RSS

Suhaizi Farewell party~

Bismillahirahmanirahim


Surprise!!! Gitula ucapan ketika Suhaizi masuk ke rumah kakNadiah, konon buat kejutan untuknya, farewell party. Dia akan berangkat pulang pada Sabtu ini,..waa entah bila pulak nak jumpa nanti.


Sebenarnya, kami berjanji datang ke UNL, bersama-sama. Tapi disebabkan masalah teknikal dan fizikal, Suhaizi pergi dulu, kami ke sini musim panas 2008, manakala dia tiba waktu musim sejuk 2007/2008.


Rumah lama kami, (yang belah kanan) . Gambar diambil ketika baru sampai.Sejuk je masa ni (padahal suhu belas-belas dah..)



Hari pertama tiba disini, kami menginap di hotel. Masuk hari kedua, kami masuk rumah kami. Cuba bayangkan, di rumah yang serba kosong, tak ada makanan, telefon, internet, sangat susah untuk menghubungi beliau. Kami berdua jalan-jalan ke stesen minyak untuk cuba menghubungi dengan menggunakan telefon awam. Tapi, malangnya, nombor telefon ofisnya, salah. Pula, tak boleh telefon sebab kami hanya masukan syiling 10 sen. YaAllah tension sangat. Nasib baik, presiden NUMSA (Nebraska University Malaysian Students Associate) Xin Rou, datang jumpa kami dan dibawanya ke apartment nya. Disana, kami menumpang menggunakan internet untuk menghubungi Suhaizi.

Di situla bermulanya persahabatan kami dengannya. Diketuai oleh Suhaizi, dan dengan menaiki basikal (kenderaan utama ketika itu) kami menjelajah downtown dan UNL city campus, serta kedai arab dan kedai Indian mencari rempah ratus, dan daging halal . Adeh, saya yang sememangnya lama tak berbasikal, apalagi sakit seluruh badan dek kerana berbasikal. Sudahla Suhaizi kalau berbasikal, laju. Jenuh sungguh saya nak mengejarnya.





Bergambar di UNL city campus




Jejaka Melayu..


Kami..



Bercakap mengenai berbasikal, suatu hari Roz mengajak kami ke plucking strawberi. Saya ingatkan dekat, punyala excited nak ke sana. Rupanya masyaAllah jauh sangat. (bagi saya yang memang jarang bersenam dan berbasikal, memang jauh, hampir 20 Km ke? ish dah lupa dah. ke 40 km?yang pastinya, sangat jauh dan saya sememangnya tertinggal dibelakang.)



Ketika nak ke strawberi farm


Yang pastinya, saya dah serik mengikut mereka berbasikal. Sudahla saya tertinggal dibelakang, pula tu sangat penat. Tapi sebenarnya menyeronokkan. Teringat pula saya, abgfiz pernah ke Walmart bersama Suhaizi dan hanya berbasikal! Perjalanan tanpa saya mengikut mereka mengambil masa 45 minit, kalau saya ikut sekali agaknya sejam pun entah sampai entah tidak. Wakaka.

Kenangan bersama Suhaizi memang tak mungkin lupa sebabnya, banyak susah dan senang kami bersama. Teringat pula saat kami ke kedai bersama-sama, dengan hanya berbasikal, dan hanya membawa beg, kami ke Alps dan Asian Market membeli barang dapur. Beg yang dibawa penuh sekali dengan sayur, susu, telur dan sebagainya. Yang ni memang tak boleh lupa, sehinggakan cashier di Alps menggeleng kepala melihat saya sumbat segala jenis makanan ke dalam beg.

Fall break 2008 juga kami bercuti bersama-sama, ke Mahoney Park, terus kami ke Omaha. Juga ketika summer break, kami jelajah midwest, ke Iowa, ke Illinois (Chicago) dan ke Wisconsin. Haha entry cuti-cuti US tu saya belum habiskan lagi. haha dah basi, nanti saya updatekan sambungan kami itu.

Rujuk, fall break disini, summer vacation kami disini


Paling saya tak boleh lupa, saat saya sakit dan dikejarkan ke hospital, saya dibawa oleh teman saya dari Arab Saudi ke Bryan LGH Medical Center. Saya percaya dia dimarahi oleh suaminya, mungkin kerana keluar tanpa suaminya, bersama lelaki pula tu (abgfiz). Waktu itu, kami hanya ada Suhaizi. Nasib baik ketika itu, kami baru beli kereta. Susah untuk kita meminta pertolongan dari orang, senang kadang bersama-sama, tapi susah bersendirian.

Saya dan abgfiz banyak belajar berdikari ketika berada di US. Sakit pening, apa-apa masalah semua uruskan sendiri, jarang sekali bergantung pada orang lain. Hidup bersama suami isteri di negara orang banyak mengajar saya tentang mengurus kewangan, sakit pening, segala-galanya. Alhamdulillah walaupun susah pada awalnya, kami boleh mengharunginya. Rumah pun sikit-sikit je upgrade.


Ish, tak sempat pula nak ambil gambar makanan.



Family picture.

Sebetulnya, saya dan kaknadiah merancang bersama-sama untuk buat jamuan, kesian pula dia tak ada jamuan perpisahan. Abgfiz terus hantar email ke semua teman baik kami (Hafiz, Sek Yee, Amel, kakNadiah dan Zaki). Kami berbalas email hampir seminggu, memikirkan dan membincangkan apakah makanan yang harus dimasak serta tempat untuk jamuan. Sebenarnya, saya awal-awal malas nak buat rumah kami, sebabnya.. rumah kami kecik (hehe, pemalas punya pasal) barang pulak banyak. Sudahnya, kak Nadiah dengan sukarelanya, menganjurkan jamuan dirumahnya. Menu kami pada malam itu,


Kak Nadiah : Nasi puteh, ayam masak merah, udang masak kunyit (kot, tak pastila pula, yeke eh kakNadiah?), sayur kubis masak lemak putih bersama ikan bilis, Kek carrot

Saya: Daging masak kerutuk, kailan ikan masin, dan saya buat jemput-jemput pisang.

Sek Yee: cheese cake with blueberry (yummy sangat!!)



Kailan ikan masin tu saya tak pernah buat, alhamdulillah saya jumpa pulak ikan masin dikedai asian market. Kailan memang ada kat sini.


Alhamdulillah jamuan tersebut berjaya mengejutkan Suhaizi. Kesian dia kena tipu, kata Zaki printernya rosak ke macam mana, dia minta tolong Suhaizi datang ke rumah baiki. Apa-apapun, insyaAllah jumpa lagi di Malaysia. Kalau kami ke Terengganu, jemput kami ke rumah ye. Nak rasa nasi dagang.



Bon Voyage, kata abgfiz


p.s : Kenangan ni memang tak boleh lupa.. ish teringat pula rumah lama..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 comments:

SAS@Iowa said...

Pertemuan kita di suatu hr,
Menitipkn ukhuwwah yg sejati,
Bersabarlah di ats suratan,
Kutetap pergi jua....

Sedey kn lagu tu? Kalo hafiz n d gang nasyidkn ms farewell tu, sure meleleh suhaizi ..uhuk :(
Apepun buat suhauzi drpd kami di cni, slmt kembali ke tnh air tercinta dan slmt meneruskn perjuangn yg masih belum selesai. :) Keep in touch ok..
Have a safe journey & take k!!!

en_me said...

nostalgia kanns.. ehehe

*salam akak izza tewww, me pinjam tag kamooo.. ohoho

Unknown said...

Jauh perjalanan luas pengalaman nurul izzakan..
bertambah pengalaman lagi dgn adanya Iman tu...
nanti bawa dia basikal sekali lagi..biar hubby pegang Iman dan kome yg kayuh..amacam..hee

ABDUL HAFIZ said...

kenapa la aku nampak ensem, macho, kurus dan bergaya di gambar atas..hahahaha

Kopiah Senget said...

To SAS@Iowa

Thanks so much... Biasa la kan adat belajar ditempat orang.. dah tiba masa untuk pulang. macam tu la.. hehe ada kawan yang pergi ada kawan baru yang datang. Life must go on....

By the way. Thanks to all Malaysian-Nebraskan yg bersusah payah menyediakan masakan kampung yang tidak akan pernah dilupakan. Amatlah sedap sesi makan2 hahahha asal makan takde msalah ;)

Thanks to Zaki/Nadiah sebagai Host, Hafiz/Izza 2nd host dan juga para ibu2 dengan masakan yang sungguh lazat! balik malaysia ingat lagi nih heheheh

sarahfazalul said...

izza,
orang kata, 'jauh perjalanan, luas pengalaman..'

maturity grows with time, iAllah

take care, dear~ (^^,)

Chik Na said...

da lama Chik Na tak kayuh basikal ...

Nida n' Hanafi said...

Wah.. siap berbasikal nampak..hehe... Pasni balik Malaysia boleh naik vespa kat kampung pulak

Nurul Izza said...

SAS@Iowa : hiks..dh tangkap leleh daa..apa2pun suhaizi mmg terharu malam tu.mmg menjadi surprise tu ;)

en_ma: nostalgia..mmg mahal.sila2 jawab tag.

LB: tuhla..nnt dh besou sikit nak bw dia g berbasikal.hahah.nntila mcm ne.sama ada umi dia penat dulu atau iman yg nak jalan terus.

abg: haih, bila nak diet nya.perasan pula machoo ;p

kopiah senget aka suhaizi: ish kami bukan host..tukang masak n makan je.;)kawin jgn lupa jemput even jauh ok

sarah: u too take care ;))

chik na: haha meh chik na kt sesama bersenam yeah!!

maksu: maksu, kami awal2 mmg xde kenderaan lain, basikal je.hehe vespa arwah atuk ada lg ke?

pali said...

salam, bye2 suhaizi,

selamat kembali ke Malaysia dan mengikut jejak langkah nik izham.

:D

MHSS said...

huu..terharu. post ni kira summary spnjng duduk sini ye..best2, tgok gmbr2 lame tu. ;)
Life is like a circle.. abgfiz n kak izza pnah dibantu suhaizi, n skrg bantu plak syfiq nie..lepas ni insyaAllah syfiq tolong org lain plak. :)
anak perantau mcm tu la adat nye kan..he.

oh ye..trima kasih juge mnyediakn mknn sedap2..best.hehe.. asyik dtg mkn je..nak jadi bujang je la mcm ni..syok.hihikk~

ummikhayra said...

Duduk kat tempat orang ni, memang banyak cabaran kan? time ni la kita kene bersatu dan bekerjasama sesama orang yang merantau... :)

p/s: tgk macam seronok je.. bila la ada peluang nih? :D

Ummi Salsabila said...

oo.dia da bis study ek? anyway,mmg suka tgk u all wat jamuan.sgt yummy, meriah & teamwork gitu..hehe.

tinngal merantau mmg salaing bantu2 & kerjasama kan.bak satu family la katakan.

Nurul Izza said...

pali: salam..insyaAllah nnti kita dijemputla tu ;p

MHSS: aah summary yang sebenarnya byk lg tapi tak terrakam pula kt minda ms tulis ni. memang dengan dia la byk harungi suka duka, plus kitorg memang dekat je dengan umah dia (umah lama)

haih, xleh jd ni.nnt nk request la dengan kaknadiah, suh para laki serta bapak2 yang masak utk jamu kepada isteri n kaum ibu ;)

UK: aah cabaran sangat nak2 time sakit pening.time susah..apa2pun dgn sape lg nak minta tlg kan, kalau bukan negara sendiri

p.s: meh sini, iza bw jenjalan..;))

US: aah dia dh hbs master.phd nanti mgkn smbg tempat lain.

mentang2 dah ade bby, asyik ingt makan je ye ummi (aufa cakap ni.. nge~~~)

SyedaFauzi said...

baru je jumpa suhaizi kat perjumpaan dgn TNC semalam... we did mention u guys n nad's name... =) baru kenal dia, tak tau lak dia dh kenal saya dulu kat fb...heheh

camana iman? sihat?

Kopiah Senget said...

Ha kak syeda... Jumpa pun blog depa nih haha
depa ni la yg kak syeda mention tu

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan