RSS

Dendang perantau....

Pagi semalam aku mendegar radio dari sebuah radio tempatan melalui internet “Hot Fm” sambil menyiapkan tugasan aku. Tiba-tiba radio stesen radio tersebut memutarkan sebuah lagu raya.Dendang perantau..Tersentap hati aku apabila mendengarnya. Teringat pulak Malaysia, kampung halaman, mak ayah, adik-adik ku dan sanak saudara.Sedih pulak rasa dihati kerana akan beraya jauh di perantauan bersama isteri.

Pada malam berikutnya, aku teringat aku ada menyimpan satu folder lagu raya di laptop aku.Habis aku layan lagu raya.Kerja tak siap-siap lagi. Sedihnya.. Moga ayah bonda sentiasa merestui kami di mana kami berada. Makan ketupat rending ingatlah kami di bumi US ini. Anaknda sedang berjihad disini. Semoga ayah bonda dipanjangkan umur dan dimurahkan rezek. Kami mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkan makan minum anaknda ini dari kecil sampai dah besar panjag dan dah kahwin pun..JAUH DIMATA DEKAT DIHATI.

Lagu dibawah..”Ku Pohon Restu Ayah Bonda” aku tujukan buat ayah bonda ku di Pulau Pinang dan mertuaku di Kelantan .


“SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR & BATIN”
daripada kami (hafiz & izza) di perantaun. Lincoln,US..

( ...Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata... )
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu
Kesalahan diri ku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 comments:

NURUL IZZA said...

haih..sedihnye hati...=(

Anonymous said...

to Bro hafiz n Izza! Sabar, life kat perantauan camnih lar... Anggapjek sebagai dugaan dan mungkin kita boleh berfikir bahwa ada lagi orang lain yang lebih lama yang dah tgok n jumpe mak ayah kat kampung. Imam Ghazali pun duk di Mekah selama 10 tahun untuk menuntut ilmu tidak pernah pulang walaupun sekali untuk berjump mak ayah. So kuatkan semangat menempuh hari2 yang berlalu...

NURUL IZZA said...

suhaizi: biasalah raya kali pertama jauh dr org tersayang..thanks 4 ur words =)

muqayankabut said...

terasa sungguh bila dengar lagu raya ni, tp miq doakan semoga setiap perancangan berjalan dengan lancar.

Wallahu mustaa'n

ABDUL HAFIZ said...

Suhaizi & miq:thanks for the advice and suport

Anonymous said...

sabar sabar za dan hafiz... la tahzan innallahha ma'a na...
hai teringin jugak nak rasa dgr lagu raya berada di perantauan hehe ;)

NURUL IZZA said...

all of you : barakallahu fik. =)

NURUL IZZA said...

kak eja: haih nak pulak dgr lagu sedih ni jauh2..ssh kak eja..yg rs br tau.maunya sebak..tp..yela life must go on..sabar jela..tapi kan inipengalaman mahal nih,..ssh nk dpt kalu duk msia..=)

rauhunt said...

Betul tu Izza, susah nk dapat pengalaman ni. Dulu masa d Mesia duk terbayang camana org beraya jauh2 gini bila tengok kat TV. Sekarang baru boleh rasa sendiri. Baru boleh betul2 menghayati lagu Dendang Perantau ni.

saya pun ada koleksi lagu raya, tp tunggu start hari ke 21 Ramadhan baru nak start dengar.

p/s: angka 21 tu takde sebarang maksud tertentu dlm hal ini

ABDUL HAFIZ said...

pengalaman yg sangat berharga..

NURUL IZZA said...

rauhunt: itula dulu selalula dok terfikir best sgt ke lagu raya dok jauh..memang bestla.hbs segala airmata nak terkeluar =)

Anonymous said...

orang yg merasa je tau mcm mana kan hu... tahun ni dah 2 tahun adik kak ija tak beraya dgn kami... mcm mana perasaan kami sekeluarga mcm tu lah rasanya perasaan family za & hafiz...
za.... kalau habis segala air mata keluar hari raya esok tak dak ayak mata nak keluaq dah lah... simpan sikit cek muahahhaha ;)

NURUL IZZA said...

hahaha.. kak eja..sape adik kak eja yg xry sm tuh.??biasalah ry tmpt org kan..seronoklah jugak..dapatla pemgalaman sikit..=)

Anonymous said...

adik laki kak ija bawah sumi... dia belajar kat zagzig egypt...
ye betul krn pengalaman tak dapat dibeli hanya dapat dikongsi sahaja, emm mcm akk lah dgn awak hehe ;)

NURUL IZZA said...

tula xsangka kenal tanpa dirncg dh jd gni..hihi..nwat syukur sgt dpt kenal kak eja..huhu =)

Anonymous said...

ha'a perkenalan tanpa dirancang...
imbasan kembali memori itu haha bermula dengan kedatangan seorang adik tu dgn kwn2 nya di bilik no 10 blok h09 fajar bakti... kedatangan mereka untuk tumpang solat sambil membawa sedikit buah tangan iaitu 'kueh keledek goreng'...=)
sampai lani ukhuwah terjalin hehe =)... adik tu pulak sekarang dah terbang nun jauh di bumi Nebraska...

walaupun jauh dimata tapi dekat dihati (mcm trademark tv9 he~)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan