RSS

Sekadar mengupdate blog

Bismillahirahmanirahim


Hurm.. saya terlebih rajin meng'baharu'kan entry dengan resepi, saje je.. konon blog diupdate (boleh tak???) .. Sebenarnya, hari ni saya dah sihat sedikit tetapi si Iman pulak ikut turn selsema + demam. Malam tadi, entah berapa jam je dapat saya lena betul-betul. Asyik menangis je si Iman, agaknya tak sedap hidung la tu.. dok sok sek sok sek. Tidur 5-10 minit, menangis lagi. Aigooo~~









Resepi gambar atas ni saya betul-betul campak. Bahan tak cukup maaaaaa~~~


Kek batik (resepi tak cukup bahan)


  • 3 tbsp serbuk koko

  • 2 cawan milo (saya tak buh, sebab memang tak pernah beli milo)

  • 1/2 cawan butter

  • 3/4 cawan susu pekat (saya kurangkan kepada 1/2)

  • 1/2 cawan susu segar ( ni saya memandai je buh)

  • biskut marie (saya guna biskut animal cracker- memang rasa macam biskut marie)



- Masuk ke semua bahan ke dalam periuk, dan panaskan sambil kacau sehingga pekat. Off api, kemudian masukan biskut yang telah dipatah-patahkan. Saya masukkan ke dalam peti ais (freezer)







Ni lee ghupenye animal cracker.




Non Bake Cheesecake :


  • 1 ketul cream cheese

  • 1/2 tin susu pekat

  • 1/2 cawan whipped cream

  • 2 tbsp lemon juice

  • 1 tbsp grated lemon



- Pukul cream cheese hingga fluffy, + susu pekat + lemon juice dan grated lemon. Dah sudah tu, kaup balik whipped cream ke dalam adunan.





Lepas je siap kek batik tu, saya masukkan dalam freezer. Kemudian, saya buat cheesecake tu. Dah siap, saya curah atas kek batik tu dan masukkan ke dalam freezer dalam 4-7 jam. Kemudian saya keluarkan dan thaw di peti bawah tu, sehingga boleh dimakan. Hehehe.. memandai je kan? Rasanya..?? okla kot.



Bakso ni menu makan malam tadi. Kebetulan kami-kami dok sejuk-sejuk dan tak berapa nak sihat, menu ni la jadi santapan.



Bebola daging :


  • 1 lb daging cincang

  • 2 biji bawang merah - tumbuk

  • 2 biji bawang puteh - tumbuk

  • 1 sudu kecik serbuk black pepper

  • 1 sudu kecik serbuk ketumbar

  • 2 sudu tepung ubi kayu (tepung kanji??)

  • sebiji telur

  • sedikit garam



Sup :


  • 2 biji bawang merah*

  • 3 biji bawang puteh*

  • 1" halia*

  • lada hitam*

  • 1 batang serai

  • * tumbuk



  • #garam sebagai perasa


- Tumis bahan tumbuk (saya blend je) sehingga naik bau. Kemudian masukan serai yang telah dititik. Masukkan air. Tunggu sup mendidih. Kemudian, daging cincang tadi digaul bersama kesemua bahan dan bentukkan bulat-bulat... kemudian masukan ke dalam sup. Biarkan bebola timbul (mean: bebola dah masak)



Bahan sampingan:




  • Mihun yang telah dicelur

  • taugeh - celur

  • kubis (saya ganti dengan sawi)

  • cili kicap


menu sampingan, mihun lupa nak ambil gambar



masih di dapur




Bakso saya..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

.:dyla lokman:. said...

lapar la plop. hahaha.

Nurul Hasanah said...

sedapppppnyeee bakso ituu T.T

yatie chomeyl said...

sguuh kreatip..nanti nok tiru nok buat retep

Nurul Izza said...

raihan, haha make jgn xmake

purple sonata: sedap bila perut lapa ;p

yc: haha kalu xjjadi xmaghoh ;p

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan