RSS

Cloudy..

Hish..seminggu nih cuaca tak elok. Asyik hujan, berangin..suhu dah mula turun..Kain yang aku basuh semua tak kering..Cuaca begini menyebabkan aku malas nak buat kerja, sejuk memanjang. Mood pun tak berapa ok juga. Nak masak pun dah mula malas, Abgfiz dah makin kurang berselera nak makan. Agaknya lepas ni, kembalilah badan suamiku masa 1st year dulu. Mak kata 1st year Abgfiz kurus, tak boleh nak bayangkan macam mana kurusnya suamiku. Jumpa dengan dia masa dia 3 rd year dan badan dah macam sekarang.

Daun pun dah mula kuning.. dan ada yang dah gugur. Masa ini mulalah teringat kat Malaysia, seronoknya bila dok Malaysia. Bila dok Malaysia, nak pulak datang sini. Hish...manusia tak pernah bersyukur dengan nikmat kurniaanNya..

Cakap pasal mood ini, teringat pulak Dr Affandy dalam kuliah Abnormal Psycology. Katanya di US terlalu ramai manusia berpenyakit psikologi (seasonal Affective disorder). Faktor utama, cuaca. Cuaca yang sejuk menyebabkan timbul depression, stress, Schizophrenia, Mood [affective] disorders, Disorders of psychological development dan banyak penyakit psiko. Sebab tu ada bilik khas merawat yang merawat penyakit. Ia berupa bilik yang dipenuhi lampu-lampu kuning. Fungsinya kembali meransangkan segala sistem tubuh badan (seingat akulah). Bila fikir, ish betul jugak. Cuaca sejuk ni rasa mood nak buat kerja pun terbantut.

Cakap pasal penyakit psiko nih, teringat aku kepada roomate masa final year, school of science pharmacy yang sekarang dah bekerja di Hospital Taiping, bahagian Farmasi. Masa tu dia ada lawatan ke hospital sakit jiwa. Ceritanya, macam-macam boleh tengok. Ada yang nangis sorang-sorang, ada yang gelak tak ingat dunia, ada tu yang kena ikat satu badan. Mana taknya, asyik nak buang baju je.. Ada tu yang baru umur belasan tahun, depression. Tak pernah bercakap. Kesian..muda-muda dah kena penyakit. Agaknya ada sejarah hitam..Hish minta dijauhkan..

p/s: waa..rasa nak tidor je memanjang..kepada x-roomateku, akak, semoga tabah hadapi kerenah doktor dan pesakit..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

muqayankabut said...

nampaknya kak long akan dapat suaminya seperti di awal percintaan dl.

mesti bayangkan bagaimana keadaan masa itu? romantik?

NURUL IZZA said...

em???xpaham..miq..kaklong ni xbrapa nak paham kalau bahasa tersirat nih..kalau org cite mst blur...kena straight forward..baru nk paham..
di awal percintaan??bl ya agaknya..haha..

NURUL IZZA said...

ops miq, abgfiz ms kaklong kenal mmg badan dh macam sekarang.so xsure mcm ne badan ms dia muda.romantik sikit adela kot..hihi..xsure sgtla

Anonymous said...

betul ke za org US ramai sakit psiko dsebabkan cuaca? haha br tau info ni hu

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan