RSS

Sejuk..


Mengimbau kembali saat tiba dibumi US ini di Los Angelos. Masa tu jam 7 petang tak silap. Keluar je dari flight terus teruja..sejukk je muka..seolah-olah muka diliputi awan. Seronok sangat.. Abgfiz waktu tu sedang mencari-cari pintu masuk untuk ke Minnepolis St Paul. Waktu itu otak ini berputar..memikirkan ajaibnya ciptaan Allah..bayangkan......

Jam 3 petang hari Ahad bertolak dr KLIA - Taipei. Sampai di Taipei dalam jam 8 malam. Jam 9 malam flight bergerak ke LA. Ke LA memakan masa 14 jam. Jadi kalau dikira 9 mlm (+14 jam) sepatutnya sampai di LA jam 11 pagi Isnin. Tapi kami tiba di sana jam 7 petang Ahad.. hebatnya kuasa Allah..bagaimana boleh terjadi perbezaan masa dari Malaysia - US.. Jika dilihat dan difikirkan oleh akal yang tidak seberapa ini, mestilah ada kaitan dengan perubahan latitud dan longitud (yeke..??atau yang sewaktu dengannya- Geografi). Tapi jika dilihat melalui mata hati, hebatnya Allah..bagaimana boleh terjadi beza masa dan cuaca sedangkan kita hidup di muka bumi yang sama..

Berbalik pada pengalaman tadi..sesampainya kami di Lincoln ini, advisor Abgfiz jemput ke hotel untuk menginap setelah penat berjalan..Abgfiz, dek kerana penat berulang alik Kl-Penang dan kekurangan kualiti tidur, sampainya kami di hotel terus lelapkan mata..Sedangkan mataku ini ohoo susah benor nak lelap. Mungkin kerana perbezaan masa dan jetlag..jantung pula asyik berdebar aja..Mungkin kerana kalenjar adrenal memuntahkan hormon..jadi, satu malam mataku asyik merenung di luar tingkap. Sehingga jam 4 pagi, mula mentari menampakkan muka. Wah..subuh jam 430 pg..aduh..
Pagi setelah bersarapan dibilik, kami terus ke ofis family housing UNL -mendaftar dan ambil kunci rumah. Aduh..sejuknya Ya Allah..masa di LA punya seronok, dah kena selsema tak suka pulak..Kami memakai 3 lapis baju..Tapi orang sini dah mula berpakaian ump..ibarat nak pakai tak nak je..suhu pada waktu itu dalam 18-20 degree C. Uish,...sejuk..

Sebulan tinggal disini, musim panas tiba..MasyaAllah..panasnya..panas dan kering..yang seronok, baju semua kering sekejap aja..Yang tidak berapa seronok..panas sangat..Angin pun panas..

Dah mula masuk musim luruh ini, suhu dari panas 28 degree tiba-tiba turun mengejut 10 degree..Mak aiii...sejukkkkk...Angin juga sejuk...Kalau pagi-pagi keluar jemur kain..Subhanallah tangan ni boleh beku dan rasa sakit sangat dek sejuk..Tapi mentari memancar dengan jayanya..Musim yang sangat bagus..sejuk tapi ada mentari jadi kainku kering..(seronok..)..Patutlah waktu mata duk layan drama "Autumn in My Heart" tu..tertanya-tanya pasal apela depa semua pakai baju tebal-tebal tapi matahari memancar je..rupanya musim luruh ni, sejuk tapi matahari ada..

Pokok-pokok pun dah mula botak..kesian je tengok daunnya yang kekuningan seolah tak cukup zat dan galian..Abgfiz dah mula risau..risau serangga dah mula kurang..risau serangga yang dikumpul belum cukup 100 family lagi..moga-moga dapat dikumpul sebelum musim sejuk makin sejuk..

p/s: terasa kerdil berdepan dengan ciptaan Allah, cuaca yang berubah ikut musim.Subhanallah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

Anonymous said...

best ape dapat merantau! hehe tu nasib baik tak macam org dulu2 kene naik kapal jek, lagi la mencabar, sume bergantung harap padaNya. Laut bukannya selalu tenang...

Anonymous said...

bestla..iyalah manusia kan..ade je xkena..sume xkena..duk msia nk mai US nih..semua org jeles sbb mai sini ikut suami..haha jalan..dh mai sini aduhla..sejuk..xtahan..nnt balik msia mst pk..'waa bestnye duk us sejuk..'kan..haha itula manusia..

ABDUL HAFIZ said...

merantau samblil bekajar..dah penuh kelas..xsempat jalan..dgn assignment, exam, kuiz dll,,huhu

muqayankabut said...

Abg Fiz boh la gambr sama, sesuai ngan masa dan tempat penceritaan.

dapatlah pembaca yg xsempat meranta ni nampak.

ABDUL HAFIZ said...

miq:gmbr suasana sejuk tak dpt digmbrkan dengan mata..kena rasa..gmbr opokok semakin botak gmbr kat ats post ni.takat ni pokok xbyk botak..nnt byk botak kami postkan

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan