RSS

Cuti-cuti US : Part 4 : Las Vegas

Bismillahirahmanirahim

Wah dalam sejarah hari ni sampai 3 entry. Ni gara-gara Iman sedang mengulit mimpi la ni. Kalau tak, mana nak sempat nak bikin entry.



22 Mei : 5 pm : Las Vegas


Bersambung dari part 3, kami tiba di Las Vegas jam 5-6 petang.





Sedang kami asyik nak cari super 8 motel, tiba-tiba jumpa ...








Polis sedang meronda menggunakan basikal! Bila tiba di super 8, bandar sangatlah sunyi, macam tak ada orang je. Kata orang yang kerja di super 8 tu, jam 7 nanti baru start ada orang dan bandar Las Vegas mula berfungsi dengan hebatnya. Lampu-lampu berkelipan di mana-mana. Polis pun banyak buat rondaan pada waktu malam - maklumlah ramai orang, bila dah ramai orang, ramai juge orang tak betul nya.

Malam tu kami hanya rehat di motel je. Penat! Kami ambil bilik yang 2 katil queen. Malam tu cepat betul kami pengsan. Keesokan paginya, sdang saya solat subuh, tiba-tiba terdengar bunyi limpahan air di bilik air. Rupanya.. sinki sumbat dan air dari bawah sinki tu memenuhi sinki dan kemudian melimpah!

Lepas je solat terus saya bagitau abgfiz, dan abgfiz panggil manager. Bila manager datang, dimarahi nya kami sebab katanya kami buang makanan di sinki! Malam tu kami tak buang makanan pun di sinki, guna sinki pun tak. Memang dari awal kami masuk dah nampak sinki tu tersumbat. Sudahla tak minta maaf pun dengan kami, kami kena marah pula tu!. Eeeee.. geram. . dalam hati saya duk bebel @#$%%^&* .. Tapi dalam dia duk marah tu, diberi juga kami bilik lain yang lebih selesa. Gambar bilik tu saya tak nak ambil pun, geram je dengan manager dia. Pertama kali saya jumpa mat salleh yang macam tu. Rude!!

Pagi tu semua nak marah, dalam jam 10 kami keluar cari makanan brunch. Cari-cari makanan, kami jumpa.... Kabob Express : makanan dari Iran. Wah best betul dapat makan nasi.

Siap tapau lagi. Harga nya pun takla mahal. Makanan pun saya tak snap.. tak sempat. Saya ambil menu chicken breast kabob manakala abgfiz ambil sultani kabob.

Restoran pun sangat bersih dan very friendly worker. Kak Jaja, kalau gi Las Vegas, pi la sana. Besttttt makanan dia..



Waktu pulang ke super 8, kami ternampak pula University of Nevada, Las Vegas. Seingat saya, bila je kami jalan-jalan ni.. dan terjumpa kedai halal - mesti kedai tu berhampiran dengan kampus. Jadi saya mengagak, ramai la kot muslim di kampus.








Sempat bergambar depan stadium je. Tak sabar nak pulang ke super 8.



Perjalanan pulang pula, kami singgah ke hotel yang mana bangunanya piramid - macam kat Mesir pula. Konon kami nak bergambar, kami masuk bangunan tu. Rupa-rupanya ... masya Allah casino !!!! Ya Rabbi, saya masuk ke casino rupanya. Tapi memang itu je laluan untuk bergambar di depan bengunan tu.



Dalam tu, macam-macam saya boleh jumpa. Nak je ambil gambar tapi abgfiz tak bagi. Ada wanita, remaja, semua golongan ada dan tujuan mereka : berjudi!!! Ada juga saya jumpa orang dari middle east. Haih, pak-pak arab pun ada juga berjudi.




Semua bangunan ni adalah hotel tapi setiap hotel mesti attach dengan casino. Dah nama Las Vegas : tempat berjudi yang terbesar kan..



Tapi yang baiknya di sini, hotel-hotel sangat murah. Mungkin sebab ada banyak hotel, sebab tula murah. Tapi mmg murah. Pernah saya search di hotel 5 star, hanya $150 satu malam (2 queen bed).





Yang ni antara bangunan yang ada di Las Vegas dan semuanya casino!!!




Di depan hotel Luxor, Las Vegas. Konon nak bergambar depan piramid tula tapi rupanya casino.





Kawasan Luxor..




Saat ni angin sangat kuat dan sejuk betul. Memang tak tahan. Kebetulan memang nak hujan je.




Nampak tak rail tu? Rupanya setiap hotel di kawasan berhampiran tu attach dengan monorail. Senang nak ke mana-mana..




Di kawasan hotel : jamu mata je kalau tengok ni.. Semuanya berbikini. Konon berjemur.




Gelap nak hujan




Kami pulang ke hotel dan kembali semula jam 730 malam. Wah.. bandar Las Vegas ni betul-betul cantik bila tiba waktu malam. Aneka lampu boleh kita nikmati. Sangat cantik!! orangnya pun ramai la.. Macam-macam pula boleh jumpa. Kata abgfiz dia asyik bau wine je. Saya tak pula reti nak bau arak macam mana sebab tak pernah jumpa dan bau orang minum arak. Abgfiz dah biasa sebab selalu ke conference kan..


Kami parking dalam bangunan dan bangunan tu pun sebenarnya casino! Ya Allah dalam hati saya duk istighfar je..


Macam-macam orang boleh jumpa. Ada yang duk tidur di jalanan, ada juga yang sedang berkhayal-khayal. Yang pasti saya memang takut!!


Bergambar depan Eiffel Tower versi Las Vegas. Ekekke





Bandar yang hidup pada waktu malam








Sebenarnya kami nak tengok fountain show je di Bellagio Fountain pun.. Pancutan air yang berirama.. Eee suka betul. Sempatla kami layan 2 buah lagu tika di fountain tu..





Di kawasan Bellagio Fountain



Sejuk malam ni.. *mata saya waktu malam sangat lemah, terpaksa pakai kaca*




Abgfiz dengan fountain show (waktu ni lagu pink panther). Masa ni saya duk sibuk nak rakam video, dia sibuk nak bergambar. Sudahnya video yang saya rakam banyak suara bebel saya je.
Ekekek






Pemandangan di kawasan fountain show..



Tika lagu sedang dipasangkan..







Dah jam 830 malam, kami cepat-cepat pulang. Takut lagi lama, lagi ramai orang. Kami singgah ke kedai souvenir.. Duk sini suka betul saya kumpul fridge magnet.



Saya sertakan sekali video yang sempat saya rakam :




Video 1 : Lagu pink panther *sila abaikan suara saya yang duk bebel tu*






Video 2 : lagu apa dah lupa. Yang ni suara saya tak bebel dah..



Bila kami berdua melayan fountain show ni..rasa di tempat romantik je. Ekekek



p.s: mata sy waktu matahari panas terik sangat menyakitkan. tu yang begaya dengan spec hitam tu..*bergaya gitu*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

deena farhana said...

salam iza..

aduhai..best je see pic2 ni..rasa gi holiday dgn iza lak..hehe..klaka watch vdeo ptama tu..iza kate duk bebel je...kak suke je dgr iza bebel..sore comel je..hehee

Chik Na said...

aikkk..kita komplen dia marah kita balik.. kadang mat salleh ni bila tgk org islam, dorang layan acuh tak acuh je..

Unknown said...

Fullamakkk....dasat woo..best woo..
klo ada peluang,saya pun nak gi la..hehe
Latest post:Org tanya,saya jawab..nak tanya?

Wasatiah Gurlzz said...

Salam...

Izza, buku Natrah yg sya bc tuh, sya baru beli dari Ipoh...n kebetulan sya ada tempah buku yg sma kat Koperasi Mahasiswa USM, bulan lps, tp sya lupa yg sya ada tempah...if ada lg buku tuh utk sya, nnti sya hadiahkan utk Izza eik...nnti sya kompem kan balik ngan Izza nnti...

Nurul Izza said...

kakdeena: salam akak, apelak sore comey..sore bebel..hehe

chik na: kadang2 sbb ISlam pun mcm tu.adakalanya diorg xkisah..

iqbalsyarie: dasat? tmpt maksiat.ekekeke

hidayah: salam hidayah, ok..saya mmg nak baca

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan