RSS

Fall semester begin..Tip belajar untuk adik2ku di USM

Semester baru telah bermula. Dah lama aku tak ke kuliah ni. Akhir sekali semasa aku buat "first degree". Masa buat master dulu mana ada kelas. Mengajar kelas ada la. 100% research master program. Jadual sem ni agak padat. Kadang-kadang aku terpikir, buat PhD pun masih ke kelas.
Di U.S.A sistem PhD tidak sama seperti di U.K mahupun Malaysia. Di sini, sebahagian dari program PhD dikehendaki kita melengkapkan sebahagian "coursework". Aku ada 53 "credit hours" utk siapkan "coursework" aku ini. Aku target 2 tahun baru semua kelas (coursework) aku selesai. Maka berbaki 2 tahun lagi boleh tumpu pada research PhD aku.
Sudah seminggu kelas berjalan, aku dapat bandingkan dengan sistem pembelajaran di Malaysia sewaktu "undergrade" dulu. Di sini tugasan sangat banyak. Termasuklah projek2 kecil yang perlu dijalankan, kuiz dan lain-lain. Semuanya menyumbang kepada 'grading".
Biasanya aku dulu, kadang-kadang tunggu di pertengahan sem baru nak pulun betul2. Kerana di Malaysia(USM) sumbangan markah banyak pada format"EXAM". Ujian pertengahan tahun dan peperiksaan akhir. Sistem coursework di U.S.A bagi aku sangat bagus dan berkesan dari segi membentuk kefahaman dan intelektual pelajar. Boleh dikatakan sebagai "continuous assesment". Jadi, kita tidak akan belajar kerana nak ambil peperiksaan semata-mata. Kalau kita fikir demikian, selepas habis peperiksaan kita akan lupa semua apa yang kita belajar.
Di samping itu, sistem PhD disini memerlukan setiap pelajar memperolehi B dan ke atas. Sesiapa yang dapat B dan ke bawah adalah gagal dan perlu mengambil semula subjek tersebut. Tak silap aku, untuk undergrade disini pun sama juga. Cuba bayangkan grade B tu berapa peratus. 80% adalah grade bagi B. Manakala bagi grade A adalah 95%.
Jadi bagi aku, kalau aku guna cara aku belajar di Malaysia, nampaknya aku akan gagal dalam setiap subjek aku...So.."dont play2"..hehe.. Bagi adik2 aku di USM. "BELAJARLAH SEOLAH-OLAH PEPERIKSAAN MENJELANG ESOK".. Jika kita berpegang pada konsep ini. Kita akan belajar dari awal lagi. Pastikan baca nota sebelum ke kelas. Selepas kelas, kalau boleh terus baca apa yang pensyarah telah mengajar. Supaya ia dapat "freshkan" memori kita. Siapkan tugasan awal.
Satu lagi peringatan, kalau tidak faham, jumpa pensyarah berkenaan awal-awal lagi. Jangan tunggu minggu mengulang kaji barula nak cari pensyarah subjek berkenaan. Sudah pasti pensyarah tersebut tidak ada dibilik ataupun melarikan diri. Kalau kita rajin jumpa pensyarah, kadang tip2 percuma untuk peperiksaan akan diberikan. Ye la, soalan peperiksaan dia yang buat. Dalam kuliah, duduk depan sekali kalau boleh. Biar pensyarah tu kena muka kita.
Hmm..apa lagi nak habaq ek.. Kalau di kelas SILAT dulu.. berbuih aku dok berleter pasal hal ini kepada penuntut tahun 2 (level 200). Kalau pandai bahagi masa untuk aktiviti persatuan dan pelajaran tidak ada masalah, jangan dijadikan alasan terlalu sibuk dengan aktivit persatua apabila tak "perfome"dalam exam. Tanya diri sendiri apa yang kita buat silap. Satu cara kalau kita memang sibuk dengan aktiviti persatuan. Buat la "STUDY GROUP". Cara ini sangat berkesan. Tak perlu ramai. Cuma dalam 4 orang dah cukup. Kalau boleh pastikan "STUDY GROUP" ini berkekalan sampai tahun akhir pengajian. Jangan jadikan "STUDY GROUP" ini untuk bersembang dan mengumpat orang pulak.
Teringat juga masa aku "undergrade" dulu. Ada satu meja di tingkat dua Perpustakaan Hamzah Sendut 1 jadi tempat "study group" kami. Sehingga orang lain pun tau yg meja tu kami punya. Hehe..xcop pun meja tu. Tapi kebanyakan orang lain tau.. budak2 ni suka dok meja tu. Kiranya berkampung la di meja tu mentelaah dan berbincang subjek yang tidak faham dikelas.. Tinggal kenangan..member2 aku dalam "study group" pun kebanyakan dah kahwin termasuk la aku. Tinggal seorang lagi tak kahwin lagi. Bila la mamat ni sorang nak kahwin..hehe..jangan marah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan