RSS

Thanksgiving Showdown!!


Inilah rancangan yang biasa menemani diri ini hujung minggu. Tapi, tadi khas untuk Thanks Giving. Terdiri dari Iron Chef Bobby Flay, Simon, Masaharu Morimoto, Mario Batali dan Cat Cora (satu-satunya chef wanita), rancangan ini mempunyai 'secret ingredient' tersendiri setiap minggu. Hanya 60 minit masa diberi untuk menyiapkan 5 jenis makanan termasuk dessert dan cocktail (sejenis minuman campuran arak bersama buah).

Untuk Thanks Giving Showdown, dua kumpulan Iron Chef berganding untuk merebut kemenangan, Iron Chef Bobby Flay bersama Iron Chef Simon, VS Iron Chef Morimoto bersama Iron Chef Cat. Secret ingredient - duck, turkey, leek, green onion, lobster, salmon etc. Yang tak tahan tu, itik sekor yang belum dibuang bulu.. hahaha..terkedek-kedek Chef Simon dan Chef Morimoto membuang bulu dan memasak.

Markah dikira berdasarkan taste, originality dan performance. Dari mata ini menilai, performance pasangan Chef Cat lebih aku suka kerana segalanya seperti berada di restoran Jepun. Dengan makanan dihias dengan bunga, ditambah dengan alat-alat pinggan mangkuk dari buluh, sungguh menarik. Tapi mungkin kerana taste pasangan Chef Bobby lebih enak, jadi pasangan Chef Bobby bersama Chef Simon dikira pemenang. Namun perbezaaan markah kedua pasangan tadi hanya sedikit, 1 markah sahaja bezanya.

Diikutkan aku lebih menggemari Chef Bobby Flay, kerana biasanya Chef Bobby menitik beratkan kesihatan dalam menyediakan makanan. Ini dilihat setelah lama menonton rancangan yang dikendali di Food Network. Chef yang lainnya aku tidak pernah pula menonton rancangan mereka selain Iron Chef Amerika.

Yang seronoknya rancangan Iron Chef ni, masing-masing sibuk memasak, berlari-lari, berkejar-kejaran, masa 60 minit memang tak cukup untuk siapkan 5 jenis makanan. Juga makanan itu bukanlah calang-calang makanan. Dengan pelbagai sos lagi.. terfikir oleh aku sebentar tadi.. "kalaulah aku masuk masak nasi kerabu + nasi dagang..agak-agak menang tak.."wakaka..suka hati jek aku ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Anonymous said...

konnichi wa!!! eh apa pulak tak leh menang???... ingat senang ke nak masak nasi kerabu nasi dagang dalam masa 60 minit huhu

Anonymous said...

ohayou gozaimasu..
eh..ingt senang ke nk masak nasi kerabu dlm ms 60 minit??wakaka..za masak nasi kerabu pun 2 jam tu pon dgn bantuan adik2..waakak..

Anonymous said...

kimi wo aishitsuzukeru!!!

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan