RSS

Iman dan headphonenya

Bismillahirahmanirahim

Lama bersarang blog ni, komen pun tak terbalas. Saya akhir-akhir ini agak tak sihat dan terpaksa membiarkan komen-komen itu tak terbalas. Nak membelek facebook atau berinternet pun tak boleh, apatah lagi nak melawat blog lain. Iman pun dah lama tak keluar tengok ayah main tenis. Kesian dia.. tambah pula cuaca agak panas 2-3 hari ini. Panas dan bahang! Memang bahang! Kadang tu, saya agak sesak nafas bila keluar, terlalu bahang!

Sejak saya memperkenalkan Iman dengan headphone ni.. eh pada awalnya, adik saya nak sembang dengan Iman je, bila bagi je headphone ni, didengarnya suara orang bercakap, suara Iman? Langsung tak da! Lepas je insiden ni, asyik duk tarik je headphone ni. Headphone ni baru je beli, yang lama dah tak boleh pakai (hanya boleh dengar je) sebabnya, si Iman ni duk pijak, hentak-hentak.. biasala.. pomen!

Duk kelek-kelek headphone ni ke sana ke mari, lepas tu cakap sorang-sorang. Saya tergelak sorang-sorang. Bila tersangkut wayar je, mula marah-marah, dibebelnya sorang-sorang. Iman, nak jadi macam umi ke? kejenye membebel!


*Sila abaikan rumah bersepah, Iman yang kemas* Gitulah gayanya dengan headphone.




Duk belek-belek..




Marah apabila headphone tu tak boleh nak dipakai..


Dah pakai, dikelek ke hulu ke hilir..



Gaya macam DJ je!




Setiap hari duk mengelek.





Muka sangat tak suka bergambar. Hahaha.. Perasan tak, ada beg sebelah tu? Sebenarnya beg tu saya terpaksa letak kat situ. Di belakang beg tu, ada plug tv. Suka sangatla dia cabut plug tu! Geram je bila tengah tengok tv, tetiba terpadam! Sahla keje Iman tu. Kalau tak ditarik wayar tu, dia main pula picit-picit butang TV. Saya memang jarang dah tengok tv sekarang, duk melayan Tv Iman jela. Bila dah bosan, gitula kejenye..







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 comments:

Nabila said...
This comment has been removed by the author.
Nabila said...

haha..sape suh tak layan iman...kan iman kan..hehe

lina said...

hehe...suka ye main headphone...iman tak sbr nak kwn..blh main sama2...;)

pali said...

sat lagi dia mintak ipod nano.. iphone.. jabra.. hehe. takpe, papa apiz sayangkan iman. cakap je. tambah2.

yantie3011@gmail.com said...

iman blajar something new.. good job iman.. =)

aLyNnZ said...

hikhik2 comei lar iman cayunk..muka masam bergambar pun comel..lagi comei ngan headphone tuu..bdk2 nie semua benda nk cuba kan..?

danish pun segala benda nk diletakkan atas kepala..haha..btul lar bebadk nie suka main suis letrik geram sgt tgk..marah pun xguna bebdk xtau apa kan..?

hans said...

itu tandanya si Iman tu protes la tu sampai cabut2 wayar tv
ekekekek


cuba ekau bagi pandangan sikit jik bro berada ditempat orang2 nih

P/S : Entry 18 Tahun Ke Atas Sahaja : Tiba - Tiba Rasa Takut Mahu Menggunakan Tandas Awam!

Anonymous said...

Tak sihat lagi ke Izza? Kalau dah sihat sila jawab tag di blog akak.. hehehe.
Moga cepat sihat.. ehem,ehem... sakit berisi ke?

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

haha..lawak je tengok aksi iman kelek headphone.dia ingat tu handbag ape.:P

p/s;tak chat?petanda kah?kikiki

Ummi Salsabila said...

oo.ni mesti iman boring.xde org lyn dia.tu yg asik main headphone.(kes sebenar,akak lah tu)aufa tgh men headphone gk ni.akak xlyn dia.haha

'NuReeN' said...

eh eh sama la.. saya pon baru wat n3 pasal headphone nih...

Ummi Hanie said...

salam izza n iman...

alololo lama xnampak dehh...
dah macam2 pandai iman ye...
sama laa dgn zaid..tak sempat2 nak berlari dah ! ni tgh demam...huhu..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan