RSS

Aidilfitri 1431



Eeh.. dah nak habis puasa ye? Cepat betul masa berlalu. Bila dah nak habis puasa ni mula fikir... 'adoi, malas betul nak masak lepas ni'.. Tahun ni kami berpuasa dan beraya kali ke 3 di perantauan. Masih teringat lagi puasa dan raya yang pertama kali dahulu (eh betul ke ayat ni??). Sedih betul hari tu tapi, semuanya menjadi kenangan. Gitulah adat berada di rantau orang yang masyarakat melayu islamnya sedikit (waktu tu la...) ..



Kalaulah raya tahun ni jatuh pada Jumaat, sah2 kami beraya hari Sabtu. Sebab apa? Haha.. Abgfiz kelasnya jam 8 pagi sehingga 5 petang, gapnya satu jam je kot.


Ramadhan kali ni pun ibadat yang dibuat ala kadar je. Mana taknya, kadang tu solat pun duduk, lepas solat memang terbaringla jawabnya. Kalau sihat pun, payah nak bangun solat malam, ada je halangan. Bila dah keadaan begini, saya betul-betul rindukan waktu belajar dulu. Ke masjid, bangun awal pagi, ishhh rindu betul.. tapi, mana mungkin masa lepas akan berulang lagi..



Di kesempatan ni, kami bertiga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin dari hujung rambut ke hujung kaki, andai ada tersalah bahasa, terkasar bicara yang mana menyinggung hati dan perasaan para pembaca (termasuk keluarga dan sahabat handai). Semoga dipanjangkan umur bertemu lagi ramadhan akan datang.


p.s: banyak betul komen tak berbalas, mohon maaf ya. mood mengadap pc lama-lama datang dan pergi. Ekekek..


p.s: adik2ku, makan rendang, roti jala, lontong tu sila ingat kami di sini ya..


p.s: skill bercerita dah tak betul sangat, ayat pun entah ke mana.. kalau tak faham tu, buat-buat faham jela ye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

yatie chomeyl said...

slmt hr rayo utk iza & famii deh...jago baby dale perut molek.

'NuReeN' said...

SLAMAT HARI RAYA...
;)..

Anonymous said...

selama hari raya, maaf zahir batin...
raya terakhir di perantauan ke ni? Akak belum tahu lagi.. 50-50

Maryam Izza said...

salam 'idul fitri buat za dan family minal aidil walfaizin...mohon maaf segala salah silap kak ija selama kita berkenalan ni...walau jarang bertemu di alam maya bukan bermakna kak ija melupakan za krn za sentiasa ada di dlm doa kak ija...semoga terus diberi kesihatan yg baik dan semoga kita akan dipertemukan lagi dgn Ramadhan Amin

Afizart said...

Salam Aidilfitri dari akk buat iza sekeluarga.rindu kat iza.Akk pun dah lama tak jenguk blog kawan2..semoga iza sihat hendaknya

aLyNnZ said...

selamat hari raya izza espicially utk bam bam Iman..izza dah pregnant yer? good news..wahh iman nk jd kakak sure sorang kakak yg baik..sonok tgk kawan2 sedang menambah ahli keluarga..take care urself izza..

Anonymous said...

salam izza...salam aidilfitri utk keluarga sume..
izza sihat ke..lama tak update blog...
alah lagi ye?...byk2 sabar ek..
salam kasih dr akak dan kluarga kat sini...:)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan