RSS

Tada.. spring break~~(part 1)

Bismillahirahmanirahim..



Alhamdulillah, selamat tiba di rumah tepat jam 8 malam. Sebenarnya minggu ni 'spring break' UNL. Kami bercadang untuk bercuti ke New York, sambil ke konsulat Malaysia untuk pendaftaran warganegara Iman. Dari Lincoln ke New York mengambil masa lebih kurang 23 jam memandu. Tapi disebabkan kami akan turun bawah ke Kansas, Oklahoma, terus ke Arkansas, KEntucky, West Virginia, Washinton DC dan NEw York, perjalanan akan lebih panjang dari yang sebenar.

Minggu lepas, abgfiz memang banyak sangat assignment yang perlu disiapkan, tambah lagi selepas cuti dia akan menjalani 2 peperiksaan. Jadi, dengan hati terbuka, saya cancelkan cuti-cuti kami . Tapi, abgfiz nak jugak jalan-jalan walaupun sekejap. Jadi kami buat keputusan kami ke Kansas dan Oklahoma je. Lagipun kami ada 2-3 tahun lagi insyaAllah.

Kami bertolak jam 9 pagi, perjalanan kami ke Kansas dan Oklahoma sebenarnya lebih kepada nak melawat student Malaysia. Ada kawan baik abgfiz tinggal dan belajar di Manhattan, Kansas. Oklahoma pula, ada pensyarah saya di USM sedang menjalani sabatikal pasal palm oil.



Perjalanan bermula pada pagi Sabtu ke Manhattan, hanya mengambil masa 2 1/2 jam sahaja memandangkan Manhattan bersempadan dengam Nebraska. Walaupun perjalanan sangat mem'boring'kan dek laluan hanya terdapat ladang gandum dan jagung sahaja namun, ianya menyeronokan. Kami tiba di rumah Nik Izham (kwn abgfiz) pada jam 12 tgh. Kami dihidangkan dengan nasi ayam + budu. Tapi tak jamah pula budu..huhuhu.




Jam 2 petang kami ke Wichita, untuk ke Cowboy Town. Sejarahnya terdapat disini. Malas pula nak cerita. (boleh tak???) Kami tiba di Wichita dalam 430- 5 pm. Jadi segala museum memang dah tutup. Nampaknya memang bukan rezeki kami. Kami hanya sempat bergambar di depan WIchita Art Museum dan tugu peringatan Red Indian. Haha.. malas lagi nak cerita. . Petang itu, cuaca nice, tapi anginya masyaALlah.. sejuk.... tangan merah-merah. Ish, terukla sejuk tu.. Jadi kami cepat-cepat je bergambar.




Tugu peringatan??


Plan untuk makan malam, kami ingin ke Asian Garden (zabihah halal) untuk menikmati makanan Thai yang sedap lagi halal tapi apokan dayo.. tibanya kami ke Asian Garden, restorannya tutup, tak pasti tutup sementara atau selamanya. Tapi nampaknya selamanya. Huhuhu...



Nasib baik Handfon canggih Nik boleh access internet, jadi kami ke zabihah.com, cari halal restoran di Wichita. Alhamdulillah rezeki kami, kami ke Dashi Curry, Indian Cuisine. Tapi saya percaya, pemiliknya orang Bangladesh atau Pakistan sebab loghat yang digunakan bahasa urdhu (bangladesh urdhu ke??) Kami menikmati Chicken Tikka (syahida's food- nik's wife) , beriyani rice (abgfiz dan nik) vegetables samosa, Garlic naan (saya dan syahida)- ni sangat-sangat best. Roti dia lembut sangat.... last but not least Mutton curry (lupa dah dalam menu apa. tapi memang kari kambing.. sedap!!!)Harga pun tidakla mahal.. jumlah semua tak sampai pun 50USD, Murah kan??

Kami pulang dalam jam 9 malam, perjalanan Wichita - Manhattan mengambil masa 2 jam. Sampai kat rumah, saya terus 'pengsan'.. Almaklum la.. saya memang sennag tidur, masuk kereta, lena... buka mata dah sampai destinasi. Nge~~~


Makanan kami..best!!!








Depan museum red indian??


Wichita Art museum, ala museum gambar-gambar je..

Depan pagar KSU

p.s: entry lepas ni pasal di oklahoma. malas pula nak sambung.huhu



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Ummi Hanie said...

salam...

adoi dah komen td tp xsave dan ilang pulok..ni komen skali lagik..:p

bestnyeee dapt jenjalan oversea,iza..iza tgh dok sana,enjoy je dok sana..nanti bile dah balik,jgn menyesal2 dah kann..hehe...maksud akk,bile trkenang balik,jadi suatu kenangan yg manis gituh..bagus laa jln2 pusing satu amerika pown xper..masalahnye sejuk tu je le..dan bawak baby..xpe,tgh mude ni le nak bergasak ..betul x? :)

aLyNnZ said...

ish syoknyer dpt holiday tempat org..sementara ada kt sana lebey baik amik peluang jln2 tempat menarik kan? iman kecik2 dh diperantauan..

ummikhayra said...

bestnya izza dapat jenjalan... nak jugak... :P

nanti letak lagi gambar kat negara orang tuh ek.. tak dpaat pegi, tgk gmbr pun jadila... :D

yatie chomeyl said...

oo jalan2 erk..amik peluan sementara hubby u tgh cuti ;)

Nurul Izza said...

UH: akak..selagi xbalik insyaALlah nk je jalan tp ongkosnya tu xberap nk ada. ngeh2..tp kami mmg amik peluang sbb dh balik belum tentu dpt dtg sini balik kan?

alynnz: tula alin, walaupun bukan serata kami pi tp dpt kenal tmpt org pon dh cukup.bumi Allah ni besar kan??

UK: meh2..jom2..kt pi sama2.haha

iza byk gi university, jd yg tu jela ade gmbr. even sikit dpt gak tgk kan??=)

YC: aah jalan2..tp teringin sgt nok g jepun tapi bilo hau leh sapa sano.huhu

annie said...

bestnye jalan2 za....

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan