RSS

Salam Aidilfitri buat semua dari Afizza



Selamat hari raya aidilfitri diucapkan untuk semua. Khas buat ;

Keluarga di Penang :

Mak dan Ayah (Safiah dan Ab Majid) : makan ketupat jangan lupa Hafiz dan Izza di sini. Rindu masakan mak
Adik-adik : Fizah dan Miq, Lina, Hakim dan Adik Nor : makan rendang jangan lupa makan untuk abg satu pinggan..abg fiz rindu adik-adik..

Atuk Yah dan keluarga di Johor : doakan kejayaan Hafiz di sini.

Embah Widod dan Embah Lanang dan keluarga di Tanjung Karang : doakan kesejahteraan Hafiz di sini


Buat keluarga di Kelantan :
Mama dan Papa (Hanuzah dan Abdul Aziz) : Ma, rindu sungguh roti jala ma. Pa, doakan kesejahteraan kami disini. 4 tahun lagi insyaAllah kita beraya bersama.

Along Izzah : balik awal long.. Tolong ma masak.. Hihi..kerana dirimu telah menjadi pensyarah yang disayangi pelajarnya, belikan adikmu ini baju raya. Banyak pasang pun tak pa.. Along, miss u so much..=(

Adik-adik : Ain-jangan terlalu ghairah menonton tv,sebaliknya mahirkan diri dengan kerja dapur. Ejat, Ejo, Adin : makan jangan lupa abg dan kak Ja di sini. Kinah : Study elok-elok untuk Spm. Jangan asyik main jek.

Atuk Mat dan keluarga di Kota Bharu : doakan Hafiz dan Ja di sini.

Mek dan keluarga di Pasir Puteh : Ah rindu sungguh nasi dagang dan ketupat Mek. Doakan kami di sini.

Buat sahabat seperjuangan:

Ahmad Suhaizi Mat Su : Zie, maaf segala salah dan silap. Jemput datang rumah makan lontong.

Nik Mohd Izham Nik Mohd Nor di Kansas, Zarul Zahrin Hashim di Mississippi, Nurul Ain Elias di Texas, Mohd Fadhli di Florida, dan Rauhan Hussin di Scotland : maaf zahir batin. Terima kasih atas segala pertolongan selama ini. Jemput datang ke rumah.

Tak lupa pada pengunjung blog (dari Izza) :

Mohd Faiz di UK, Noor Naziha di Tennesse : Maaf zahir batin. Nor, Mehla Ne..Jauhla Vandy tuh.
Sesacun : Salam aidilfitri dan maaf zahir batin.
Mariam Izza @ Kak Eja : terima kasih kerana setia melawat kami.
Para post graduate PPTI USM : maaf segala salah dan silap Izza ya.. Moga-moga sabar dengan segala research dan tekanan.

Serta sahabat seperjuangan di Malaysia, guru-guru yang telah mendidik dan mengajar, para pensyarah di KMM, Para pensyarah Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Prof Abu Hasan dan Isteri, warga USM Penang,Para ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di seluruh Malaysia, warga USM dan KPT, warga Bayer Co. Malaysia, abg Tam dan keluarga serta yang mengenali diri ini..

Salam aidilfitri dari kami, maaf zahir dan batin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

Anonymous said...

Salam Bro! wah wah special tuh letak nama kawe! hahaha Hurrreeey dpat makan lontong jawa k! Org kampung tak ajak sama ke? hahah

Kalu dah melekat nk makan lontong jek karang kene cari org Jawa gamaknyek! hahahah ape2 pun salah silap sama-sama lar dimaafi zahir dan batin, silap tutur kata tu biasa lah manusia biasa. InsyaAllah aku pg rumah demo! hehe (mcam jauh jek) hehe

ABDUL HAFIZ said...

makan lontongg..nak kena import bahan nak buat ni dr malaysia

rauhunt said...

Hafiz,

Trima kasih ..terharu pulak letak nama saya kat situ ..dari hari ke hari duk tertangguh lagi hajat nk link-kan your blog in mine, sibuk (alasan escapism utk malas)

Anyway ..selamt hari raya kpd korang berdua ..mesti jadi kenangan paling sukar dilupakan ya? Ni 1st raya sbg suami isteri ke?

NURUL IZZA said...

rauhunt:ni 2nd raya..1st raya of course la tahun lepas kan..=)

Anonymous said...

ye sama sama za... nak p nebraska jauh sangat (ongkos pun henggak ada deh hu~)... melawat blog ni aje lah kan hehe... hari ni dah 25 Ramadhan... tak lama je nak Eid.. ape pun jangan sampai kita lupa baki 5 hari terakhir ni... kita pulun bg habis dan lipat gandakan amal ibadah agar Syawal yg mendatang kita lah antara org yang benar benar layak utk maraikannya =)

Anonymous said...

iyalah keja..pulun habis2..mg2 jumpa apa yg kt cr sekama ni kan..dh jumpa jgn lupa doakan za ya..syg kak eja =p

Anonymous said...

selamat hari raya..maaf zahir batin jugeee!!!

Anonymous said...

Ramadhan telah berlalu.. sedih..
Raya di perantauan.. sedeh..
T-T
but not that bad actually,
enjoy it while it last,
selamat hari raya..
mintak maaf zahir dan batin..
huhuhu..
Allahuakbar4X walillahilhamdu..

NURUL IZZA said...

ibnulazim aka mohd faiz :
ramadhan berlalu tersangatlah sedih..terasa begitu jauh dengan Yg Maha MEndengar..semoga tahun depan dipanjangkan umur untuk bertemu lagi bulan yg teramat dirindui..

raya di perantauan : teramat sedih kerna ini kali pertama..ku rindui mama ku..kerna kali ini turn raya kt kelate..ku rindui papaku yg sentiasa bersama untuk solat raya.ku rindui adik-adik,keruihan adik2..kurindui semuanya..=(

Namun,segalanya seperti kenangan yg bisa bergegar di memori saat pulang ke malaysia nanti..enjoy raya here..kerana esok masih belum tentu seperti hari ini..

selamat hari raya
maaf zahir batin

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan