RSS

Selamat Tahun Baru; Maal Hijrah 1430 dan Happy New Year 2009

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan menghirup udara yang segar walaupun kesejukan masih melampau. Tapi alhamdulillah, salji sudah cair (yea..suke sangat). Walaupun salji cair, tapi masih lagi di dalam kesejukan dan kebekuan. Nak keluar fikir 20 kali. Wakaka..teruknya sejuk disini. Alhamdulillah minggu lepas suhu naik sehingga 17 C. Sukenya alhamdulillah, suka sangat walaupun tak sihat.

Selamat tahun baru maal hijrah dan new year 2009. Tiada pengisian dibuat melainkan melayan ketidaksihatan tubuh badan dan melayan tidur. Semalam 1st meeting dengan midwives, katanya berat badanku terlalu kurus, memang semakin hari semakin menurun, dehydrate, memang miserable. Sebetulnya, 2minggu lepas memang tak sihat. Makan dan minum apa pun, mesti keluar balik. Dah cuba berjenis-jenis petua dari mama tapi memang tak menjadi satu pon. Kesian pada abgfiz, setiap hari asyik makan roti je. Nasib baik dia pandai cari makan sendiri. Nak harapkan aku masuk dapur, nak berdiri pun tak boleh. Low blood pressure and low hemoglobin. Terukkan??

Kerana terlalu dehydrate, terus aku dihantar ke Saint Elizabeth Regional Medical Center, masukkan 2 botol air (+glucose) dan secucuk Ondansetron ODT (sejenis ubat nausea: If i'm not mistaken). Dan disebabkan terlalu dehydrate, vena pulak tak jumpa. Habis tangan dicucuk untuk mencari vena yang semakin menipis. Alhamdulillah, walaupun susah, jumpa juga akhirnya. Adoi..memang dugaan betol...

Dan kerana ketidaksihatan inilah, kerinduan ku pada mama dan adik-adik bertambah kuat. Kadang-kadang boleh menangis. Ini simptom pregnant ke ape ni.. Dan kerana kerinduan yang keterlaluan itulah, setiap hari aku telefon mama. Haha..walaupun sempat bercakap dengan dia 5 minit pun jadilah. Kadang-kadang duk melayan Cik Ika mengomel. Entah apa yang diceritakan aku mengiakan saja. Maklumlah bersembang dengan kanak-kanak umur 3 tahun. Walau apapun, ianya memang menjadi pengubat hati.

Sebetulnya Selasa lepas, kami menjemput kawan suamiku, Dr Fadh dari Saudi Arabia untuk makan-makan. Kebetulan memang dia dah nak pulang ke Saudi. Nasib baik makanan semua di masak oleh kawan suamiku dari Pakistan, isteri Dr Fadh, Lulu dan anak-anaknya di rumah kami. Sementara Dr Fadh, suamiku makan dirumah Pakistan. Malang sekali, sekeping gambar pun tidak aku ambil kerana tak sempat dan aku memang tak boleh berdiri. Hari itu memang teruk keadaan diri. Banyak pertolongan yang dihulurkan oleh Dr fadh sekeluarga tatkala diri dalam kesusahan. Mungkin itulah hebatnya pertalian Islam. Semoga Allah merahmati dia dan keluarganya. ameen..

Apa-apapun sebenarnya, dugaan dan ujian ini sebenarnya satu kaffarah. Yakin dengan segala ketentuan Ilahi. Semoga ianya menambahkan iman yang memang menipis. Semoga tahun baru hijrah dan masihi ini, akan menjadikan semalam lebih baik dari kemarin, hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Semoga setiap ujian berada disini, ditabahkan hati, dikuatkan iman. Semoga suamiku lebih kuat dan tabah mengharungi 4 tahun belajar disini. segalanya...amein..amien..amien..


p/s: Semoga bayi yang bakal lahir ini dapat mentakwilkan agama, memahami Islam, menjadi pejuang Islam, menjadi anak dan hamba yang soleh, menjadi penyejuk mata dan hati.ameeen..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

Anonymous said...

za... sian nya awak alahan nya teruk ye? sabar lah ye... akak pun tak tau nak bagi nasihat apa sebab akk pun tak kawen lagi wakaka wink ;)... akk tau lah jugak kalau pregnant memang selalu kan morning sickness... semoga tabah hadapinya.. hafiz kan sentiasa bersama za dan semua orang pun selalu mendokan moga za diberi kesihatan yg baik dan selamat semuanya insyaAllah... ape pun selamat tahun baru hijrah dan masihi, semoga tahun ini lebih baik dr sebelumnya Amin... take care ya

Anonymous said...

Congratulation, Cik Izza...Hope ur coming baby will be anak yg solih n solihah,sihat n cerdik aso cute..Hope Cik Izza dapat mengharungi morning sickness ni dengan sabar...beshnye da nak jd ummi or mama or ibu...heheh

Anonymous said...

salam za...kak ija ada berita baik nak bagitau ni, petang tadi kak nadiah bagitau pada akk, dia selamat melahirkan seorang puteri sulung 02 jan 09 pukul 2.23 minit petang,beratnya pulak 2.41 kg hehe...nama jer akk tak tau lagi, insyaAllah tak lama lagi za pulak... semuanya didoakan selamat Amin... salam sayang nun jauh dari Malaysia muah !!!

Anonymous said...

kak eja: thanks 4 the touching words..oh ya ke..za tau awal bulan ni..tapi xtau plak bila due nye..alhamdulillah..insyaAllah jumpa kak nadiah nanti disini..

cik qiss:uih..lamanye cik qiss cuti..hoho..alhamdulillah..masih dberi peluang utk mengecapi nikmat pemberianNya..mg manjadi soleh n solehah..ameen

Anonymous said...

kak eja: thanks 4 the touching words..oh ya ke..za tau awal bulan ni..tapi xtau plak bila due nye..alhamdulillah..insyaAllah jumpa kak nadiah nanti disini..

cik qiss:uih..lamanye cik qiss cuti..hoho..alhamdulillah..masih dberi peluang utk mengecapi nikmat pemberianNya..mg manjadi soleh n solehah..ameen

Anonymous said...

zaki pun sambung nebraska yer? anak kak nadiah namanya Wan Safiyyah bt Wan Zaki hehe

Anonymous said...

kak eja: insyaAllah kalu xde pape dia ke sini nanti.xtaula kalau xjd.tp application dia dh smpi kt department.muka anak dia macam kak nadiah..hehe

Anonymous said...

dah tengok gambaq dia ker ? mesti cumel kan

Anonymous said...

wah za..sabarlah..ade la hikmah tu..doakan utk k.lat jugak..moga tabah hadapi dugaanNYA..amin..take care

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan