RSS

Graduate study in U.S..

Banyak persoalan ditanya bila study kat US ni. Persoalan sama dan sentiasa ditanya pada diriku..best ke study dan dok US?? Kenapa tak start research lagi?? Dah banyak tempat ke jalan??..lamanya duk kat US.. kenapa sampai 4-5 tahun nak buat Phd di US?? Tak boleh ke wat proposal terus buat research??...dan banyak lagi..

Persoalan ini kadang- kadang malas aku nak layan..kenapa? Entahla..

Bagi meraka yang hendak tahu bagaimana system pendidikan “POST-GRADUATE” di US terutama bagi Phd . Di sini mengamalkan sistem “coursework” dan “research”.. Tak sama seperti system Phd di Malaysia (a.k.a British system). Di Malaysia, yang penting “research proposal” telah direstui oleh supervisor. Setelah direstui, boleh la terus buat kerja-kerja penyelidikan. Berdasarkan pengalaman semasa master dulu, tidak semua kerja penyelidikan berjalan dgn baik berdasarkan “research proposal” yang kita buat. Kadang-kadang kena la ubah suai juga. Apa yang penting, kita disiplinkan diri buat “research”. Kalau malas..jawabnyer..lambat la siap.

Berbalik pada “graduate” studies di US. Di peringkat dua tahun pertama disini, kena pergi kelas (courses)..sama seperti “undergraduate student”.Pergi kelas, balik kelas, ulangkaji , quiz, assignment, exam dll..Tapi apa yang bezanya untuk “ graduate student” semua “courses” kena dapat B dan ke atas..Tak boleh kurang . Di UNL ini rata2 “B” adalah 83%. Kalau dapat B-, jawabnya tak perolehi kredit untuk subjek tersebut dan perlu ambil semula subjek tersebut.

Pada semester pertama, akan dibentuk satu “JAWATANKUASA” yang di panggil “GRADUATE COMITEE”. Graduate comitee akan menetapkan “courses” yang perlu di ambil. Seperti saya disini, harus menghabiskan 54 daripada 90 ‘credit hours’, courses sahaje. Yang baki adalah "research" kompenen seperti thesis, seminar, dll. Sebab tu selepas 2-3 tahun baru habis semua “courses”.. Setelah itu, baru ada masa nak fokus betul2 ‘reseach’.. Berbalik pada “courses” tadi, courses yang perlu diambil bergantung pada research kita nak buat. Jadi, courses banyak membantu untuk kita memahami sesuatu perkara kita nak buat dlm ‘research’ kita nanti. Katakan kita nak buat berkaitan ‘insect molecular genetic’. Jadi kebanyakan “courses” kita berkaitan genetic..e.g (subjek gene expression, biochemistry.molecular dll..)

Biasanya di tahun kedua akan diadakan “second graduate comitee meeting”. Semasa ‘meeting” tersebut, prestasi kita akan dinilai dan waktu ini “research proposal” kita akan di review oleh “graduate comitee”. Kalau mereka O.K, Alhamdulillah tapi jika tak kena tukar atau edit dan sebagainya. Kalau mereka setuju, jadi boleh la mulakan kerja2 penyelidikan disamping pergi ke kelas.

Selepas, semua ‘courses” telah berjaya kita habiskan dengan cemerlang (Grade B dan ke atas). Biasanya dalam tahun ke-3. Kita harus mengambil satu exam sangat penting yang di panggil “COMPREHENSIVE EXAM” . Sesetengah tempat panggil “QUALIFYING EXAM”. Exam ini sangat penting untuk lulus. Exam ini merangkumi “oral exam” dan “written exam”. Untuk oral exam kita akan ditanya secara lisan berkaitan “courses” kita. Soalan2 berdasarkan “courses” yang kita telah ambil. Written exam pun sama. Jadi sangat penting kita memahami dan mengingati betul2 semua ilmu (courses) yang telah kita pelajari sebelum ini. Semua ini akan ditanya semasa “comprehensive exam”. Kalau gagal, rasaya dibuang kalau tidak silap.
Selepas berjaya menduduki “comprehensive exam” kita kan naik pangkat dari ..Phd student ke Phd candidate (calon Phd).. Phew..penat juga tu nak sampai ke situ.. Jadi selepas hbs comprehensive exam boleh la nak rilek2 sikit..Tp..research kena la jalan seperti biasa..Akhir sekali baru la “Final Defense” atau orang panggil “viva" selepas tamat segala research dan berjaya memperolehi data2 yang dikehendaki dan dimasukan dalam thesis.

Berbalik kepada yang bertanya dah habis ke jalan-jalan US? Kami disini, memang tak sempat nak berjalan, apatah lagi nak bershopingan. Setiap semester hanya menumpukan kepada exam, quiz, assignment, take home exam dan sebagainya. Hanya spring break, summer, fall break dan winter break sahaja kalau sempat untuk berjalan-jalan. Memang disini betul- betul tumpukan kepada “courses”. Di sini, masa begitu berharga.


Harap entry ini dapat menjawab soalan2 yang diajukan dr teman2, sanak saudara di Malaysia, dan sesiapa yang bertanya. Ramai yang merungut..”susahnyer belajar disini”..hmm..memang susah sebenarnya..Tp ilmu itu yang penting.. Kena belajar dgn konsistan..InsyaAllah semuanya dipermudahkan..Ada kalanya rasa penat sangat..tension..stress..itu la adat belajar..Ya Allah kuatkan semangat aku untuk teruskan belajar..amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 comments:

AMY SENSEI said...

salam,
dari penerangan hafiz, mmg susah gak la belajar di US ni ye...naik seram pulak. Kat Jepun ni saya buat courses ngan research jugak tapi nak kata susah pun tak senang pun tak. Cuma displin lebih dititikberatkan di sini, kena ikut apa yang SV nak kalau tak mmg dia boleh fail'kan kita, takde bodek2 punya biasalah jepun kan kamikaze sket..hehe

maryam izza said...

oh macam tu system kat sana... though nya... apepun insyaAllah berjaya semuanya Amin ;)

pali said...

Apis doakan aku juga bersama2.. walaupun aku buat MSC tapi 1s sem dah kena tibai buat research. Tabahkan hati2 kami ya Allah!

izah said...

bangga anak malaysia mampu utk belajar di sana..saya tau saya tak mampu berada di sana..pernah bercita2 nak lanjutkan ke US..tp setelah tau sistem nya begitu..sy pun dah ukur baju di badan sendiri..sy bukanlah insan terpilih seperti saudara..syabas dan tahniah!

pali said...

@ izah ( dengan izin apiz suami isteri),

kami disini juga tidak pernah mengimpikan akan berada disini. Cita cita itu perlu, tak perlu ukur badan sendiri untuk hijrah dan lebih maju ke depan.

Hijrah itu baik, menuntut ilmu itu tambahlah baik. Menjadi kewajipab kepada sesiapa lelaki mahupun wanita.

Adakah kita sangka kita sudah "beriman" tanpa perlu diuji? Cabaran itu mesti, dan darinya kita belajar sebagai backside mirror dihari muka.

Teruskan tersenyum dan berusaha, buat semua,

"Cita-cita itu tidak terlalu tinggi"

ps: apa aku merepek ni? hahaha.

Nazmi said...

Salam..Abg Haffis

Memang susah betul nampaknya dari apa yang telah abg Haffis terangkan tu.

Moga tuhan memberi pertolongan kepada kita semua utk menghabiskan pengajian kita. Amin..

ABDUL HAFIZ said...

Pali:Kita doa sama2 kita berjaya.Aku bersetuju dgn apa ko ckp.Tidak ada sesutau perkara itu yg mudah. Bak orang kata, kita belajar merangkak dulu sebelum berlari. Hijrah utk perubahan.

Apa2 pun g.luck kepada semua ye.Tak kira belajar dimana sekali pun.Kita anggap belajar ini satu perjuangan..kita tak pergi berperang dgn org kafir di lapangan.Tetapi kita berperang (berjihad) dlm menuntut ilmu...

Lady said...

:D mesti dah ramai sangat yang tanya soalan2 macam tu..phew~ mana laaa ada jalan pintas kalau nak berjaya. sekali baca entry ko nih, aku rasa macam dah boleh jawab SEMUA persoalan-persoalan orang.. hehe.

Anyhow, all the best ye kat sana.. Even aku tak kesampaian nak finish my masters and stuff, i feel good to see my frens success~

NURUL IZZA said...

kak wan: iza tlg jwb utk abgfiz..sebab ape kak wan..org rmi xtau sistem kat US..kak wan kan byk dok dgr prof abu duk membebl ms kat lab..hihihi..

tapi serius..abgfiz rindukan zaman undergarad mastr dulu..sini xsmpt nak berenjoy.byk stressss

pali said...

apiz,

nanti kalau zaki semua ada kat sana, ada rezeki aku gi ziarah korang.

nak tengok babies~!

lepas tu nak ajar depa panggil

UNCLE PALI

wakakakaka~!

NURUL IZZA said...

pali.. tlg jwb bg pihak abgfiz..
mehla sini..kami mengalu2kan kedatangan korg sume..kalau bz time summer dtg winter..hahah sejuk sgt..

ABDUL HAFIZ said...

dtg jgn xdtg bro..

Unknown said...

Cayok Hafiz...Pak Nep doakan untuk Hafiz dan kita semua yg mencari ilmu.

Juga untuk Izza - cuba bayang Abg. Hafiz buat PhD tanpa Izza di sisi. Mau tonggang langgang idup dia. Teruskan memberi sokongan moral (juga buat Mak Usu, isteriku tercinta..heheh)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan