RSS

Macam-macam perangai..

Bismillahirahmanirahim


Cuba bayangkan kalau diri sendiri berada di dalam situasi berikut :


Situasi pertama :


Anda bersama seorang teman seagama akan menduduki peperiksaan keesokan harinya.


Teman : Oh, tomorrow exam! I should pray subuh before go to hall.

Anda : (dalam hati). selama duk berdiskusi satu hari bersama-sama, hanya aku yang solat. mamat ni tak solat ke? sama ada zohor atau asar. Nak exam baru nak solat ke?


Situasi kedua:


Anda ke kedai bersama teman seagama anda, dan anda terkejut kerana teman seagama anda membeli daging yang tidak disembelih (tidak halal).

Teman :Islam ni mudah, kalau kita berada di luar negara yang rata-rata bukan Islam, baca Bismillah insyaAllah semuanya halal.

Anda: Pada pengetahuan saya yang ke kelas belajar bersama ustazah, kalau binatang itu tidak disembelih dengan niat kerana Allah, kira kita makan makanan tidak halal.


Saya bukanlah seorang yang dari sekolah agama, juga bukanlah seorang ustazah apatah lagi seorang ulamak, cuma saya agak kesal dengan segelintir sikap orang ISlam zaman sekarang. Kedua-dua teman tadi daripada negara Islam dan kebanyakn dari bumi para anbiya'.


Di Lincoln, bukanlah susah untuk mencari makanan halal zabiha tidak seperti berada di hutan rimba dan kutub selatan. Kat sini ada 4 kedai arab yang menjual daging halal zabiha, dan semuanya dekat. Kalaula susah nak jumpa makanan halal yang perlu memandu berjam-jam dari tempat tinggal, dibolehkan kita makan makanan kosher terutamanya. Tapi kebanyakn kenalan saya dari Arab utamanya, mereka beli makanan daging lembu dan ayam di kedai-kedai biasa. Menurut mereka, ianya dibolehkan dalam Islam.


Firman Allah dari surah an-nahl ayat 115;


" sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi, dan haiwan yang tidak disembelih dengan menyebut selain Allah,tetapi barangsiapa terpaksa memakan bukan kerana inginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka suungguh Allah Maha Pengampun lg Maha Penyayang "


Situasi pertama pula, dah terang lagi bersuluh teman itu tidak solat. Nak exam baru nk sujud sembah Allah. Macam mana Allah tak murka? Bencana yang menimpa kita sememangnya harus dilihat dengan mata hati, apakah itu 'warning sign' dari Allah?


Betulkan saya jika saya salah. Cuma berkongsi apa yang tahu dan belajar dari kelas pendidikan Islam.. wallahua'lamm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

Anonymous said...

betul tu...

Chik Na said...

suami pernah bercerita masa dia bekerja di one of negara middle east.. bagi "depa" islam tu senang.. buat salah ( which depa tau benda tu terang-terang salah)then lepas tuh sembahyang mintak ampun ...

harapnya situasi diatas dan apa yg izza tulis .. tidak berlaku dikalangan kita..insyaallah

Nadiah Sidek said...

situasi pertama tu akk tak pernh la jumpa lg tp yg ke-2 tu septtnya kena beli yg halal sbb mmg dh ada daging halal. setakat yg akk tahu cmtu la..

Unknown said...

Pegangan fahaman orang muda..kira mudah sahaja..pakai lojik akal..
Boleh sesat lagi menyesatkan..
Semoga yg keroh kembali jernih..nanti kalau hati dah hitam dik makanan haram payah jadinya..

Nida n' Hanafi said...

Ni ler akibatnya kalau singkat fikiran.. nak amik mudah je...

Sharini aka Ummi Khayra said...

Islam tu memang mudah tp bukan la sampai menghalalkan yang haram dengan senang-senang je.. :) Situasi ke-2 tu penah jumpa.. di kalangan kita pun ada yang macam tu.. :(

Mommy Harith Hannah said...

Dulu pernah terdengar yang Pak2 Arab (termasuklah Mak2, Cik2 etc) nie, once diorang keluar jerr dari tanah Arab, diorang dah tak perlu follow all Islamic rule. Betul ker tak, wallahu'alam.

But, one thing for sure, masa kami study di Japan dulu, mmg kawan2 Arab selamba jerr makan dekat kedai daging salai (yakiniku). Even diorang mkn beef, terang2 lah tak disembelih, dan kedai yg sama juga menyediakan bab*. Tue tak masuk kes yg selamba teguk arak lagi. Kata diroang, takpe kalau buat kat negara lain, xleh buat kat tpt sendiri jerr (tanah Arab). Hmm...

Nurul Izza said...

miloicekaw1119 : betul kan?

Chikna: pelik2 la org arab ni

kaknadiah: situasi pertama tu sebenarnya abgfiz dan kawan2 nya..mmg org tu xsolat.bukan sekali dua buat discussion group, byk kali..tp abgfiz je duk solat.

LB: tula,,,...makanan tu darah daging.bukan alasan xde makanan halal..ada berlambak..

maksu: tp kebanyakn arab mmg gini (kat sinilaa)

kaknini: so far iza jumpa kt sini je..situasi kedua tu..kat usm xpula jumpa

kakarnie: tapi yg statement akak 1st tu mmg bbetulla, kata kwn abgfiz tu kat mesir diorg makan halal, dah keluar dr mesir xpe makan haram pon. pelik sungguh iza.kita ni usaha cari yg halal..

Ummikhayra said...

eh.. izza.. silap2.. hahaha bukan situasi kedua yang penah jumpa.. situasi pertama.. Hehheheh akak mix up time tulis tu ha... :P

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan