RSS

Dua ibu bapa tak boleh derhaka

Serangkap pantun CEKAK dibawah banyak pengertian tersirat. Kedua ibu bapa kita perlu sentiasa kita hormati dan kasihi. Jangan sesekali kta menderhaka, mengecewakan dan mengecilkan hati kedua ibu bapa kita.
Alhamdulillah, berkat doa kedua ibu bapa, kita berjaya hingga ke peringkat ini. Apa2 jua kita lakukan..Sebesar mana pangat dan harta kita.Jangan sesekali kita lupakan jasa kedua ibubapa kita.Tanpa mereka siapalah kita. Mereka membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan harapan.
Tinggal jauh diPERANTAUan. Membuatkan ku sentiasa teringat kepada kedua ibubapaku. Aku memanjatkan doa ,moga Allah s.w.t sentiasa merahmati dan memanjangkan umur mereka
Wahai teman-temanku, jangan lupa cium tapak tangan kedua ibu bapa kita sebelum keluar. MInta RESTU dari mereka, supaya Allah s.w.t memberkati apa jua urusan yang kita lakukan
Teman-temanku yang tinggal jauh diperantauan. Janganlah lupa utuskan berita pada kedua ibubapa dikampung. Ada masa terlapang, telefon lah mereka.Sejuk hati mereka mendegar suara kita yang jauh ini. Yang penting sekali, minta DOA RESTU dari mereka..Semoga hidup kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah s.w.t...
"Dua ibu bapa tak boleh derhaka,
besar jasanya kepada kita,
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka "
Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Menurut keterangan dari ahli-ahli Silat Cekak, pantun ini telah dicipta pada tahun 1975.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan