RSS

Si Tanggang Alaf Kini??

Bismillahirahmanirahim


Saya terkesan apabila membaca entry Dr Faridah tentang Si tanggang alaf baru, sayu hati mengenangkan sikap si anak sanggup membiarkan ibu dan ayah masing-masing di tempatkan di rumah orang-orang tua, rumah kebajikan, ada yang lebih menyayatkan hati, dihalaunya orang tua dari rumah. Tak sedarkan mereka, tanpa ibu dan ayah, dia tiada di dunia?


Saya teringat pula kisah di website mana saya dah lupa, waktu itu saya mencari 'petua untuk memudahkan bersalin' bilamana waktu itu sudah 41 minggu tapi, masih tiada tanda-tanda Iman mau keluar.


Kisahnya menceritakan si anak membawa si ibu dan si isteri ke Mekah, si anak pula memang mengikut je kemahuan si isteri, si isteri pula, agaknya cemburu pada kasih si anak, memang tak suka pada mertuanya. Dipendekkan cerita, suatu hari, si ibu menyusuh si anak membelikan sejadah untuk dibawa pulang ke Malaysia, bila si anak baru nak melangkah pergi, si isteri pula marah-marah, katanya (seingat saya..)


" Abang ni, kalau dengan mak ikut je kata mak, tapi kalau saya, susah sungguh abang nak ikut. Dah tu, mak memang suka susahkan kita"


Lantas si anak terbantut untuk keluar, si ibu pula merayu supaya anak tolong belikan padanya. Kata ibu,


" Mak tak larat dah nak turun ke bawah, tolonglah mak. Kau ni, kalau dengan bini, ikut sangat katanya hinggakan mak ni kau tolak ke tepi."


Bila si anak dah tertekan dengan sikap si isteri dan si ibu, kata si anak


" Mak diam la, mak ni memang suka menyusahkan saya" (dialog ni saya tak pasti tapi gitulah kata-kata anak ni)


Terus si ibu dengan hancur luluh hatinya menangis tersedu-sedu..katanya :


" Sanggup kau buat begini pada mak, aku tangtang kau dengan penuh kasih sayang, tapi begini rupanya balasan kau terhadap mak hanya kerana sayang pada isteri. Aku tak HALALkan air susu yang mengalir dalam tubuh kau.."


Terus si anak rebah di situ, memang tak dapat bangun dan berjalan. Tapi si isterinya pula mencebik-cebik mulut pada ibu tadi. Masihkan si menantu tu tak mengerti akibat perbuatan dia dan si suami?


Setelah itu, memang setiap jemaah mengetahui kisah itu meminta si ibu memaafkan anaknya, lantaran anaknya tidak dapat meneruskan lagi ibadah haji kerana keuzuran nya. Sehingga kini, anaknya masih sakit dan agaknya dah meninggal. Saya pun tak pasti.. Menangis saya baca kisah ni.


Cuba bayangkan, ibu mengandung, susah tau. 4-5 bulan pertama muntah, sakit
perit perutnya, kurang berselera pada makannya. Masuk ke 6-7 bulan dengan membawa perut seberat 4 kg ke sana ke mari, dengan pergerakan yang payah, disulami dengan sakit-sakit sendi, dan urat. Pula, saat bersalin, berlawan dengan maut hanya untuk bersalinkan si anak, sudah tu ditangtang dengan penuh kasih sayang, sanggup berkorban segala-gala untuk anak tersayang... beginikah nasib ibu setelah si anak mempunyai segala-galanya?


Sedih saya mengenangkan sikap segelintir masyarakat kita terutama.. Doa saya agar saya sentiasa ditetapkan hati agar mencintai ibu dan ayah saya, agar saya tetap mentaati mereka, juga agar saya tidak berlaku zalim pada mereka. Begitu juga pada mertua, semoga saya berbakti pada mereka seperti saya berbakti pada ibu bapa saya sendiri. Semoga suami yang dikurniakan Allah ni, sentiasa menegur salah dan silap saya.









Harus diingat, setiap perbuatan kita pada ibu dan ayah serta mertua... akan dibalas dengan sikap anak kepada kita nanti. Moga-moga anak-anak saya nanti dikurniakan suami yang soleh taat pada Allah agar.. boleh membimbing mereka..Amiiin..



p/s: kisah di atas benar-benar terjadi tapi sungguh saya dah lupa link website, dan dialog2 nya. Tapi dialognya seakan yang di atas. Sungguh saya dah lupa. Maafkan saya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

yatie chomeyl said...

mitok2 la anaok2 kito x jadi si tanggang gini

Chik Na said...

Chik Na pun doakan agar chik na sentiasa ditetapkan hati agar menyayangi mama dan mak tanpa berbelah bagi (baba & ayah dah meninggalkan). Chik na pun believe kalau kita tak berbuat baik pada org tua nanti sok-sok anak kita pulak buat begitu kat kita

aNiS tHe BumbleBee said...

semoga kita semua menjadi anak yg mengenang kedua ibu bapa...amin...

Ummi Hanie said...

mmg ada isteri yg cemburu bile sang suami sgt menyayangi ibubapanya..mungkin dia takut disisihkan atau..just being selfish ? semoga Allah jauhkan kita dari sifat ini..

ya Allah,jadikanlah anak2 kami soleh/ah belaka..

Ummu Ammar said...

Izza,,

Ramai sungguh Tanggang moden sekarang kan? Antara tanda-tanda kecil kiamat ialah - anak2 derhaka pada ibubapa..mg jadi iktigar buat kita..

Nurul Izza said...

YC: amiiinnn

Chik na: iza pon sama..kalau kita buat gini kt org tua, mcm tu jugala anak kita buat kita..'what u give, u get back'

kak anis: amiin

UH: amiiiiiiin

UA: akak, memang ramai pon..moga2 kita bukan tergolong dikalangan tu..amiiin takutnyaaaaa

aLyNnZ said...

iman lahir 4.1 kg kerr?
deliver normal?
no wonder larr sampai skrg pun dia still semangat lagii..

tersentuh hati bc n3 nie..ibu n bapa mertua sama tarafnyer dgn ibu n ayah sendiri..

Nurul Izza said...

kak alynnz:ish tak.. iman lahir 3.5 kg.deliver normal..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan