RSS

Entry yang malas

Bismillahirahmanirahim

Ini namanya entry malas. Tapi disebabkan banyak permintaan tentang gambar Iman, jadi.. hasilnya.. tadaa... 6 in 1. Wakakak..




2-3 hari ni Iman susah betul nak tidurnya. Masa tidur jam 9 malam setiap hari berubah ke jam 11- 12. Tu pon saya dah lena sekejap baru Iman nak lena. Sebelum Iman lena, dia biasa nenen dulu. Biasa selepas Iman nenen , automatik dia lena. Tapi 2-3 malam lepas... lepas je nenen Iman duk bergelak ketawa, berguling-guling hindustan (kononlaaa). Entah apa yang menggeletek hatinya pun, saya tak faham.

Kelmarin, Iman sedar dalam jam 2 pagi nak nenen. Lepas nenen tu, boleh dia duk gelak-gelak pusing-pusing badan. Agaknya dah tak ngantuk la tu. Dah pusing tu, suka je korek mata dan hidung ummi. Sekejap kepala Iman di sisi saya, sekejap di kaki, sekejap di perut. Sudahnya saya baringkan dia ditepi, dan peluk dia supaya dia tak boleh meniarap hatta merangkak. Akhirnya dia tidur~~ Yesss..
p.s: hish apo kono anok umi neh~~kata ayah..Iman dah besar, mula nak main~!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

lina said...

Iman nak ajak umi main...umi ni nak suruh iman tido plak...hehehhe

aLyNnZ said...

alahai tomeinyer..
syok kan tgk smula pic anak kiter..
terasa sgt mmbahagiakn..

haha..iman skang semakin mmbesar.
asyik nak main jerr xnak tido..
sama la penyakitnyer ngan danish skang tak nak tido asyik nk ajak brgurau..

Nurul Izza said...

lina: kalau ada kt sini bestkan..leh maoin dgn iman :)))

alynnz: tuhla kan..heh dulu ms diorg kecik nak suh diorg bangun nak main, dah besar nk main je kita ualk susah nk wat keje.wahaha..tp seronok je layan diorg ni kan..

p.s: danish tu semangat tol..geram nk cubit pipi die

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan