kita orang Melayu? Dah muka saya ni muka Melayu, pula pakai tudung memang sah-sahla bukan orang Amerika. Pelik betulla. Balik rumah tu, marah betul suami saya, nak je dia tampar orang tu. Tapi dalam hati jela. Kan raya, pakaila baju kurung. Kalau tak nak pakai pon, tak payahla duk mengutuk.


Tahun ni, saya ada geng pakai baju kurung.. wakak Kak Nadiah datang, kami pon macam sama je, tak berapa nak suka jalan. Sejak tu, saya suruh mama poskan baju kurung dari rumah. Ekeke..

p.s: hari ni kami ke jamuan hari lahir Mariana, anak Antonio/Silvana. Entry akan update kemudian. Nak edit gambor dulu~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The Worst Winter in 40 years

BIsmillahirahmanirahim

Ada je cerita pasal winter dan salji nih. Bukan apa, nak kongsi dengan pembaca di Malaysia terutama keluarga dan rakan-rakan. Tahun ni musim sejuk antara yang terburuk dalam 40 tahun. Minggu lepas salji turun tapi biasa-biasa aja. Semalam ribut salji, sekolah terpaksa tutup jam 1 semalam. Salji yang dah ada tak cair-cair, matahari tak sempat nak panas, dah turun salji lain. Sejuknya, haih.. tak boleh nak cerita. Pakai sarung tangan pun masih sakit lagi tangan dek angin sejuk. Nasib baik hari tu, pindah ke sini. Kalau di rumah lama, dahla 2 tingkat, kalau pasang heater nak panaskan satu rumah memang dekat sejam. Dah tu bil gas dan letrik sangat mahal. Sekarang rumah kecik, bayar harga sewa rumah termasuk letrik, gas dan internet. (Nebraska air free)










Snowman pon dah ketot dah ditutup salji



p.s: gambar diambil semalam ketika salji turun mencurah memutihkan bumi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman

Bismillahirahmanirahimm

Untuk tatapan keluarga..saksikan Iman & smile... SEpet mata-mata duk senyum. SEronok tengok dia senyum.

video

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan