RSS

Ramadhan

Ramadhan akan tiba minggu depan. Ramadhan mengingatkan aku kepada Malaysia, masakan ma, mak, keriuhan adik-adik. Alangkah indahnya andai semuanya berada disini. Entah bagaimana Ramadhan di negara 4 musim ini. Adakah ianya meriah semeriah Ramadhan di Malaysia?

Hujung minggu ni abgfiz ajak Roz dan keluarga serta Sek Yee datang makan di rumah. Dalam kepala asyik terfikir nak masak apa ya?? Kadang-kadang tak ada idea nak masak. Maklumla dulu ma n mak je yang masak. Susah juga ya jadi surirumah. Yang pasti lauk tomyam Suhaizi dah janji nak buat. So nak masak apa ya..Waa esoknya dah nak puasa.

Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu rahmat. Semoga suamiku Abdul Hafiz Ab Majid tenang dalam menghadapi kehidupan kampus.amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Kopiah Senget said...

insyaAllah tomyam special huhu

Anonymous said...

waa seronoknye ade pembantu =)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan