RSS

Food

Bismillahirahmanirahim



Lama dah saya tak masukan resepi/gambar makanan.. Kali ni saje nk masuk gambar makanan(konon update blog.hahah).








Haaa... yang ni menu raya semalam. Bila cek kamera, ada pula gambar. Tak tahu sapa yang ambil. However (aloh, speaking plop..) gambar blur.. Menu : Lontong, kuah kacang (segera je.. tak ada kacang pula nak masak ^..^) rendang ayam dan homemade nasi impit..



Homemade nasi impit tu saya amik resepi mama (duk ingat-ingat lupa je..) sebabnya stok nasi impit segera dah tak ada! Ziplock plak dah habis. Nak tak nak, masak traditional way je..



Nasi Impit



3 cawan beras biasa, kat rumah pakai beras Jasmine tapi lembik. Jadi, kami guna long grain rice. (beli kat walmart/supersaver je..)



8-9 cawan air

sedikit garam



Masak nasi seperti biasa dalam periuk eletrik. Dah masak, masukan semua nasi ke dalam tupperware dan tekan-tekan dengan cling film. Ha... memang panas tapi tekan sekejap-sekejapla..satgi meletup plak tangan. Lepas tu, tutup dengan cling film. Kalau tak mampat lagi, mampatkan dengan letakan bekas tuperware satu lagi atau benda berat.. Tunggu sejuk, boleh potong. Yeay... menjadi!!






Ni menu sahur sekarang. Kuikui.. Kena puasa la, ganti yang tak posa haghi tuh! Kalau habis hari ni, maka ada lagi 12 hari. Huhu.. jenuh nak ganti tapi nasib baik sekarang maghrib awal, kol 5 lebih dah buka posa. Okla tu.. :D Makan nasi nak muntah pula, agaknya tak boleh makan banyak-banyak, jadi saya telan roti je..


Nutella tu teringat kt Ani, kawan satu matrik dulu. Dia memang suka nutella tu, dan saya.. bila weekend (time-time) lapa, mesti lepak bilik dia.. makan roti dan nutella tu. Kat Malaysia mahal kan? Kat sini $2 je. Dan semestinya halal... boleh di makan =)



Haaaa.. yang ni menu semalam. Punya fikir panjang nak masak apa, tengok dalam peti ais ada lebih nasi impit tu.. saya terus buat soto. Resepi sup amik dari Kak Nadiah. Saya copy and paste je dari kak Nadiah. Bergedil main campak...


Soto



bahan2:


ayam
4 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil lada putih

bahan tumis:

bwg besar*
bwg putih*
halia*
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
bunga cengkih

serai#
lengkuas#


*kisar
#ketuk


cara2:


1. tumis bahan kisar sampai naik bau

2. masukkan ketiga2 serbuk

3. masukkan ayam & air

4. perasakan dgn garam


Bergedil pulak :


Kentang 3 biji - kupas, potong, goreng dan tumbuk. Dek kerana saya tak ada lesung, saya tumbuk guna botol sos cili je. Nak 1000 daya, tak nak.. tak yah buat.


daun bawang
daun sup
bawang goreng
lada hitam serbuk
garam sikit

telur

- Kentang yang ditumbuk campur dengan semua bahan kecuali telur. Sebatikan dan bentukkan leper dan bulat2. Celup telur dan goreng. Kalau nak sedap boleh masuk daging cincang.




Sup soto.. atas api lagi.




Suhun yang digoreng. Masuk kali ni dah 4 kali goreng dan semuanya tak menjadi macam yang sepatutnya. Adakah salah tangan comelku ini? Atau salah suhun ni? Atau salah minyak menggoreng? Ha.... salah api la kot. Kakakaka....


..

..

....


Sekian rancangan masak-masak hari ni.. Kuikui


p.s: Lama juga tak update cerita Iman. Nanti ada masa ye... sekarang baru subuh, den nak solat.. tadaaaaaaa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

yeay....
izza, akak nak copy resepi tau...dah lama carik...(konon....).kat lincoln juga baru ketemu...ekekekkek..
p/s copy jer, buat tak tau bile...hikssss

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan