RSS

Winter :>> Part 2

video

Atas permintaan semua orang, Kak EJa, Hakim, Dik Nor, Kakiza rakam shower snow. Sebenarnya tak lebat lagi. Dah lebat kakiza update. Video dirakam dalam rumah. Malas nak keluar. Ada masa kakiza keluar ya. Nanti kakiza update. Sekarang, abgfiz sibuk sangat. Dah habis final exam nanti, kami keluar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Layan..

Drama bersiri Jepun, berkisahkan penggunaan helikopter sebagai kenderaan untuk emergency case. Betapa maju negara Jepun berbanding kita jauh berbeza. Drama yang menyentuh pelbagai aspek kemasyarakatan, perubatan dan yang paling penting kuasa Tuhan penentu segalanya walaupun sehebat mana doktor tetapi jika telah tersurat kematian, akan pergi jua. Bila layan drama ni, terasa nak ambil Spm balik, jadi doktor. Tapi bila tengok drama ni, terasa kehidupan doktor macam tak hidup. Setiap masa di hospital, agaknya kerana itula kot doktor perempuan ramai membujang. Tapi, bukan senang nak jadi doktor, setiap tindakan akan mengubah nasib seseorang. Layan..



The drama’s full title is “Code Blue: Doctor Heli Kinkyu Kyumei.” The concept is based on Japan’s proposal for an emergency medical service using helicopters to quickly reach those in need. A special bill was passed in June 2007 that should foster widespread adoption of the system. Yamashita stars as a young doctor-in-training, working under the guidance of an experienced “flight doctor” (Toshiro Yanagiba). Some scenes will be filmed with a real helicopter, adding to the show’s tension. Credits: tokyograph

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Custard Raisin Bread Pudding


Roti, susu segar dah nak expired. Jadi inilah hasilnya. Main campak-mencampak dengan kismis, apricot kering, dan segala jenis bahan kek di dapur. Nak buat syrup puding tapi puding dah manis. Sedap di makan pada musim panas bersama aiskrim. Tapi, buat ni pada musim sejuk. So, layan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apple Pie & bakso


Percubaan pertama. Dan request dari abgfiz. Rupa tak cantik. Resepi dari mak Roz tapi modified sikit. Rasanya, TERmanis dan TERmasam tapi crustnya menjadi..Yeah!! =)) Hahaha.. bagi kat abgfiz laju je mengadap... (walaupun tak sedap..)


Hari ini terlebih rajin, untuk makan malam buat bakso. Sejenis makanan dari Indonesia. Sebenarnya dah lama nak buat tapi penyakit malas ditambah dengan kesejukan di dapur terus tertangguh projek bakso ni. Baru hari ni, rajin datang kebetulan suhu tak sejuk sangat jadilah bakso makan malam kami.. Berdasarkan definisi bakso - is meatball which served in a bowl like soup, with noodles, tofu, eggs and fried meat (http://en.wikipedia.org/wiki/meatball)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

International Bazar at Union Hall, UNL


Bertempat di Union Hall, City Campus UNL jam 11 am - 2 pm semalam, terdapat banyak gerai makanan dijual mengikut negara masing-masing. China, Africa, Korea, Rusia, Europe, Thailand, Turki, Arab Saudi, India, Indonesia, Malaysia etc.


Gerai Indonesia menjual Grill Banana, hanya itu yang kami beli dan makan semalam. Gerai lain, sepertinya makanan tidak halal kecuali Gerai Arab. Gerai Malaysia juga terdapat roasted pork.. Maklum sajalah, kebanyakan Chinese.



Ini antara barang yang dijual di gerai Indonesia. Sepertinya barang perhiasan dari sana.


Sempat bergambar bersama Ifa sekeluarga dan rakan dari Indonesia.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thanksgiving Showdown!!


Inilah rancangan yang biasa menemani diri ini hujung minggu. Tapi, tadi khas untuk Thanks Giving. Terdiri dari Iron Chef Bobby Flay, Simon, Masaharu Morimoto, Mario Batali dan Cat Cora (satu-satunya chef wanita), rancangan ini mempunyai 'secret ingredient' tersendiri setiap minggu. Hanya 60 minit masa diberi untuk menyiapkan 5 jenis makanan termasuk dessert dan cocktail (sejenis minuman campuran arak bersama buah).

Untuk Thanks Giving Showdown, dua kumpulan Iron Chef berganding untuk merebut kemenangan, Iron Chef Bobby Flay bersama Iron Chef Simon, VS Iron Chef Morimoto bersama Iron Chef Cat. Secret ingredient - duck, turkey, leek, green onion, lobster, salmon etc. Yang tak tahan tu, itik sekor yang belum dibuang bulu.. hahaha..terkedek-kedek Chef Simon dan Chef Morimoto membuang bulu dan memasak.

Markah dikira berdasarkan taste, originality dan performance. Dari mata ini menilai, performance pasangan Chef Cat lebih aku suka kerana segalanya seperti berada di restoran Jepun. Dengan makanan dihias dengan bunga, ditambah dengan alat-alat pinggan mangkuk dari buluh, sungguh menarik. Tapi mungkin kerana taste pasangan Chef Bobby lebih enak, jadi pasangan Chef Bobby bersama Chef Simon dikira pemenang. Namun perbezaaan markah kedua pasangan tadi hanya sedikit, 1 markah sahaja bezanya.

Diikutkan aku lebih menggemari Chef Bobby Flay, kerana biasanya Chef Bobby menitik beratkan kesihatan dalam menyediakan makanan. Ini dilihat setelah lama menonton rancangan yang dikendali di Food Network. Chef yang lainnya aku tidak pernah pula menonton rancangan mereka selain Iron Chef Amerika.

Yang seronoknya rancangan Iron Chef ni, masing-masing sibuk memasak, berlari-lari, berkejar-kejaran, masa 60 minit memang tak cukup untuk siapkan 5 jenis makanan. Juga makanan itu bukanlah calang-calang makanan. Dengan pelbagai sos lagi.. terfikir oleh aku sebentar tadi.. "kalaulah aku masuk masak nasi kerabu + nasi dagang..agak-agak menang tak.."wakaka..suka hati jek aku ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedap!!!!!!

Ini cheesecake buatan Ifa.. Ya Allah..sedap sangat..enak sih... Ump rasa macam Cheesecake Secret Recipe. Sedap...sedap....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lupe..

Petang jam 630 pm, sedang aku berdinner...teringat hari ni dah mula SPM. Aduh..lupa suda mau menelefon adikku.. Tengok jam laaa.. dah jam 830 pagi..ump dah masuk dewan dah.. Kakak apakah aku ini..terok betol..
Untuk adikku Nurul Sakinah Farhana Abdul Aziz aka adik, ganbatte ikimasss..chayok!!! Semoga berkat bangun pagi dan bebelan mama itu membuahkan hasil yang masak dan ranum.. Ameen ya dik..chayok!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Winter : Part 1

Maghrib jam 512 pm, Subuh jam 554 am.. Oh begitu lama masa malamku di musim sejuk ini.. Antara kesan-kesan musim sejuk..

- Kulit kering
- Kulit sentiasa gatal
- Kulit mengelupas
- Selsema ( yang ini belum kena lagi, minta dijauhkan.. Daku memang susah nak kena selsema, tapi once dah kena susah mau berhenti..seksa badan..)
-Malam makin panjang (tak berapa nak suka kerana aktiviti siang terganggu)
- ni yang paling penting... SENTIASA LAPAR>> tak tahu la pasal ape..asyek lapar je..dan roti satu bundle tu boleh habis dalam masa 1 hari je...ajaib kan..hihi..(bertambah gemukla diriku ini..)
- hah satu lagi, musim sejuk-sejuk ini suka sangat makan SARDIN.. apakah penyebabnya masih tidak diketahui lagi.. Bila dah terbau sardin, masyaAllah perut mesti berkeroncong aka menari dan menyanyi minta diisi.. Bila dah makan..masyaAllah..nikmatnya amatlah......

Itulah antara beberapa perkara pelik berlaku ketika permulaan winter ini..Hukhuk..

p/s: makin beratlah diriku ini, makin chubbylah pipiku ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Winter : >>I'm coming..



Cuaca yang mendung..suasana yang redup..



Udara sejuk membeku..



Pokok yang membotak..




Segalanya membuatkan aku moody..oh..alangkah indah jika autumn kembali pada waktu ini.. Tapi ianya mustahil.. Umph... tidak suka berada dalam suasana mendung ini..=((

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Department Entomology International Dinner

Jumaat malam yang damai tetapi sejuk membeku itu, kami diajak ke majlis makan malam anjuran Department of Entomology UNL yang bertempat di Antelope Park. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim sambil berkenalan dengan pelajar asing di department ini. Setiap yang hadir mesti membawa makanan dan makanan itu mestilah dari negara masing-masing.


Ayam rempah, nasi hujan panas dan kek epal telah aku masak (tak pasti sama ada makanan yang aku masak ini adalah dari masakan Melayu..)..Masalahnya, kereta pula buat hal..dah winter ni kereta pula bermasalah..padahal musim ni lah, kereta amat diperlukan. Jadi, dek kerana kereta kami bermasalah, kami mengambil kata sepakat tidak mahu ke sana, tetapi makanan harus dibawa kerana aku masak dalam kadar yang banyak. Tetapi dengan bantuan Sek Yee (another student from Malaysia) kami sampai juga di sana.



Bersembang dengan advisor suamiku dan pelajar Post Doc dari Beijing, China.


Apalagi yang harus di makan selain makanan masakan ku..kerana kami berdua sahaja Islam. Di pertengahan majlis, sebuah keluarga Islam dari Iraq tiba dengan membawa 'bakhlava' (sejenis dessert dari Arab). Jadi itu sahaja makanan yang harus kami makan.. Oh ya..cheesecake kegemaranku itu juga menjadi santapan kami pada malam itu.

Kami bersama advisor suamiku, Dr Shripat Kamble dan isteri

Tiada pengisian dibuat selain menjamu selera dan menjawab sedikit soalan berkaitan serangga dan pelajar asing. Sempat aku berkenalan dengan anak keluarga Iraq tadi (kerana mak dia tidak fasih berbahasa Inggeris) dan sepasang suami isteri American.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Watch Out


Ketika keluar rumah petang tadi, terlihat olehku squirrel yang sedang menikmati makanan nya di hadapan rumahku ini. Lantas dengan cepat daku berlari naik ke atas rumah mengambil kamera ini. Terus kuhala ke squirrel tadi. Namun, setelah melihat pancaran cahaya kameraku ini, terus dirinya cepat-cepat maju ke atas pokok.. Malu-malu..atau takut-takut??

Pulang dari Walmart, tiba-tiba ternampak squirrel tadi berselindung di atas pokok.. sambil matanya merenung diriku ini. Aku tersenyum sambil melambai..Haha seolah-olah squirrel tadi baby..Haha..comel sekali.. (agaknya jika dilihat orang, nanti dikata aku kurang siuman..)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cantik





Tak ada yang menarik pun..tapi suka sangat suasana gini.. cantik,cantik,cantik.... Tiap hari asyik duk tenung pokok depan rumah..suka.suka..suke..suke sangat.. Subahanallah.. cantik sangat.. Suke..suke..suke..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apple Walnut Cake




Yummy...
Sekejap je dah nak habis....
Tak sempat nak share dengan sape-sape..
Apple Walnut Autumn Cake..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Autumn in my heart





Oh alangkah indahnya daun-daun berguguran itu..


Ditambah dengan keindahan warna daun-daun itu..



Alangkah..indahnya dunia selamanya begini...





Cantik...
Autumn in My heart



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan