RSS

Nebraska State Fair, Experience it! Celebrating 139 years


Fuh, lama sungguh aku nak mengarang Nebraska State Fair nih. Susah betul nak mengarang. Sungguh tiada idea untuk aku mengarang. Pagi Sabtu yang damai, suamiku tiba-tiba mengajak ke pesta. Katanya nak berjalan merehatkan fikiran setelah berhari-hari mengadap kerja yang sememangnya tidak pernah habis. Agaknya dia kesian pada kebosanan aku berada di rumah. Thank you so much.


Bersama suamiku dan Suhaizi, kami bertolak pada 23 Ogos, jam 4 petang dan tiba di NSF kira-kira dalam 15 minit perjalanan. Setibanya kami di sana, aku lihat begitu banyak kereta maklumlah hari itu hari kedua pembukaan NSF. Dalam fikiranku tertanya-tanya apakah sebenarnya NSF ini.. Rupa-rupanya ianya seperti Pesta Pulau Pinang tetapi lebih kepada pameran dan produk dari Nebraska. Tiket berharga 8 USD per person. Ku kira agak mahal namun, kami tidak melepaskan peluang yang ada. Sememangnya ramai yang datang, mungkin kerana hari itu kebetulan hujung minggu. Oleh itu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk beriadah bersama keluarga. Terdapat banyak permainan berbentuk roller coster dan permainan yang sejenis dengannya. Semuanya membuatkan aku pening.




Kami kembali berjalan-jalan..kemudian ternampak bangunan yang tertera 'Small Animal Pavilion'. Kami masuk dan melihat pelbagai jenis ayam, itik, burung dan angsa. Sebetulnya ianya adalah pameran dan pertandingan (pertandingan apa tak pasti). Seronok melihat ayam dan itik yang tak pernah aku melihat sebelum ini. Suhaizi kulihat asyik mengambil gambar ayam dan itik. Masa tu terfikir, 'agaknya si Suhaizi ni suka ayam kot'..lagaknya seperti tak pernah melihat ayam itik sebelum ini.. (maaf ya Suhaizi, jangan mare..).



Bersebelahan dengan Small animal Pavilion, kami memasuki bangunan mempamerkan produk daripada Nebraska. Semuanya berbentuk makanan seperti sos spageti, madu, produk daripada jagung, t-shirt dan sebagainya. Suhaizi ku lihat membeli sos BBQ yang spicy. Aku teringin membeli madu namun, kami kekurangan cash. Maklumlah US ni mengamalkan sistem debit card. Jadi, cash dalam tangan less than 10 dolar. Nak ke ATM mesin malas pulak nak datang balik. Akhirnya tengok sahaja, tak beli apa pun. Bersebelahan bangunan, terdapat kandang lembu. FUH! lembu semuanya besar-besar dan tanduknya masyaAllah besar. Ish, takut aku melihat. Kang disodoknya aku nanti. Ish, gerun bila memikirkannya. Padahal lembu itu biasa je. Aku aja yang lebih-lebih..


Kami kemudiannya memasuki bangunan Animal Barn, betapa terkejutnya aku tak pernah melihat binatang seakan unta tapi badan seolah-olah kambing. Ke aku aja yang tak pernah lihat? Suamiku memberitahu ianya adalah Lelama, dalam fikiranku mungkin kacukan binatang kerana mukanya seolah unta tapi kakinya macam kambing. Namun, ianya halal untuk kami sentuh dan makan. Aku melihat binatang ini garang dan rasa takut menerjah dalam diri walaupun sebenarnya ia tak ganas. Sesungguhnya, aku seronok ke tempat ini. Tak sia-sia kami ke sini. Menerjah ke bangunan sebelah, terdapat pameran sayuran dan buahan. Masya Allah, hebatnya kuasa Allah, aku lihat pelbagai jenis lada, cucumber, squash, zuchini, parsly, tomato, labu, dan tanaman lain. Yang menjadi kemusykilan, "apa bezanya squash, zuchini, cucumber?" Pada mataku semuanya seperti cucumber. Lada dan tomato pulak bermacam jenis. Penat juga membaca label-label yang sememangnya aku tidak tahu.

Keluarnya dari bangunan tersebut, kami berjalan merentasi pameran yang terdapat di jalanan. terdapat banyak pameran kereta dan jentera askar. Ah, semuanya itu bukan duniaku. Namun ku lihat suamiku dan Suhaizi bersungguh-sungguh melihat kereta dan jentera yang sememangnya dunia lelaki. Kami teruskan berjalan dan melihat ramai orang seolah-olah sedang menantikan sesuatu. Rupa-rupanya terdapat perarakan street show. Perarakan itu berupa jentera yang digunakan untuk pertanian (maklumlah Nebraska is agriculture state) dan yang menariknya jentera - jentera tersebut telah berumur separuh abad dan mungkin ada yang berumur lebih 100 tahun! Tiba-tiba suatu yang mencuri tumpuanku, sekumpulan itik sedang berarak diselangi dengan suara tuannya. Aduh..comel sgt itik-itik yang telah dipakaikan baju masing-masing. Lenggok gayanya mempesonakan. Sungguh seronok..


Niat dihati nak menyambung lagi perjalanan ke ladang lembu, namun kami terpaksa melangkah pulang untuk ke Walmart- membeli barangan dapur. Tambahan pula, asar sudah ke penghujung. Kami bertuah kerana ini adalah kali terakhir Nabraska State Fair berlangsung. Ku dengar, pihak Universiti akan mengambil alih kembali tanah yang digunakan. Sungguh tidak rugi 24 USd melayang (8 dolar X 3 ). Pengalaman ini ku kira tidak mungkin ku lupa. Ya, pengalaman adalah sesuatu yang amat berharga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan