RSS

Aidilfitri

Cuaca hari ni mengikut ramalan - hujan, malam tadi duk risau baju dan kain tak kering. Tapi lepas subuh tadi alhamdulillah, sang mentari mula menampakkan wajahnya. Senyum pula tu. Seronok betul. Kain pun insyaAllah akan kering. Tapi hari ini, berangin betul. Kain-kain pun berterbangan ditiup angin. Jenuh keluar masuk nak betulkan kain. Tapi suka sangat cuaca begini. Nice weather..=)

Tiba-tiba hari ini terkenang kampung halaman. Setiap kali raya mesti mama beli baju yang sama je untuk semua anak-anak perempuan. Iyalah, kalau tak sama, ada je nak bergaduh. Masing-masing teringin baju lawa. Dah umur pon beza setahun je. Yang pelik adik-adik lelaki tak pulak bergaduh. Kakak-kakaknya ni aja yang suka bikin ribut. Terutama aku dan Ain. Suka sangat bergaduh. Teringat kami bergaduh pasal apa entah, lupa... Bising betul, kami sudah diberi amaran supaya berhenti. Tapi ada je mulut nak menjawab. Lastly, kena simbah dengan sebaldi air. Hah, padan muka.. Masa tu kita umur berapa ek Ain.. Lupala...=) Sebenarnya aku lupa, ain yang tolong ingatkan. Tapi sekarang masing-masing sedang membina kerjaya. Kenangan seronok kan In? Tapi memang masa tu, mama kita sungguh --"fiercemom"..kan ain?? =)

Apa mama masak pagi raya ek.. Jika diputarkan memori pada raya lepas-lepas, malam raya mesti tidur lambat.. Mama menyiapkan juadah lebaran untuk esoknya. Aku pula semestinya tukang masak kek. Dahla banyak, penat betul. Mana taknya sebiji untuk ke rumah atuk, sebiji untuk ke rumah mek, selebihnya untuk santapan di rumah. Si Ain pulak, sama ada menolong kami yang ada di dapur atau setia melayan Salam Aidilfitri yang ke udara secara langsung sama ada di TV3 atau Tv1.(tv lain ade ke ain..lupala..). Tidur pon sama ada pukul 3 atau pukul 4. Tapi seronok, sebab ada si Ain yang suka berjaga malam. Esoknya, kami yang perempuan ni mesti mandi paling lambat..huhuhu.. Haih rindu betul suasana raya yang lepas-lepas. Tahun ini mesti semua balik kan, tapi Along mesti balik paling lambat.. Seperti biasa Along, malam raya bertolak, pagi raya sampai. Sebaik sampai je, dah boleh makan, Along ek..Untung benor.. Tapi jeles betul, semua boleh jumpa..huhuhu.

Kalau raya tahun lepas, beraya di rumah embah di Tanjung Karang. Sepatutnya tahun ini raya di Kelantan. Tapi jauh benor kami melangkah.. beribu-ribu batu pulak tu. Namun, demi perjuangan suami aku gagahi jua..(jiwang lah pulak). Pertama kali raya di rumah embah, seronok juga. Tahun ini mak sekeluarga raya di Johor ya mak? Semoga raya tahun ini lebih bermakna untuk kami berdua..

p/s: Dek kerana tidak menahan rindu pada keluarga, aku sisipkan gambar raya tahun 1990 tak silap. Along, yeke 1990? Lupala..=). Tapi..rindu sungguh..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

Anonymous said...

selamat menyambut hari raya di perantauan...maaf salah silap mane2 ter ter tu..hehe 0-0 ek...maaf zahir batin!

Anonymous said...

salam adiilfitri jugak pd sesa yg cun..terkasar bhs dan terlebih bicara tu maafla ya..0=0..jemputla dtg sini..hihi

Anonymous said...

za yg mana? baju colour purple tuh ke? kirim salam adik kasut merah tuh... menarik lah, tolong tanya adik tuh beli kat mana kasut raya berwarna merah tuh hehe

Anonymous said...

haha..kak eja..kak eja..za pakai bj purple tuh..kasut tu sume org ade ms tu..za pon xtau pa beli kt ne..hihi.dh lama sgt album tu..za umur 4-5 tahun kot..xsure sgt..

Anonymous said...

best kan dapat pakai kasut raya yg sama di pagi raya... dulu kala mak ayah suka beli baju atau kasut yg sedondon je utk anak anak hehe... meriah kan zmn kanak kanak

Anonymous said...

di hr raya nanti sebelum keluar raya (teruskan setiap hari)bacalah ayat 255 surah al-Baqarah (ayat Kursi)
Rasulullah SAW besabda:
"sesiapa keluar rumahnya & membaca ayat Kursi, maka Allah akan kirimkan utknya 70,000 malaikat penjaga mendoakannya & memohon keampunan dr Allah"
(Riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah)

Anonymous said...

kak eja,mama memang suka beli baju yg sama,kasut sama,tudung sama..smpi form 2 tu pon sbb kami org malu nk pakai benda sama dh..pastu mama beli sama tp corak yg xsm..okla..biasa pilihan mama tepat..ish rindu r zaman dulu..
tq utk fadilat tuh/.huhuhu

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan